BAB 19

6 0 0
                                    

Aisha menghempas pintu biliknya dengan kuat lantas menekup telinganya dengan bantal . Tidak mahu mendengar suara lelaki itu . Selama lima bulan dia tinggal dengan ibu bapanya , dia bahagia saja sehinggalah muncul lelaki itu hari ini .

"Sayang , bukak pintu ni please . Bagi abang peluang untuk jelaskan semua ni , abang minta maaf sangat-sangat . Maafkan abang sayang." , rayu Amar di luar pintu bilik Aisha . Kedua ibu bapa mereka memerhati dari ruang tamu . Air mata Puan Amira mengalir lagi untuk kesekian kalinya . Sedih melihat rumah tangga anaknya berada dalam masalah besar .

"Mama papa tolong halau lelaki ni keluar ! Aisha taknak dengar suara dia lagi . Tolong Aishaa !" , lantang suara Aisha beserta tangisan . Kedengaran suara tangisan Aisha sehingga ke luar bilik .

"Amar , Amar balik dulu lah ya . Mama taknak Aisha stress , takut menjejaskan kandungan dia ." , kata Puan Amira yang bergegas naik ke atas apabila mendengar tangisan kuat Aisha. Doktor ada memberitahu dia dan suaminya supaya menjaga emosi Aisha kerana perkara tersebut boleh menjejaskan kesihatan anak serta bakal cucunya .

"Taknak mama , Amar nak Aisha balik rumah kami . Amar perlukan Aisha dalam hidup Amar , Amar tak mampu hidup tanpa dia . Tolong Amar mama , Aishaa sayang ! Bukak pintu ni ." , rayu Amar lagi . Esakan tangisan dia dan Aisha bergabung menjadikan suasana dalam rumah itu menjadi kacau . Semua orang serba salah dan bersimpati dengan keadaan tersebut .

"Amar , kita balik dulu ya . Bagi Aisha berehat , Amar sayang Aisha kan . Bagi dia rehat ya , esok Amar datang lagi ." , pujuk Puan Amira . Dia berharap Amar mengerti keadaan Aisha , dia juga takut kalau apa-apa terjadi kepada menantunya itu disebabkan perangai Amar .

"Iya Amar . Mama taknak Aisha sakit lagi , tolong faham ya ." , rayu Puan Mimi pula . Mengharap pengertian Amar .

Setelah dipujuk berkali-kali oleh Puan Amira dan Puan Mimi , Amar menurut juga arahan mereka . Namun dia memberitahu Aisha dari luar bilik akan datang lagi keesokannya manakala Aisha hanya meminta lelaki itu keluar dari rumah ibu bapanya . Nampak sangat Aisha sudah mula bencikan Amar .

Pulang sahaja Amar serta ibu bapanya , Puan Mimi serta Encik Majdi bergegas naik ke bilik Aisha . Esakan Aisha sudah tidak kedengaran lagi .

"Aisha bukak pintu ni sayang . Mama dengan papa ni , Amar dengan mommy daddy dah balik." , kata Puan Mimi kuat , supaya Aisha mendengar suaranya .

Seketika , pintu bilik Aisha terbuka menampakkan dirinya yang sembap dengan air mata . Namun , tanpa disangka Aisha terjelepok jatuh ke lantai .

"Ya Allah abang ! Kenapa dengan Aisha ni ?" , ucap Puan Mimi cemas . Dia membantu Encik Majdi memapah Aisha ke dalam kereta .

"Ambil kunci kereta abang , abang terbawak masuk dalam rumah pulak ." , kata Encik Majdi .

"Ishh abang ni , waktu-waktu macam ni laa nak lupa la apa la ." , sempat lagi Puan Mimi membebel kepada Encik Majdi dalam keadaan genting itu . Perempuan .

"Cepat sikit Mimi ." , laung Encik Majdi kuat . Puan Mimi yang membawa kunci kereta suaminya berlari menuju ke kereta .

SETIA BERSAMAKUWhere stories live. Discover now