"Abang harini abang cuti kan . Jom pergi rumah mommy daddy lepastu kita pergi rumah mama papa pulak ." , ujar Aisha sewaktu mereka sedang bersarapan pagi . Mee goreng ala gaya mamak .
"Ok jugak lagipun dah lama tak lawat mommy daddy . Rinduu , hihii ." , ujar Amar sambil menyuap mee goreng ke dalam mulut . Makin hari isterinya itu makin pandai memasak , sedap pulak tu . Makin buncit jugaklah perutnya itu .
"Erhh gatal erk ." , ujar Aisha lantas memberikan senyuman manja . Dia tahu setiap lelaki juga pasti akan berasa rindu dengan ibu bapa mereka juga walaupun sudah beristeri . Naluri setiap anak semuanya sama sahaja .
Setelah siap bersarapan , mereka bersiap-siap untuk berangkat ke rumah Encik Amir dan Puan Amira dahulu kerana rumah mereka paling dekat . Aisha membawa buah-buahan yang dibeli di pasaraya sebagai buah tangan , malu jika bertandang ke rumah orang tanpa sebarang hadiah atau barang .
"Assalamualaikum." , ucap Amar didepan pintu rumah Encik Amir dan Puan Amira . Dia pasti ibu bapanya itu berada di rumah kerana kereta Mercedes Benz milik Encik Amir berada di garaj banglo tersebut .
"Waalaikumsalam . Ouh Amar dengan Aisha , masuklah . Daddy kamu tak ada , dia pergi main golf dengan kawan dia ." , tutur Puan Amira lantas mempelawa anak menantunya masuk . Aisha menghulurkan salam kepada Puan Amira selepas Amar melakukannya dahulu .
"Aik daddy naik kereta mommy ke ? Tu kereta daddy kat luar ." , tanya Amar kepada Puan Amira untuk mendapatkan kepastian .
"Haah daddy cakap dia nak panaskan kereta mommy . Mommy pun bukan selalu keluar , keluar pun tak ada apa , baik duduk rumah ." , tutur Puan Amira lalu menapak kaki ke dapur.
"Aisha , kamu cadang nak buat apa lepas habis study ni? Taknak kerja?" , sambung Puan Amira kepada menantunya itu . Aisha kalau tak ditanya , sampai ke balik lah tak bercakap . Malu sungguh , hish .
"Aisha ingat nak cari kerja jugak , bosan duduk rumah lama-lama . Tak buat apa pun." , jawab Aisha jujur . Dia juga berharap Amar akan menyetujui permintaannya itu .
"Tak payah laa kerja , biar abang sorang je kerja . Abang mampu tanggung sayang ." , ujar Amar kepada Aisha . Dia faham maksud Aisha yang seakan-akan meminta keizinan darinya. Aisha pula memandang Puan Amira seperti meminta pertolongan .
"Alaa Amar , bagi je lah Aisha ni kerja . Kerja dekat-dekat rumah pun ok , haa Aisha kan ambil jurusan pendidikan , cuba minta kerja dekat tadika taman sebelah tu . Mana tahu dapat , mama tengok ada kerja kosong ." , kata Puan Amira seolah-olah mengerti bahasa muka menantunya tadi .
"Bolehlah abang , boleh erk . Pleaseee ." , ujar Aisha sambil merangkul lengan Amar . Matanya dikerdipkan berulang kali meminta kasihan .
"Hmm yelah . Tapi sayang tak boleh abaikan abang erk." , tukas Amar lantas mencubit hidung Aisha . Puan Amira yang memerhati gelagat mereka tidak dipedulikan .
"Waktu sekarang , boleh laa Aisha kerja lagi . Nanti kalau dah ada anak , susah dah ." , tutur Puan Amira sambil membancuh seteko milo panas untuk anak tetamunya . Kemudian dituang ke dalam cawan yang diletak di atas meja .
"Hahhh anak ? Aisha mengandung ke ? Alhamdulillah tak lama lagi daddy akan jadi tok daddy dan mummy akan jadi tok mummy . Yeahhhh !" , kata Encik Amir yang entah datang dari mana . Tiba-tiba sahaja muncul di dapur . Semua yang ada turut terkejut dengan kedatangan Encik Amir .
"Ya Allah abang ! Buat terkejut ajelah , kalau ye pun bagilah salam dulu , ni tak main terjah aje ." , kata Puan Amira sambil mengurut dada . Nak kena betul suaminya ini . Nasib baik tak ada sakit jantung . Hishh .
"Haah daddy , tetiba je. Bilaa balik?" , tanya Amar lantas bangun menyalam tangan Encik Amir diikuti Aisha .
"Hihi baru je tadi , saja nak buat surprise . Erhh Aisha kamu mengandung betul ke ni?" , tanya Encik Amir sambil duduk di salah sebuah kerusi berhampiran mereka .
"Hmm tak ada la daddy . InsyaaAllah kalau ada rezeki nanti ada la ." , jawab Aisha perlahan . Segan bila ditanya soal anak . Dia masih belum bersedia ke arah itu , Amar juga tahu soal itu. Mereka merancang untuk mempunyai anak dalam 3 atau 4 tahun lagi . Bukan sekarang .
"Alaaaa , pastu tadi yang daddy dengar soal anak tu apa benda ?" , tanya Encik Amir lagi kemudian menghirup milo panas yang tersedia .
"Tadi kitorang cakap pasal kerja . Sebelum ada anak ni , boleh lah Aisha cari kerja dulu . Kalau dah ada anak susah pulak ." , jawab Aisha lagi . Dia tahu Amar juga tidak suka perkara ini dibangkitkan . Sebab itu Amar langsung tidak menjawab apa-apa soalan .
"Ouh baguslah tu nak kerja . Kamu tu pun muda lagi , banyak benda boleh belajar . Haa Amar , bisnes kamu macam mana ? Nak daddy tolong apa-apa ke ?" , soalan seterusnya diajukan kepada anaknya pula .
"Bisnes okay aje daddy , biasalah masalah sikit-sikit . Kalau daddy nak bekalkan kayu ke boleh jugak . HAHAHAA ." , tutur Amar diselangi ketawa . Sekarang Amar sudah tidak menolak andai ada yang mahu menghulurkan bantuan . Dalam bisnes dia sedar jika sesuatu keuntungan atau rezeki masuk , dia tidak akan sesekali menolak . Peluang jangan dilepaskan!
"Baguslah kalau kamu dah sedar konsep bisnes . Dalam bisnes , setiap keuntungan yang masuk jangan sesekali dilepaskan . Biar apa yang orang nak kata , janji bisnes masyukkk ." , ujar Encik Amir lantas dua beranak itu ketawa berdekah-dekah . Manakala Puan Amira dan Aisha hanya memerhati , langsung tidak berminat dengan topik yang diutarakan .
"Aisha lepas ni kena banyakkan sabar lah . Sebab Amar ni kalau dah kemaruk sangat dengan kerja , benda lain susah sikit nak pandang . Kadang-kadang makan pun taknak ." , ujar Puan Amira kepada Aisha yang sekadar memerhati suaminya bercakap .
"Aishh mana ada mommy , kalau Aisha mestilah Amar bagi perhatian . Sayang isteri ." , kata Amar sambil memberikan senyuman mesra kepada Aisha .
"InsyaaAllah Aisha boleh faham . Lagipun untuk masa depan kami jugak kan." , tutur Aisha .
"Lepasni kami cadang nak pergi rumah mama papa , mommy daddy nak ikut ? Jom lah sekali ramai-ramai baru best ." , ajak Amar lantas mencapai sepotong kek pisang di dalam piring . Amar memang hantu kek pisang .
YOU ARE READING
SETIA BERSAMAKU
RomanceAmar dan Aisha anak muda yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Banyak rintangan dan dugaan dihadapi dalam rumahtangga tersebut. Adakah mereka setia hingga ke akhirnya? Jangan lupa baca SETIA BERSAMAKU 😂