Empat bulan kemudian . Tepat jam 1.24 minit pagi , maka lahirlah seorang bayi perempuan yang comel . Kulit putih bersih , suci dari sebarang dosa dan noda . Tangisnya menjadi kegembiraan buat Amar dan Aisha yang menjadi ibu-bapa buat kali pertama . Aisha mengalirkan air mata gembira setelah anak sulung mereka selamat dilahirkan . Sesungguhnya anugerah yang tidak ternilai itu amat disyukuri setelah empat tahun mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri .
"Terima kasih sayang." , ucap Amar kepada isteri tercintanya lantas mencium lembut ubun-ubun Aisha .
Memori suka duka mereka sepanjang bergelar suami isteri sebelum mereka dikurniakan cahaya mata terimbas di kotak fikirannya . Bermacam-macam laluan dan onak duri ditempuhi mereka bersama . Pedih , sakit namun demi janji yang ditutur semasa akad nikah digenggam erat sebagai kekuatan dan semangat diri .
"Abang , fikir apa tu ? Jauh termenung nampak . Tengok ni , anak kita pun tengah perhati ayah dia." , tutur Aisha mesra sambil mengelus lembut lengan suaminya . Wajah mulus anaknya diperhati dengan penuh kasih sayang .
"Tak ada apalah . Abang tengah fikir nak bagi nama apa untuk anak gadis kita ni." , balas Amar lembut . Kemudian mengambil anak mereka dari pegangan Aisha lalu dibawa ke tepi tingkap untuk diqamat .
Aisha yang melihat suaminya menyedari bahawa ada sesuatu yang berlegar di fikiran Amar . Perkara yang sama turut terlintas di mindanya lantas tanpa sedar setitik air mata mengalir keluar dari sepasang mata bundar miliknya .
"Esok sayang dah boleh keluar . Malam ni sayang rehat betul-betul ok." , ulas Amar kepada isterinya .
"Ouh baguslah macam tu , Aisha pun dah bosan lama-lama dekat sini . Tak best." , balas Aisha .
"Abang ada terfikir beberapa nama untuk anak kita . Sayang ada cadangan tak ?" , tanya Amar kepada Aisha .
"Mestilah ada , Aisha ada terfikir satu nama yang sesuai untuk puteri manis ni." , ulas Aisha sambil mencuit pipi gebu anaknya .
"Apadia?" , tanya Amar tidak sabar hendak menunggu jawapan Aisha .
"Pute.." , belum sempat Aisha menghabiskan ayatnya , kedengaran deringan telefon milik Amar berbunyi di atas meja di sudut bilik hospital itu .
"Jap erk sayang , papa call." , tutur Amar lantas berlalu keluar menjawab panggilan dari papanya .
"Ish baru nak bagitahu nama , tok papa kacau pulak . Kan babykan , kacau tok papa ni." , anak yang diriba mengeliat kegelian setelah dicuit dan digeletek oleh mamanya .
Aisha yang melihat anaknya sedikit kegelian menghamburkan tawa kecil . Terpancar wajah kegembiraannya setelah 4 tahun dia menanti anugerah ini dan terpaksa melalui bermacam dugaan sebelum berada di posisi mereka sekarang .
Dia mencium muka anaknya berkali-kali sehingga bayi itu merengek kecil . Comel.
YOU ARE READING
SETIA BERSAMAKU
RomanceAmar dan Aisha anak muda yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Banyak rintangan dan dugaan dihadapi dalam rumahtangga tersebut. Adakah mereka setia hingga ke akhirnya? Jangan lupa baca SETIA BERSAMAKU 😂