Suasana hari itu di rumah Encik Majdi sungguh meriah . Di luar rumah sibuk dengan aktiviti memasang khemah yang dilakukan oleh kaum lelaki manakala di belakang rumah sibuk dengan aktviti memasak . Tak senang duduk Puan Mimi serta Puan Amira dibuatnya , asyik berjalan ke sana ke mari menguruskan masakan . Manakala Aisha yang masih dibuai 'morning sickness' hanya membantu mengupas bawang dan kerja-kerja mudah .
"Aisha , okay tak tu ? Maksu tengok macam penat je , pergi lah rehat . Ramai lagi boleh tolong buat semua ni ." , kata Puan Maria kepada anak buahnya . Sedari tadi dilihatnya Aisha bersungguh-sungguh membantu mereka . Tak padan dengan pening kepala , hishh.
"Tak pa la maksu , sikit aje ni . Lagipun Aisha taknak manjakan diri sangat." , ujar Aisha sambil membantu mereka mengupas kulit buah labu untuk dijadikan serawa labu.
"Iyalah Aisha , tapi kalau penat bagitahu maksu ya ." , kata Puan Maria . Prihatin dengan keadaan anak buahnya yang berbadan dua .
"Baik maksu." , jawab Aisha . Digagahkan dirinya untuk melakukan kerja takut dikata pemalas pula . Bukan dia tidak tahu dengan perangai sesetangah adik beradik Encik Majdi , asyik nak mengata orang je .
Puan Mimi yang baru masuk ke dalam rumah mahu mengambil garam , ternampak Aisha yang membuat kerja . Anaknya itu didekati dari belakang.
"Sayang kenapa buat semua ni , rehat je la . Nanti Amar kata mama dera Aisha pulak." , seloroh Puan Mimi . Mahu mencerikan anaknya yang masam sahaja dari tadi .
"Alah Mimi , bukan suruh angkut tong gas pun . Potong sikit je , tak gugur lah aih ." , bidas Puan Mariam , kakak sulung Encik Majdi .
"Memanglah tak gugur kak oi , tapi kalau jadi apa-apa kak nak tanggung ke ?" , kata Encik Majdi yang masuk ke dapur untuk menyuruh isterinya membancuh air . Habis sebalang air di luar kerana masing-masing dahaga ditambah cuaca panas hari itu .
Puan Mariam yang mendengar suara adiknya itu hanya menjeling . Malas mahu bertekak .
"Mimi , tolong bancuh air lagi sebalang . Air kat luar dah habis ." , arah Encik Majdi kepada isterinya .
"Iyalah abang . Aisha jangan dengar sangat cakap maklong tu , buat tak tahu aje tau." , tutur Puan Mimi geram . Geram dengan perangai kakak iparnya yang kuat mengata itu .
"Takpe , Aisha okay je." , ujar Aisha sambil tersenyum . Jika diikutkan hatinya , mahu digosok muka maklongnya dengan kulit labu itu , padan muka !
Menjelang tengah hari , semua makanan sudah disiapkan . Antaranya ialah sambal udang petai , sotong masak kunyit , daging masak lada hitam , acar buah serta nasi hujan panas . Manakala hidangan sampingan pula serawa labu serta bubur kacang hijau . Sungguh menyelerakan yummyyy .
Selesai sahaja doa dibaca , semua tetamu dibenarkan untuk makan . Berpusu-pusu tetamu yang hadir menjamu selera . Amar yang tercari-cari kelibat isterinya masuk ke dalam rumah untuk bertemu Aisha . Dia ternampak Puan Amira yang berada di dapur ketika itu .
"Mommy nampak Aisha tak ?" tanya Amar .
"Aisha ada dekat atas Amar . Pergilah tengok , bawak makanan sekali ." , kata Puan Amira kepada anaknya . Dia yang sedang memotong agar-agar hanya memandang sekilas anaknya.
Amar berlalu meninggalkan Puan Amira menaiki ke bilik atas . Pintu ditolak perlahan menampakkan Aisha yang berbaring di atas katil .
"Sayang , okay tak ni?" , tanya Amar menghampiri isterinya . Tubuh isterinya dipeluk lembut .
"Pening sikit , abang dah makan ke ?" , tutur Aisha . Kepalanya masih berdenyut .
"Belum lagi , sayang nak makan ke ? Kalau sayang nak makan abang ambilkan nasi kat bawah." , ujar Amar sambil mengusap rambut Aisha .
"Boleh jugak , Aisha lapar ni." , kata Aisha . Sungguh dia rimas dengan penyakitnya ini .
"Kejap abang turun erk." , kata Amar lalu turun ke bawah mengambil nasi untuk Aisha .
"Erh Aisha mana ? Tak makan ke ?" , tanya Encik Amir kepada anaknya .
"Aisha pening kepala dari semalam daddy , ni Amar ambilkan nasi untuk dia ." , jawab Amar ringkas.
"Ouh iya lah , bagi dia makan banyak sikit . Bagi cucu daddy gemuk." , seloroh Encik Amir. Amar yang mendengar keletah Encik Amir ketawa kecil .
Makanan di atas pinggan dibawa berhati-hati menuju ke bilik Aisha . Pintu bilik ditolak perlahan lalu pinggan diletakkan di atas katil . Aisha yang berbaring cuba bangun sedaya upaya .
"Meh abang suap sayang." , kata Amar lalu menyuap nasi kepada Aisha .
"Abang tak makan ke ?" , tanya Aisha prihatin . Kasihan dengan suaminya yang terpaksa bersusah payah membawa makanan ke bilik .
"Sayang makan lah dulu , nanti abang makan." , jawab Amar . Satu lagi suapan masuk ke mulut isterinya .
"Larhh abang ni." , tanpa disangka Aisha mengambil pinggan dari Amar lalu nasi disuap ke mulut suaminya . Amar terkedu dengan tindakan Aisha itu .
"Terima kasih sayang . I love you." , tutur Amar lantas memberikan senyum manis buat Aisha. Mereka berdua berkongsi makanan tersebut sehingga habis licin .
"Abang tak ambil air ke ?" , tanya Aisha . Tekaknya terasa kasar kerana tidak menelan setitis air pun sewaktu makan .
"Allah , abang lupa la . Kejap abang turun ambik ." , ujar Amar lalu turun ke bawah menuju ke dapur .
"Aikk Amar , makan dalam bilik ke ?" , tanya Puan Mariam . Lebih kepada memerli .
"Haah maklong . Aisha tak sihat lagi , sebabtu kami makan kat atas ." , jawab Amar bersahaja. Aisha ada cerita berkaitan mulut lancang maklongnya ini .
"Manja ." , kata Puan Mariam lalu berlalu ke luar rumah .
Amar yang mendengar suara sayup-sayup Puan Mariam hanya bersabar .
'Dia belum kenal lagi aku ni macam mana , tunggu kau orang tua.' , bisik hati kecil Amar.
YOU ARE READING
SETIA BERSAMAKU
RomanceAmar dan Aisha anak muda yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Banyak rintangan dan dugaan dihadapi dalam rumahtangga tersebut. Adakah mereka setia hingga ke akhirnya? Jangan lupa baca SETIA BERSAMAKU 😂