BAB 46

3 1 0
                                    

Majlis kenduri kesyukuran yang diadakan di rumah Encik Majdi sudah pun selesai . Semua sanak saudara Encik Majdi juga beransur pulang hanya tinggal Puan Mariam yang masih berada di situ , menunggu anaknya datang mengambil .

"Hah kaklong , buat apa duduk situ mari masuk dalam ni . Kita sembang-sembang dulu." , ajak Puan Mimi kepada Puan Mariam . Puan Mariam yang sedang bertenggek di depan pintu rumah hanya menjeling.

"Tunggu anak aku ni ha , tak datang-datang lagi . Dia tak balik kerja lagi agaknya." , bebel Puan Mariam seorang diri .

"Mana orang lain , senyap je semua ?" , tanya Puan Mariam lagi . Dia berjalan sambil bercekak pinggang menuju ke dapur .

"Rehat lah tu agaknya , semua penat kak ." , ujar Puan Mimi lantas duduk di meja makan .

"Erh kau jangan manjakan sangat anak kau tu , nanti pemalas." , tutur Puan Mariam . Berdesing telinga Puan Mimi mendengarnya .

"Takde pemalasnya maklong , lagipun isteri saya tu tak manja . Tapi kami semua yang manjakan dia , kan mama." , Amar yang baru turun ke dapur hendak membasahkan tekak , terdengar perbualan tersebut .

"Kamu tengok la nanti , anak kamu pun dia suruh kamu yang jaga ." , perli Puan Mariam .

"Apa salahnya kalau saya yang jaga , lagipun anak saya kan . Maklong jangan risau , isteri saya kalau dia tak jaga anak kami pun , dia takkan jaga tepi kain orang." , balas Amar pedas. Puan Mimi yang mendengar hanya diam membisu , malas mahu campur . Buku sudah bertemu ruas !

"Dah lah malas mahu bercakap dengan kau orang , buang masa je . Tu ha anak aku pun dah sampai , aku balik dulu ." , kata Puan Mariam meminta diri . Dia bersalaman dengan Puan Mimi lalu berjalan keluar .

"Tajam jugak ayat Amar ye . Bagus mama sokong." , ujar Puan Mimi lalu membuat isyarat bagus . Sporting betul !

"Geram mama . Asyik nak mengata Aisha je ." , tutur Amar lantas meneguk air rakus . Geram!

"Malam ni papa ada benda nak cakap pasal kes kamu , polis ada call papa minggu lepas ." , kata Puan Mimi serius . Malas mahu memanjangkan soal kakak iparnya .

"Polis dah dapat tangkap perompak tu ke ?" , tanya Amar , inginkan kepastian.

"Mama tak tahu sangat sebab papa pun tak bagitahu mama , malam ni papa bagitahu ya." , tutur Puan Mimi .

"Ouh okay mama . Mommy , daddy dengan papa mana ?" , tanya Amar pelik . Langsung tidak nampak kelibat mereka sewaktu dia turun tadi .

"Mommy kamu dalam bilik rasanya , biarlah dia berehat . Papa dengan daddy kamu keluar ke mana entah , kejap lagi balik laa diorang." , ujar Puan Mimi lalu bangun mahu berehat . Jujur dia juga sangat penat.

"Mama naik atas dulu , rehat kejap . Nanti kamu tolong tutup pintu depan ya . Maklong kamu keluar macam tu je tadi." , kata Puan Mimi lalu naik ke bilik . Tinggallah Amar terkebil-kebil seorang diri di dapur .

Malam itu , semua orang berkumpul di ruang tamu , mahu mendengar berkaitan kes Amar beberapa bulan yang lepas . Di antara semua , Amar yang paling teruja sekali . Amar paling awal menunggu Encik Majdi di ruang tamu itu .

"Okay memandangkan semua dah ada , papa nak bagitahu berkaitan kes rompakan dulu . Polis ada call papa minggu lepas , diorang cakap kes rompakan tu ada kena mengena dengan dendam." , ujar Encik Majdi tenang . Namun semua orang yang ada terkejut yang teramat sangat .

"Dendam ? Kamu ada bermusuh dengan sesiapa ke Amar ?" , tanya Encik Amir hairan .

"Seingat Amar tak ada daddy , polis dah tangkap perompak tu ke papa?" , tanya Amar lurus . Bersunguh-sungguh mahu tahu siapa yang berdendam dengan dirinya .

"Dah ditangkap . Perompak tu sendiri mengaku yang dia berdendam dengan kamu sejak dulu lagi , sejak zaman universiti . Dan perompak tu jugak lah yang pecah masuk bengkel kamu dulu." , terang Encik Majdi . Dia juga takut dengan perkara ini , mujur juga perompak itu sudah ditangkap .

"Allahhu Akbar . Polis ada bagitahu nama perompak tu ?" , tanya Amar lagi inginkan kepastian. Siapa yang berdendam dengannya ni?

"Yangtu polis tak bagitahu . Tapi tak apa lah Amar , benda pun dah berlalu . Perompak pun dah ditangkap , kamu tak usah risau lagi lah ya ." , ujar Encik Majdi . Encik Amir juga mengangguk tanda menyokong besannya itu .

"Tapi mommy nak kamu lebih berhati-hati lepas ni , jangan leka sangat . Faham ?" , Puan Amira yang diam sedari tadi memberi arahan tegas . Tidak mahu anaknya sambil lewa dengan perkara sebegini.

"Faham mommy." , ujar Amar lantas mengangguk kecil . Benar kata Puan Amira itu , perkara sebegini tidak harus diambil ringan .

"Aisha mana Amar ? Tak sihat lagi ke dia ?" , tanya Puan Mimi pula . Dia yang baru saja turun ke bawah selepas solat isyak pelik kerana kelibat anaknya tidak nampak sejak petang tadi .

"Kurang sikit dah pening dia tapi Amar tak bagi dia turun lagi , tengok esok macam mana kalau tak sihat jugak Amar bawak dia pergi klinik ajelah." , jawab Amar . Risau juga dengan kesihatan isterinya itu .

"Iya lah tapi biasalah tu awal-awal hamil memang macam tu . Ambik masa sikit, Amar sabar ya layan kerenah Aisha tu." , pesan Puan Mimi kepada menantunya .

"Amar tahulah macam mana nak kawal isteri dia , awak ni pun." , usik Encik Majdi kepada Puan Mimi . Puan Mimi menjeling sekilas . Amar serta ibu bapanya hanya ketawa .

Keluarga tersebut bersembang santai sambil bercerita tentang masa lalu mereka . Sesekali terdengar gelak ketawa dari suara mereka apabila cerita lucu disampaikan . Manakala Aisha hanya menunggu waktu suaminya naik ke bilik . Dia menggosok perutnya perlahan menyampaikan rasa sayang kepada bakal anaknya .

"Sihat selalu ya sayang , mama dengan ayah sayang sangat dekat kamu" , kata Aisha.

SETIA BERSAMAKUWhere stories live. Discover now