Keesokan harinya , Amar dan Aisha bersiap-siap untuk berangkat ke kolej . Cuti penggal semester telah berlalu dan sekarang mereka pada fasa akhir pengajian , semester 4 . Amar mengambil jurusan binaan manakala Aisha jurusan pendidikan . Aisha sangat berminat dalam bidang pendidikan kerana dia bercita-cita untuk menjadi seorang guru atau pensyarah suatu hari nanti .
"Abang , jom lah sarapan dulu . Awal lagi ni." , ajak Aisha kepada suaminya . Jam dinding baru menunjukkan pukul 7.20 pagi . Masih terlalu awal untuk bergerak keluar memandangkan jarak rumah dari kolej juga hanya mengambil masa 10 minit sahaja.
"Sayang masak apa? Bau sampai ke bilik ." , tanya Amar sambil mengikat tali leher bercorak batik yang dipadankan bersama dengan kemeja hitam . Hensem .
"Aisha masak nasi goreng kampung . Kesukaan abang kan , mama yang bagitahu resepi ni ." , jawab Aisha sambil menayangkan senyuman mesra .
"Wow , pandainya isteri abang ambil hati suami dia erk . Makin sayang lah abang dekat Aisha macam ni ." , ujar Amar bermanis mulut demi mengambil hati isterinya yang berpenat lelah menyediakan makanan kegemerannya .
"Erh dah lah , abang duduklah dulu . Aisha nak ambil piring kejap . Kita makan sama-sama ." , arah Aisha untuk menamatkan drama mereka di pagi hari . Takut terlambat pulak .
Sepuluh minit kemudian , mereka berdua keluar dari rumah menuju ke kolej . Amar sempat singgah di Shell untuk mengisi minyak kereta miliknya . Aisha juga sempat membeli beberapa makanan ringan sebagai kudapan dia dalam kelas . Walau sudah dilarang berkali-kali oleh Amar sejak zaman bercinta lagi , namun Aisha tetap melakukan hal yang sama kerana mengantuk katanya jika tidak kunyah-kunyah ketika belajar . Geleng kepala Amar melihat kedegilan Aisha itu , hendak dimarah takut merajuk . Layankan jelah .
Sampai sahaja di sekolah , rakan-rakan rapat Amar dan Aisha menegur mereka dengan gelaran pengantin baharu .
"Hai pengantin baru . Berseri-seri nampak , dah berisi ke ?" , tegur salah seorang kawan Aisha.
"Hello bro kuuu . Bahagia nampak ? Yalaa orang dah ada isteri , mestilah bahagia kan." , tegur kawan Amar pulak .
Mereka berdua hanya melayan sahaja kerenah kawan-kawan di kolej tersebut . Tahu benar dengan gelagat orang bujang yang suka mengusik .
"Sayang , lunch nanti call erk . Kita keluar sekali ." , ujar Aisha ketika mereka ingin berpisah arah memandangkan kelas Aisha berada di tingkat 3 .
"Baik babyyyyyy !" , sambut sekumpulan kawan Amar yang mendengar percakapan lelaki tersebut kepada isterinya.
Aisha yang malu dengan adegan tersebut terus mengajak kawannya naik ke kelas . Tak betah berlama-lama disitu menanti ayat seterusnya yang keluar dari mulut kawan Amar . Bukan boleh dilayan sangat perangai mereka ini , makin lama makin miang . Gatal .
"Bestnya dah kahwin. Aku ni bila lagi erm." , ujar seorang kawan Aisha .
"Ala nanti bila jodoh kau dah sampai , kahwin la kau . Sabar erk ." , balas Aisha . Pening .
YOU ARE READING
SETIA BERSAMAKU
RomanceAmar dan Aisha anak muda yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Banyak rintangan dan dugaan dihadapi dalam rumahtangga tersebut. Adakah mereka setia hingga ke akhirnya? Jangan lupa baca SETIA BERSAMAKU 😂