BAB 5

14 1 0
                                    

Setelah beberapa minggu menginap di rumah orang tua Amar , Amar dan Aisha mengambil keputusan untuk berdikari . Mereka keluar mencari rumah sewa di Putrajaya kerana senang untuk berulang-alik ke kolej mereka . Encik Amir juga menghadiahkan sebuah kereta Persona sebagai hadiah perkahwinan mereka . Pada mulanya Amar menolak tetapi setelah didesak oleh ibunya , Amar menerima dengan hati terbuka . Manakala Encik Majdi memberi sebuah motosikal Scooter untuk kegunaan Aisha .

Sampai sahaja di rumah sewa mereka , Amar memarkirkan kereta di hadapan rumah tersebut. Aisha membantu Amar mengangkat beg-beg baju mereka berdua sementara menunggu Amar membuka pintu rumah .

"Masuklah sayang . Abang mintak maaf , rumah ni je yang abang mampu sewa sekarang ni . Nanti kalau abang dah banyak duit , kita pindah rumah lebih besar ya." , ujar Amar kepada isterinya . Kecewa kerana tidak dapat memberikan yang terbaik buat Aisha namun dia berazam akan bersungguh-sungguh mencari sumber kewangan .

"Ish tak apalah abang . Aisha tak kisah pun rumah tu kecil ke besar , yang penting ada rumah untuk berteduh pun dah cukup ." , jawab Aisha yang sudah pun membahasakan diri Amar sebagai abang . Itupun setelah diarahkan oleh ibu mertuanya .

"Alhamdulillah . Bahagia abang dengar , abang bersyukur sangat sebab dapat isteri macam sayang ni ." , ujar Amar sambil menggosok kepala Aisha perlahan . Sayang .

"Jom abang tunjuk bilik kita . Minggu lepas waktu abang kata abang nak keluar jumpa kawan tu , abang keluar cari rumah ni la , kawan abang yang suggest . Then abang suruh dia tolong cuci sekali ." , sambung Amar sambil mengangkat beg baju mereka ke dalam bilik .

"Ohhhhhh , patutlah sampai malam abang tak balik . Jumpa kawan konon , Aisha ingatkan abang dah keluar jumpa awek mana tah." , balas Aisha sambil menjegilkan biji matanya .

"Ish sayang ni . Apa cakap macam tu , abang saja je nak buat surprise dekat sayang . Heheheheh ." , jawab Amar dengan menayangkan muka kerang busuk kepada isterinya .

Aisha yang malas melayan kerenah suaminya berlalu menuju ke bilik-bilik yang lain . Rumah tersebut masih lagi kosong tanpa sebarang perabot . Amar menyatakan hendak membeli perabot di kedai-kedai besar , namun Aisha memberi cadangan yang bernas kepada suaminya .

"Haaaa tak payah beli abang . Apa kata kita upah lori untuk ambil barang-barang terpakai dekat rumah Aisha aje . Nanti Aisha call mama bagitahu yang kita nak ambil semua barang tu . Cuma yang tak cukup tu kita kena beli jugak laa nanti ." , cadang Aisha membuatkan Amar senyum gembira . Rezeki jangan ditolak , musuh jangan dicari !

Petang itu , setelah lori yang disewa datang mereka menuju ke rumah Aisha . Banyak jugak perabot lama yang masih elok boleh digunakan . Mama Aisha juga memberi peralatan dapur yang tidak digunakan kepada Aisha . Boleh dikatakan hampir penuh rumah baru mereka dengan barang dan perabot yang diambil .

Amar menggunakan kepakarannya membaiki kembali perabot-perabot yang lusuh serta mengecat dengan warna baru . Manakala Aisha mengemas dapur serta 3 bilik dengan menyimpan segala barangan yang diperolehi . Menjelang malam , barulah rumah mereka siap sepenuhnya . Simple tapi cantik . 

SETIA BERSAMAKUWhere stories live. Discover now