"Aisha , janganlah layan suami kamu macam tu . Dia takde kamu mintak dia datang sini cepat-cepat , dia ada kamu buat macam tak wujud je." , kata Puan Mimi lebih kepada menegur . Tidak berkenan dengan perangai anak tunggalnya itu yang tidak matang .
"Ma , dia tipu Aisha mama . Mama takkan faham apa yang Aisha rasa ." , ujar Aisha sambil memandang ke kolam ikan di tepi pondok luar rumah . Tenang melihat ikan-ikan bergerak bebas tanpa sebarang masalah .
"Iya mama takkan faham sebab mama tak ada dekat tempat kamu , tapi mama juga seorang isteri . Pernah hadap masalah dengan papa tapi sebab kami berbincang , bertoleransi semua masalah dapat diatasi ." , kata Puan Mimi lagi . Kasihan dengan menantunya yang bersendirian di dalam rumah , ingin mendekati Aisha asyik ditempik sahaja .
"Tengoklah macam mana . Aisha tak boleh tengok muka dia sekarang." , kata Aisha dingin . Malas mahu memanjangkan perkara tersebut .
"Jangan sampai kamu menyesal dengan apa yang kamu buat ni Aisha . Nak dapat suami macam Amar mungkin susah zaman sekarang ni , dah dapat ni jaga lah dia elok-elok . Kalau orang lain dah lama kamu ni dijandakan ." , kata Puan Mimi geram . Dia bangkit masuk ke dalam rumah , ingin memasak untuk tengah hari . Dilihatnya Amar sedang membaca surat khabar di atas sofa di ruang tamu .
"Amar , mama nak cakap sikit." , kata Puan Mimi , mengambil tempat di hadapan Amar .
"Cakap apa mama ?" , tanya Amar lantas meletakkan surat khabar di atas meja . Mmeberi tumpuan sepenuhnya kepada ibu mertua di depan .
"Mama nak mintak maaf dengan sikap Aisha tu , mama harap sangat kamu boleh bersabar . Mama pun tak faham kenapa dia tak boleh terima benda yang dah lama berlalu tu . Mama yakin dengan kamu Amar , kamu mampu bahagiakan anak mama tu ." , kata Puan Mimi penuh rasa bersalah kepada menantunya itu . Dia berharap supaya hati Amar sentiasa sabar dan tabah dalam menangani perangai Aisha .
"Amar faham mama kenapa Aisha bencikan Amar , takpe Amar redha . Tapi Amar akan pastikan yang Aisha boleh terima Amar dan hubungan kami sama macam dulu , Amar janji . Tak kisahlah Amar terpaksa berkorban apa pun , Amar akan dapatkan Aisha balik." , kata Amar teguh dengan janjinya . Dia tidak akan sesekali mensiakan peluang yang diberi oleh ibu mertuanya ini , restu orang tua amatlah diharapkan .
"Syukurlah kalau begitu . Kamu duduklah dulu ya , mama nak masak jap . Nanti papa balik lah tu ,harini kelas dia sampai tengah hari je ." , kata Puan Mimi lantas bangun menuju ke dapur . Ingin memasak makanan istimewa memandangkan menantunya berada di sini .
"Amar , call la mommy daddy kamu datang makan tengah hari kat sini . Ramai-ramai baru meriah . Call lah yaa." , ujar Puan Mimi ceria . Lama dia tidak berjuma dengan besannya itu , kalau berjumpa boleh sembang rancak. Hehe .
"Ya lah mama . " Amar yang kembali membaca surat khabar ketawa perlahan dengan cadangan Puan Mimi . Tak sanggup mengecewakan ibu mertuanya , Amar terus menelefon Puan Amira .
"Assalamualaikum mommy ." , ucap Amar setelah mendengar talian telah diangkat oleh Puan Amira .
"Waalaikumsalam Amar . Kenapa tiba-tiba call mommy ni ? Rindu ke ?" , tanya Puan Amira seloroh . Walaupun anaknya itu sudah besar panjang , namun sifat ingin bermanja dengan anak tetap ada di hati Puan Amira .
"Memanglah Amar rindu mommy . Tapi Amar call mama ni sebab mama ajak mommy dengan daddy datang makan tengah hari dekat sini . Mama cakap kalau ramai-ramai lagi meriah." , jawab Amar ceria . Puan Mimi yang hanya mendengar perbualan anak beranak itu hanya tersenyum . Sungguh dia beruntung kerana mendapat menantu yang sangat menghormati orang tua .
"Dekat sini ? Maksud kamu rumah mama Mimi ke?" , tanya Puan Amira pelik . Sejak bila pulak Amar berani pergi rumah Aisha ? Tak takut kene halau ke ?
"Ouh Amar lupa nak bagitahu . Amar datang rumah mama semalam ." , jawab Amar. Terlupa hendak memberitahu Puan Amira yang dia datang ke rumah mertuanya petang kelmarin .
"Arr Aisha tak marah ke Amar ?" , tanya Puan Amira perlahan . Takut sekiranya sesiapa di rumah Aisha terdengar soalannya .
"Panjang ceritanya mommy . Mommy datanglah sini dulu , nanti ada masa Amar cerita." , kata Amar turut memperlahankan suara apabila ternampak kelibat Aisha yang melintasi belakangnya untuk menuju ke bilik atas . Bertembung sahaja mata dengan Amar , Aisha terus mengerling suaminya . Ego , puiyyy .
"Ya lah Amar , bagitahu mama kamu sekejap lagi kitorang pergi kebetulan pulak daddy kamu tak pergi office harini . Mommy pun tak payah masak dah haha." , kata Puan Amira kembali menceriakan suranya . Gembira pulak boleh makan percuma dekat rumah orang ni hahahaha.
"Ok mommy , assalamualaikum." , ucap Amar sebelum Puan Amira menjawab salamnya lantas mematikan talian . Bertuah punya budak .
"Mama , mommy cakap kejap lagi diorang datang . Kebetulan pulak daddy pun tak keje harini." , kata Amar kepada Puan Mimi yang sedang memotong bawang untuk dimasak .
"Ok bagus . Sekarang ni kamu naik atas suruh isteri kamu tu mandi , dia kalau tak disuruh mandi sampai ke pagi esok pun belum tentu nak mandi ." , arah Puan Mimi berupa bebelan . Geram dengan Aisha yang semakin menjadi-jadi perangainya . Entah dirasuk jin apa sehingga malasnya begitu rupa .
"Baik mama ." , kata Amar lantas mengatur langkah perlahan naik ke bilik . Pintu diketuk tetapi tiada sahutan dari dalam . Pintu yang tidak berkunci ditolak sedikit menampakkan Aisha yang sedang berbaring di atas tilam sambil bermain telefon .
"Sayang , mama suruh mandi ." , kata Amar lantas duduk di birai katil . Mukanya ditala ke arah Aisha yang pura-pura tidak mendengar suara Amar .
"Sayang mandi lah , tak elok biar bandan kering macam tu." , kata Amar lagi . Masih tiada jawapan daripada Aisha .
'Aku tahu nak buat apa dengan Aisha ni.' , kata hati kecil Amar .
Amar tanpa banyak bicara lagi terus mencapai tuala Aisha lantas menggendong Aisha masuk ke dalam bilik air . Rontaan dari Aisha langsung tidak diendahkan . Pintu bilik air dikunci lantas terdengarlah suara pekikan yang bergema dari suara Aisha . Puan Mimi yang mendengar suara Aisha dari bawah hanya menggelengkan kepala .
"Macam-macam laa budak ni." , kata Puan Mimi sambil membebel perlahan .
YOU ARE READING
SETIA BERSAMAKU
RomanceAmar dan Aisha anak muda yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Banyak rintangan dan dugaan dihadapi dalam rumahtangga tersebut. Adakah mereka setia hingga ke akhirnya? Jangan lupa baca SETIA BERSAMAKU 😂