"Abang siapa call , nampak resah je ." , tanya Puan Mimi yang melihat suaminya seperti tergesa-gesa masuk ke bilik . Mereka baru sahaja selesai minum malam bersama Encik Mohsin . Keadaan Encik Mohsin juga sudah bertambah baik .
"Mimi , siap sekarang . Kita balik sekarang jugak ." , kata Encik Majdi tegas . Segala baju di dalam almari kayu itu dikelurakan kasar . Geram campur risau yang teramat sangat .
"Kenapa nak cepat , bukan esok ke kita balik ?" , tanya Puan Mimi pelik . Dia bingkas bangun melihat semua baju dicampak keluar dari almari .
"Rumah kita kena rompak . Amar kena tikam , sekarang ni dekat dospital . Sufian yang call bagitahu." , kata Encik Majdi . Geram kerana kes rompakan di kawasan rumahnya semakin menjadi-jadi makanala risau dengan keadaan menantunya itu . Selamatkan menantuku Ya Allah .
"Ya Allah abang ." , hanya itu reaksi Puan Mimi . Raut wajahnya sudah bertukar biru , pucat . Ya Allah apalagi dugaanMu kepada kami , rintih hati Puan Mimi dalam diam .
"Cepat , cepat . Abang nak bagitahu abang long yang kita balik malam ni jugak ." , ujar Encik Majdi lalu bergegas memberitahu abangnya itu . Encik Mohsin yang baru saja hendak tidur terkejut mendengar berita tersebut .
"Kami balik dulu ya , jaga diri abang elok-elok ." , sempat Encik Majdi menitipkan pesanan buat Encik Mohsin . Sungguh , lelah badannya beberapa harini ini masih belum pulih ditambah dengan kejadian menantunya pula .
Perjalanan ke Hospital Gleanegles mengambil masa selama 3 jam juga lamanya . Pukul 12 malam , berulah Encik Majdi dan Puan Mimi sampai ke hospital . Aisha yang ternampak kelibat mama dan papanya , berlari memeluk Puan Mimi . Segala kesedihan diluah melalui airmata yang berjuraian turun ke pipi .
"Ya Allah sayang , macam mana boleh jadi macam ni ? Amar macam mana ?" , tanya Puan Mimi . Melihat anak tunggalnya sedih begitu , dia juga turut sedih .
"Amar masih kat dalam , doktor pun tak bagitahu apa-apa lagi ." , Sufian yang juga turut menyedari kedatangan Encik Majdi dan Puan Mimi , bangun menyertai mereka .
"Allahhu Akbar . Aisha , Mimi pergi duduk dulu ." , arah Encik Majdi yang sudah keletihan . Nafasnya juga sudah tercungap-cungap lalu mengambil tempat disebelah Puan Mimi untuk melepaskan lelah .
"Sufian , terima kasih ya . Kamu nampak muka-muka perompak tu ?" , tanya Encik Majdi setelah dia berjaya mengawal penatnya . Perkara ini harus diselesaikan segera jika tidak ramai lagi yang akan menjadi mangsa rompakan .
"Tak nampak abang , tapi sebelum saya masuk rumah tu saya ada nampak sebuah kereta yang tunggu dekat lorong belakang rumah abang . Saya syak tu kereta diorang." , jawab Sufian yakin . Dia juga sememangnya marah dengan segelintir masyarakat yang hanya tahu menyusahkan orang !
"Teman abang buat laporan polis ya." , tutur Encik Majdi perlahan . Rambut hitamnya yang sedikit beruban diraup ke belakang . Dia dan Sufian berjalan keluar dari hospital menuju ke balai polis berdekatan setelah memberitahu Puan Mimi tentang destinasi mereka . Puan Mimi yang sedang memeluk Aisha hanya mengangguk perlahan .
YOU ARE READING
SETIA BERSAMAKU
RomanceAmar dan Aisha anak muda yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Banyak rintangan dan dugaan dihadapi dalam rumahtangga tersebut. Adakah mereka setia hingga ke akhirnya? Jangan lupa baca SETIA BERSAMAKU 😂