BAB 17

9 0 0
                                    

"Aisha meh sarapan sekali . Aisha kena kuat makan supaya cucu mama pun sihat dan kuat ." , ajak Puan Mimi kepada Aisha . Aisha sudah dapat menguatkan diri namun senyumannya tawar .

Aisha mengambil tempat di sebelah Encik Majdi . Jujur dia sangat merindui Amar namun bila mengingatkan perkataan yang keluar dari mulut suaminya sewaktu mengetahui dia disahkan mengandung masih terngiang-ngiang di telinganya . Sakit dan pedih , luka hatinya masih belum kering . Tidak menyangka seorang bapa sanggup berkata sedemikian terhadap anaknya sendiri .

"Aisha , Aisha ." panggil Encik Majdi , namun hampa tiada sebarang jawapan . Jasad anaknya sahaja berada di depan mata namun rohnya melayang entah ke mana . Encik Majdi kemudiannya menyentuh sedikit bahu anaknya , barulah Aisha tersedar dari lamunannya itu.

"Aisha fikir apa sayang ? Rindu Amar kan , kalau rindu call lah dia ." , kata Encik Majdi . Puan Mimi yang sedang menyenduk kueytiow goreng memerhati Aisha lama .

"Betul cakap papa , kalau Aisha rindu dia call lah . Mungkin Amar tersilap hari tu , maafkan lah dia ." , kata Puan Mimi .

"Dah la mama paa , tak payah cakap pasal dia . Aisha tak suka ." kata Aisha tegas lantas menyudu kueyteow dalam pinggan . Ya , rindu namun dia menguburkan rindu itu sedalam-dalamnya . Sakit hati .

"Aisha ingat nak kerja lah mama papa . Boleh tolong carikan tak ?" , tanya Aisha kepada Puan Mimi dan Encik Majdi . Dia mengharap pengertian dari ibu bapanya serta ingin memulakan hidup baharu .

"Aisha nak kerja yang macam mana ?" , tanya Encik Majdi membuatkan mata Aisha membulat. Lega kerana papanya itu tidak bercakap pasal Amar lagi .

"Tak kisah lah kerja apa pun asalkan dekat dengan rumah ni." , jawab Aisha ceria . Puan Mimi yang melihat juga tersenyum lega kerana ini pertama kali Aisha tersenyum selepas insiden kelmarin .

"InsyaaAllah nanti papa tolong carikan ." , kata Encik Majdi menjadikan Aisha lebih semangat bersarapan . Encik Majdi dan Puan Mimi juga bersyukur melihat perubahan anak mereka itu.

Petang itu , Aisha serta ibu bapanya keluar berjalan-jalan di pusat beli-belah berdekatan rumah mereka . Aisha menghabiskan masa bersama Puan Mimi serta Encik Majdi , rindu nak bermanja-manja kesampaian juga akhirnya . Bahagia . Aisha dilihat asyik ketawa dan tersenyum sambil berjalan berpegangan tangan dengan ibu bapanya , persis budak kecil saja lagaknya .

Namun , lain pula ceritanya kepada seorang lelaki yang asyik memerhati adegan tersebut di sebalik dinding . Berkaca matanya melihat kekasih hatinya bergembira sedangkan dia , luka berdarah menahan sakit rindu . Matanya terarah kepada perut si wanita tersebut yang masih kempis , belum menampakkan 'babybump' . Kesal dengan kelakuan diri yang akhirnya memakan diri sendiri . Tanpa sedar , air mata yang ditahan mengalir jua ke pipi .

"Sayang , abang rindu Aisha . Baliklah sayang ." , kata Amar sambil mengelap air matanya laju . Takut disangka gila pula menangis seorang diri .

'Abang minta maaf sayang' , ujar hati kecil Amar .

SETIA BERSAMAKUWhere stories live. Discover now