BAB 21

5 0 0
                                    

Puas bercuti selama 3 hari , Aisha kembali bekerja di kedai bunga milik anak kawan papanya. Aisha dihantar dan diambil oleh Encik Majdi tetapi hari ini dia memandu sendiri motosikalnya yang diambil oleh papa dari rumah Amar . Dia gembira bekerja kerana pekerja di situ juga sebaya dengannya . Boleh bergelak ketawa , bergurau dan menimba ilmu bersama .

"Hei mak buyung dah sampai . Bawak moto sendiri nampak harini , merempit sakan laa ye ." , perli salah seorang kawannya , Muni . Muni merupakan kawan yang paling suka mengusiknya .

"Ishh kau ni , merempit apanya aku cuma willi je ." , gurau Aisha membuatkan Muni serta pekerja yang lain bergelak ketawa .

"Hah gelak-gelak juga , tempahan sila siapkan dengan segera ye . Cubit kang hah baru tahu." , kata Fiqah merangkap bos mereka . Dialah anak kawan Encik Majdi yang bekerja di universiti sebagai pensyarah seperti papanya . Fiqah tua lima tahun dari Aisha .

"Baik boss !" , ujar pekerja-pekerja di situ serentak . Kemudian , terhambur ketawa masing-masing .

Mereka bertungkus-lumus menyiapkan tempahan daripada pelbagai sekolah serta individu yang datang sendiri ke kedai untuk menempah bunga . Tak menang tangan semuanya bekerja . Kadang kala ada hari yang semua pekerja di situ perlu bekerja lebih masa demi menyiapkan tempahan tetapi tidak bagi Aisha . Encik Majdi sudah melarang Aisha pulang lewat malam kerana risau dengan keadaan Aisha . Namun hari ini , Aisha seperti terasa ingin bekerja lebih masa kerana kasihan pula dengan yang lain kerana selalu saja menyambung tugasannya .

"Fiqah , hari ni saya OT ya ." , kata Aisha kepada bosnya itu .

"Erh , tak ape ke ? Nanti Encik Majdi marah saya pulak." , tanya Fiqah hairan . Encik Majdi sudah berpesan dengan Fiqah supaya membenarkan Aisha balik awal kerana disitu hanya Aisha seorang sahaja yang mengandung .

"Tak apa , lagipun saya dah mesej mama tadi . Lagipun sampai pukul 7.30 je ." , kata Aisha sambil ketawa halus . Risau benar semua orang dengan dirinya , terharu .

"Iyalah , kalau Aisha dah cakap macam tu , saya izinkan je ." , kata Fiqah ringkas . Bagus juga ada ramai pekerja yang OT , banyak kerja nak kena selesaikan ni !

Setelah siap tugasan yang dibuat untuk hari itu , Aisha meminta diri untuk pulang . Fiqah sempat mengucapkan terima kasih atas kesudian Aisha untuk membantu mereka semua . Kurang sikit beban yang ditanggung mereka .

Aisha menghidupkan enjin motosikalnya . Langit sudah mula kelam dan hitam . Burung-burung juga berterbangan pulang ke sarang masing-masing . Motosikalnya pun digerakkan perlahan membelah jalan raya .

Tiba di satu selekoh , Aisha seperti menyedari ada sebuah kereta yang mengekorinya dari tadi . Dia sempat melihat nombor plat kereta itu dan ternyata kereta tersebut milik , Amar ! . Aisha melajukan motosikalnya supaya Amar tidak sempat memintasnya .

Namun , tidak disangka ada sebuah motosikal yang keluar dari simpang 3 tidak memerhati kiri kanan terus keluar ke jalan . Pemuda tersebut membelah sisi motosikal Aisha membuatkan Aisha jatuh ke atas jalan . Aisha terpelanting ke seberang jalan , mujur tidak ada kenderaan yang melalui jalan tersebut pada waktu itu . Pemuda yang sempat membrek motosikalnya hanya mengalami luka ringan . Dia melihat perempuan yang dibelah tadi terpelanting ke jalan dan tidak sedarkan diri . Dia terus mengangkat motosikal yang jatuh di sisinya lantas melarikan diri dari situ .

Amar yang melihat adegan tadi menekan minyak laju ke kawasan tersebut . Dia turun dari kereta dan menjerit kepada pemuda tersebut malangnya tidak dihiraukan . Amar mencari kelibat Aisha lantas ternampak susuk tubuh isterinya yang terbaring di seberang jalan dengan darah pekat mengalir dari celah pahanya ! Amar terus berlari ke arah Aisha .

"Sayang , bangun sayang . Aisha , bangun ." , panggil Amar cemas . Dia memeriksa keadaan Aisha namun hanya celah pahanya sahaja yang berdarah . Amar mengangkat Aisha masuk ke dalam keretanya lalu dibawa ke hospital .

Amar menunggu di ruangan yang ditetapkan setelah menghantar Aisha ke hospital . Dia menunggu doktor yang merawat Aisha serta kedatangan Encik Amir serta Puan Amira . Amar juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada mertuanya . Terkejut bukan kepalang keempat-empat mereka mendengar berita tersebut .

"Amar , Ya Allah macam mana boleh jadi macam ni ? Aisha macam mana ?" , tanya Puan Amira yang baru datang bersama dengan suaminya . Encik Amir dilihat tergesa-gesa dari belakang . Letih .

"Aisha kat dalam , doktor tengah rawat dia . Aisha accident dengan motosikal lain ." , kata Amar ringkas . Cerita sebenar biarlah hanya dia yang tahu .

"Amar , Ya Allah macam mana dengan Aisha ? Ya Allah kalau mama tahu nak jadi macam ni mama takkan benarkan dia pergi kerja sendiri ." , kata Puan Mimi yang berlari-lari anak sewaktu ternampak Amar serta besannya . Puan Amira menggosok lembut bahu besannya itu . Faham benar perasaan seorang ibu .

"Amar lalu kawasan tu tadi , tiba-tiba je nampak accident depan mata . Tak sangka orang tu Aisha ." , bohong Amar . Dia tidak tahu orang di situ percaya atau tidak , yang penting baginya sekarang adalah isterinya , Aisha .

Menunggu selama hampi sejam , barulah doktor yang merawat Aisha keluar dari wad kecemasan . Semua yang ada di situ bangun tergesa-gesa ingin mengetahui keadaan Aisha.

"Doktor macam mana dengan isteri saya ?" , tanya Amar kalut .

"Doktor macam mana dengan anak saya ?" , tanya Puan Mimi pula .

"Menantu dengan cucu saya macam mana ?" , Puan Amira pula bertanya .

"Mohon bertenang semuanya . Kami dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan pesakit dan kandungannya . Tapi ..." , doktor wanita tersebut terpaksa memberhentikan ayatnya kerana faham apa yang akan terjadi selepas dia memberitahu keadaan sebenar . Realiti yang terpaksa diharungi walaupun pahit .

"Tapi apa doktor ?" , tanya Amar pelik . Kenapa dengan Aisha ? Anaknya !?

"Pesakit selamat tetapi kandungannya tak dapat diselamatkan . Pesakit juga mengalami hantukan kepala yang kuat di kepala menyebabkan pesakit mungkin hilang ingatan buat sementara ." , terang doktor itu membuatkan semuanya terpaku terutamanya Amar .

Keguguran ? Hilang ingatan ? ALLAHUAKBAR !

SETIA BERSAMAKUWhere stories live. Discover now