BAB 12

7 0 0
                                    

Sebulan berlalu , tamatlah sudah peperiksaan akhir dan tamatlah semester akhir mereka . Amar , Aisha dan rakan-rakan meraikan hari terakhir mereka di sekolah dengan gembiranya. Keluar makan bersama , lepak-lepak , menonton wayang serta berkaraoke di pusat membeli-belah di Putrajaya . Amar juga tidak ketinggalan membeli beberapa pasang baju untuk Aisha. Alhamdulillah , berkat modal yang diberi oleh bapa mertuanya , Amar dapat menampung kembali kos membeli kayu-kayu serta peralatan membuat perabot . Kini bisnesnya juga semakin memberansangkan serta dikenali ramai .

"Sayang pilih lah baju mana lagi yang sayang nak . Kalau nak beli kain ke , seluar ke bagitahu je abang . Abang belikan ." , ujar Amar rapat di telinga Aisha . Sengaja ber'romantik' dengan Aisha .

"Tak payah laa bang . Ni pun dah banyak dah , Aisha bukannya nak kemana sangat pun . Baju kat rumah tu pun banyak dah . Sekejap mama beli , sekejap mama abang belikan , tak terpakai rasanya ." , tukas Aisha sambil memegang secawan milo panas . Dahaga sebab berjalan banyak sangat .

"Alaaa apa salahnya abang nak belanja sayang banyak-banyak . Bukan selalu pun kan . Lagipun tinggal kita berdua ni boleh la jalan lama sikit ." , ujar Amar merajuk . Rakan-rakan mereka sudah pulang terlebih dahulu kerana rumah mereka agak jauh dari pusat membeli-belah tersebut . Lagipun semuanya sudah letih liburan.

"Takpa , abang simpan je duit abang tu untuk masa depan kita nanti ok . Daripada abang beli baju , baik abang beli makanan untuk Aisha . Aisha suka makan daripada baju ." , kata Aisha diselangi ketawa mesra . Dia mengaduh sakit apabila hidungnya dicubit oleh Amar .

Mereka menghabiskan masa bersama di mall tersebut sehingga menjelang senja . Pukul 7.10 minit barulah mereka sampai ke rumah . Saat indah bersama dinikmati sepuasnya oleh pasangan suami isteri tersebut . Segala masalah yang menimpa beberapa minggu lalu dilupakan sepenuhnya dan membuka lembaran baru .

"Sayang , mandi dulu ok . Nanti turn abang pulak ." , suruh Amar kepada isterinya . Dia yang penat memandu kereta ingin berehat sebentar . Letih berjalan seharian memenatkan jiwa raga Amar .

"Abang , pergilah mandi sekali . Aisha tunggu abang , nanti kita solat sekali ya." , pinta Aisha setelah dia siap mandi . Amar mengeliat perlahan lantas mencapai tuala mandi ke bilik air .

Setelah selesai solat maghrib , mereka manghabiskan masa dengan membaca Al-Quran sementara menunggu masuknya waktu Isya' . Yang mana salah , Amar akan memperbetulkan bacaan Aisha . Amar juga dahulunya pernah masuk tilawah Al-Quran waktu sekolah rendah dan menengah jadi mengajar Aisha membaca dengan betul tiada masalah . Setelah masuk waktu Isya' , mereka berhenti mengaji dan menunaikan solat secepatnya . Tak baik melengah-lengahkan solat kata Amar .

"Abang , Aisha mintak maaf atas setiap kesalahan Aisha harini . Sama ada Aisha sedar atau tidak ,abang tolong ampunkan ye." , pinta Aisha sewaktu bersalaman dengan suaminya setelah selesai solat bersama .

"Ya sayang abang ampunkan . Sayang takde apa salah dengan abang pun harini , kalau ada pun abang akan ampunkan . Abang nak kita masuk syurga sama-sama ." , Entah kenapa ayat yang dia sendiri ucapkan membuat air matanya ingin mengalir . Sebak bercakap mengenai dosa pahala syurga neraka ini .

SETIA BERSAMAKUWhere stories live. Discover now