BAB 47

3 1 0
                                    

Lima bulan sudah berlalu , kini Amar sibuk dengan urusan bisnes yang semakin maju manakala Aisha sibuk dengan menguruskan kertas peperiksaan bagi murid-muridnya . Masing-masing hanya sempat berbual ketika di rumah sahaja .

"Sayang , sibuk-sibuk juga makan jangan lupa ya ." , ujar Amar sewaktu sarapan pagi sebelum bertolak ke tempat kerja . Kini dia juga sudah boleh memasak beberapa menu ringkas hidangan pagi seperti roti bakar bersama sosej rebus .

"Iya abang Aisha tahu , Aisha ni kalau bab makan tak pernah lupa pun ha . Tengok badan Aisha ni dah makin gemuk ha .", tutur Aisha menunjukkan sisi badannya yang semakin tembam .

"Erhh gemuk pun comel lah , abang sayang." , kata Amar mahu mengusik . Sekeping roti bakar serta satu gelas susu diletakkan di depan Aisha .

"Terima kasih sayangku." , ujar Aisha . Terasa terlalu bahagia bila diperlakukan seperti permaisuri oleh suaminya .

"Dah makan cepat ." , arah Amar . Takut terlambat pula .

Selesai bersarapan , Amar akan menghantar Aisha ke tempat kerja isterinya . Seringkali menolak untuk dihantar , namun Amar tidak akan membiarkan Aisha menunggang motosikalnya sendiri . Takut jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.

"Nanti apa-apa call abang tau." , pesan Amar sebelum Aisha turun dari kereta .

"Iya abang , hari-hari abang bagitahu Aisha benda yang sama , tak penat ke ?" , tanya Aisha bosan tapi suka . Hehehe.

Aisha bersalaman dengan suaminya lalu keluar dari kereta . Kelihatan beberapa orang murid bertegur sapa dengan Aisha .

"Assalamualaikum cikgu , nak kami tolong ?" , tanya seorang murid perempuan yang ayu bertudung .

"Waalaikumsalam . Betul ni nak tolong ?" , tanya Aisha sambil tersenyum manis.

"Betul lah cikgu , meh saya tolong angkat ." , kata murid itu lantas mengambil buku-buku serta fail dari tangan Aisha .

"Terima kasih sayang ." , ucap Aisha lalu berjalan mengikuti murid itu menuju ke bilik guru .

"Erhhh mak buyung dah sampai . Good morning ." , Aliya , seorang guru muda sebaya Aisha yang turut menjadi kawan baik Aisha disitu .

"Good morning Cik Aliya yang penyibuk." , seloroh Aisha . Aliya yang mendengar terus menjeling .

"Saja nak kenakan aku lah tu ." , sindir Aliya . Matana sengaja diangkat ke atas tanda merajuk.

"Alololo sayang kiter merajuk erk , lunch nanti aku belanja kau erk ." , ujar Aisha . Tahu sangat perangai kawan baiknya itu , pantang dengar belanja terus baik .

"Okay awak , kitaa onzzz je ." , tutur Aliya . Rezeki jangan ditolak , musuh jangan dicari . HAHAHAA.

"Faham sangat dengan kau tu ." , kata Aisha lantas duduk di mejanya . Melepaskan lelah.

SETIA BERSAMAKUWhere stories live. Discover now