BAB 31

7 1 0
                                    

Encik Majdi dan Puan Mimi bertolak dari rumah pada petang tadi menuju ke kampung halaman . Manakala Amar dan Aisha tinggal berdua di rumah , masing-masing saling menjarakkan diri . Seorang di bilik seorang lagi menonton televisyen . Amar yang terasa lapar bangun menuju ke dapur melihat sama ada terdapat makanan yang ditinggalkan atau tidak . Malang sekali , tiada sepiring makanan pun dibawah meja .

'Aku ni dah la tak pandai masak.' , kata hati kecil Amar sambil menggaru kepalanya .

Amar menyusun langkah perlahan menuju ke bilik atas , ingin meraih simpati Aisha supaya memasak untuknya kerana sepanjang dia hidup tak pernah sekali pun dia masak walaupun sebungkus mi segera !

"Assalamualaikum." , ucap Amar lantas menolak perlahan pintu bilik . Aisha yang sedang berbaring selepas solat maghrib tadi hanya menjenguk sedikit kepalanya .

"Waalaikumsalam." , jawab Aisha dingin . Masih lagi ego .

"Sayang , ermm ... ermm boleh tak tolong masak untuk abang ? Masak maggi pun jadi la , abang lapar ni." , kata Amar dengan nada merayu sambil menggosok perutnya perlahan . Seperti pengemis meminta duit sahaja lagaknya .

"Erh kenapa saya pulak yang kena masak , awak yang lapar kan ? Masak la sendiri." , kata Aisha tegas . Terdetik rasa kasihan terhadap suaminya itu namun sengaja mahu bergaduh dengan Amar .

"Erm tak pa lah , sorry abang kacau ." , kata Amar sayu . Aisha benar-benar berubah , isterinya itu sudah berubah seratus-peratus .

"Ya lah saya masak , awak nak makan apa ?" , tanya Aisha pantas . Kesian pulak tengok Amar yang sedang menahan lapar , kang tak pasal-pasal pengsan lagi susah .

"Apa-apa pun takpa , asalkan dapat makan ." , jawab Amar dengan wajah ceria . Ini satu lagi petanda yang isterinya itu sudah membuka sedikit hati untuknya walaupun tidak secara penuh.

Amar setia menunggu Aisha siap memasak di dapur . Setiap gerak geri Aisha diperhati tanpa lepas , rindu yang teramat sangat terhadap isterinya itu memaksa Amar untuk menatap setiap saat . Tak sangka Aisha mahu memasak untuknya malam ini , peluang ni !

"Awak ! Tak nampak ke saya dah hidangkan nasi goreng tu depan mata awak . Berangan tak sudah ." , perli Aisha . Dia mengambil satu lagi piring lantas mencedok nasi goreng ayam untuknya .

"Erhh terima kasih sayang . Bau macam sedap." , kata Amar diselit pujian untuk Aisha . Semoga Aisha terkesan dengan pujiannya itu .

"Tak payah puji sangat lah , makan cepat . Dah sejuk tak sedap." , arah Aisha tegas . Langsung tiada nada dalam suaranya , datar sahaja . Masing-masing mula makan tanpa banyak bicara , hanya bunyi sudu dan garpu yang berlaga dengan pinggan sahaja kedengaran .

"Terima kasih sayang , sedap . Dah kenyang ." , kata Amar sambil menggosok perutnya perlahan . Aisha yang melihat tersenyum sedikit dengan kelakuan manja suaminya itu . Comel jugak suami aku ni hahahahaha . Namun dia cepat-cepat buat muka serius kembali takut kantoi .

"Okay memandangkan sayang dah masak , abang pulak yang basuh ." , kata Amar sambil mengangkat semua piring kotor ke sinki . Nasi goreng yang dimasak oleh Aisha habis licin dimakan Amar . Selera benar Amar malam itu .

"Okay bagus , saya nak tengok tv ." , kata Aisha lantas bangun menuju ke ruang tamu . Televisyen dibuka lantas siaran kesukaannya dicari . Filem KL Gangster ditayangkan membuatkan mata Aisha terpaku di depan tv.

"Wuishh KL Gangster , sejak bila sayang minat aksi ni?" , tanya Amar yang sudah siap membasuh piring serta disusun ke kabinet dapur . Dia menghimpit Aisha yang berada di atas sofa , ingin bermanja .

"Sejak .... Entah . Erh yang awak ni duduk dekat-dekat dengan saya ni kenapa?" , bidas Aisha yang terkejut dengan tindakan Amar namun yang peliknya dia langsung tidak berganjak walaupun dihimpit .

"Saja nak manja-manja ." , kata Amar sambil tersengih . Apabila melihat Aisha yang langsung tidak protes , Amar mengambil kesempatan dengan memeluk pinggang isterinya itu .

"Gatal ." , kata Aisha . Sejujurnya dia juga rindu dengan suaminya itu namun disebabkan ego dia menepis rasa rindunya itu dalam-dalam. Bukan sekarang .

Hampir sejam mereka menonton televisyen , Aisha tersedar bahawa mereka masih belum menunaikan solat Isyak . Amar yang berbaring diribanya diperhati lama . Tanpa sedar , tangannya mengelus lembut rambut Amar . Semakin lama rasa rindu itu semakin membuak-buak di dadanya . Bibirnya mula menyentuh dahi Amar , jatuh ke telinga , ke hidung dan akhirnya ke bibir merah Amar . Lama bibirnya berhenti di situ , setelah dia merasakan bibirnya juga dicium Aisha kembali memanggung kepalanya lantas terus berdiri .

'Ya Allah malunya aku ! Apa aku dah buat ni .' , bisik hati Aisha . Dia menepuk dahinya perlahan .

"Kenapa sayang lari ? Abang rindu sayang sangat-sangat." , ucap Amar sayu . Dia kira peristiwa tadi sudah cukup mengatakan Aisha juga merinduinya namun hampa apabila Aisha lantas bangun ketika menerima kucupan balas darinya .

"Kita tak solat Isyak lagi." , jawab Aisha laju . Dia kemudiannya berlari menuju ke bilik lantas menutup pintu rapat . Malu sungguh dengan keterlanjuran dirinya tadi .

Setelah selesai solat Isyak , Amar memegang kejap tangan Aisha tidak mahu melepaskan . Rasa rindu masing-masing kembali membuak . Amar menarik lembut tangan Aisha minta duduk di sisinya .

"Sayang , beri abang peluang lagi sekali . Abang janji abang takkan sia-siakan hidup sayang lagi . Abang pernah silap sekali , tapi bukan berkali-kali . Cukuplah dengan penderitaan abang sewaktu sayang jauhkan diri dari dari abang dulu . Abang taknak hilang sayang lagi dah , abang mohon sangat-sangat beri abang peluang kedua .", luah Amar kepada Aisha lantas mencium lembut tangan isterinya .

"Aisha pun nak mintak maaf juga . Kita sama-sama buat silap , maafkan Aisha ya." , pohon Aisha sambil tersenyum manis .

Akhirnya ego yang dibina kukuh runtuh jua berkat kesabaran Amar melayani kerenah Aisha . Malam itu , hubungan suami isteri tersebut kembali seperti sedia kala . Manisnya bahtera rumahtangga apabila masing-masing saling memaafkan . 

SETIA BERSAMAKUWhere stories live. Discover now