BAB 42

3 1 0
                                    

Sampai sahaja di Man Ikan Bakar , bau semerbak makanan bakar menusuk ke hidung . Bau sotong bakar , ikan keli bakar serta pelbagai lagi masakan pasti membuatkan pengunjung yang datang menelan air liur . Amar dan Amira mengambil tempat duduk di sebelah dalam agak jauh dari semua orang . Lebih privasi gitu , hehe . Seorang pelayan datang menghampiri mahu mengambil order.

"Sayang nak makan apa?" , tanya Amar sambil melihat buku menu . Terdapat lebih 50 menu dan semuanya sedap-sedap belaka.

"Ermm bagi saya ikan keli bakar , sotong bakar lepastu sambal udang petai. Nasi buat tambah ye." , kata Aisha yang sudah tahu mahu makan apa di situ . Terus order sahaja .

"Air ?" , tanya pelayan lelaki itu . Kalau lah dapat pelanggan yang mudah begini , senang kerjanya .

"Air nak air kosong satu , air kelapa , dengan air manga ya . Pencuci mulut saya nak ais kacang okay." , kata Aisha sebelum sempat Amar membuka mulut .

"Okay baik terima kasih. Sila tunggu sebentar ya ." , ujar pelayan itu lalu meminta diri .

"Sayang , ermm sejak bila sayang makan ikan keli , petai semua tu ? Bukan sayang tak suka ke ?" , tanya Amar pelik . Kepala yang tidak gatal digaru perlahan .

"Alah abang ni , Aisha teringin nak makan . Takkan tu pun tak salah ." , tutur Aisha sedikit kasar . Kesal kerana Amar seperti tidak mahu dia merasa makanan yang tidak pernah dia makan .

"Bukan macam tu , abang tanya je . Sorry erk." , ujar Amar . Bertambah pelik dengan sikap Aisha hari ini .

Aisha mendiamkan diri sehinggalah makanan yang dipesan sampai depan mata . Tanpa menunggu lama , Aisha makan dengan berselera sekali . Nasi tambah yang dipesan juga habis dimakan Aisha . Benar –benar dirasuk syaitan selera Aisha .

"Blurppp Alhamdulillah . Furhh sedap sangat-sangat !" , kata Aisha sambil mengelap mulutnya. Kuat betul sendawanya tadi . Dia memandang Amar yang sedari tadi tidak berhenti melihat ke arahnya .

"Abang tengok apa ?" , sergah Aisha lagi . Dah kenapa dengan suaminya ini ?

"Abang tak pernah nampak sayang makan macam ni , sebab tu abang tengok." , balas Amar risau . Risau dimarahi lagi seperti tadi .

"Biasa lah tu , Aisha lapar sangat hari ni sebab tu Aisha makan banyak." , tutur Aisha selamba. Tiba-tiba , telefonnya berbunyi minta diangkat . Tertera nama 'MyMom' di skrin telefon.

"Assalamualaikum mama ." , ucap Aisha terlebih dahulu.

"Waalaikumsalam Aisha , dekat mana tu riuh semacam je mama dengar." , tutur Puan Mimi yang sedang berehat di ruang tamu selepas makan tengah hari sebentar tadi bersama Encik Majdi.

"Aisha dengan abang ni dekat kedai makan , baru lepas lunch." , ujar Aisha sambil menggosok perutnya , kekenyangan.

"Ouh Aisha tak kerja ke hari ni?" , tanya Puan Mimi lagi . Mahu bersembang lama dengan anaknya itu .

"Kerja mama . Aisha baru balik dari kerja lah ni , saja ajak abang makan luar . Teringin nak makan makanan kampung ." , jawab Aisha ringkas .

"Uishh sedapnyaa , Aisha makan apa je ?" , tanya Puan Mimi lagi .

"Aisha pesan ikan keli bakar , sambal udang petai lepas tu sotong bakar . Sedap mama makanan kat sini , nanti Aisha nak datang lagi lah." , ujar Aisha jujur . Masih terasa kesedapan lauk-pauk tersebut di tekaknya.

"Hah ! Ikan keli ? Sambal petai ? Sejak bila pulak Aisha makan benda tu semua ?" , tutur Puan Mimi pelik . Terkejut dengan apa yang diberitahu Aisha itu . Encik Majdi yang berada di sebelah memerhati pelik .

"Kenapa semua orang ni ? Apa salah ke kalau Aisha nak makan semua benda tu , tak faham lah." , balas Aisha agak kasar . Amar yang tersentak dengan nada kasar Aisha meminta isterinya itu bersabar .

"Mama tanya je sayang , jangan lah marah mama." , sungguh Puan Mimi pelik dengan perangai Aisha hari ini . Makan makanan yang tak pernah sentuh , kuat sentap pulak tu .

"Hmm kenapa mama call Aisha ni ?" , tanya Aisha pula . Walaupun suaranya sudah tidak terlalu tinggi tetapi nadanya tetap kasar .

"Mama nak buat kenduri kesyukuran sikit esok , sekaligus ada berita penting berkaitan kes Amar hari tu . Sebab tu mama call kamu ni , malam ni kamu datang lah dengan Amar ya. Tidur sini boleh lah bantu mama apa yang patut." , terang Puan Mimi .

"Kes Amar , erm ya lah malam ni Aisha dengan Amar pergi." , kata Aisha sambil menjeling Amar di sebelah .

"Mama tahu esok kamu berdua cuti , papa pun cuti . Elok sangatlah kenduri tu buat esok ." , kata Puan Mimi lagi .

"Ye mama , esok kami cuti . Okay lah mama malam ni kita cakap lagi ya , kitorang dah nak balik ni ." , ujar Aisha apabila Amar menunjukkan jam tangannya sebagai tanda dia perlu kembali ke pejabat semula .

"Iyalah , assalamualaikum." , ucap Puan Amira lantas mematikan talian .

"Saya pelik lah abang dengan Aisha tu . Ada pulak dia makan ikan keli dengan petai ? Tak pelik ke?" , tanya Puan Mimi kepada Encik Majdi yang sedang membaca surat khabar .

"Biar betul dia makan semua tu ? Abang tak pernah nampak dia sentuh lauk tu sepanjang dia hidup ni." , ujar Encik Majdi . Dia meletakkan surat khabar di atas meja lalu menumpukan perbualannya dengan Puan Mimi .

"Entah-entah dia mengandung tak?" , tanya Puan Mimi teruja .

"Yeke , kalau betul seronok jugak . Tak sabar nak timang cucu ni." , kata Encik Majdi pula . Dalam minda sudah terbayang-bayang dia bermain dengan cucu pertamanya .

"Saya nak call Amira lah , bagitahu pasal Aisha mesti dia pun seronok." , ujar Puan Mimi lalu bangun naik ke bilik . Mahu bercakap panjang dengan besannya.

Encik Majdi yang melihat keletah isterinya hanya menggelengkan kepala . 

SETIA BERSAMAKUWhere stories live. Discover now