"Assalamualaikum." , laung Amar sopan di depan pintu rumah Aisha .
Dia tunduk sedikit menyalami tangan Encik Majdi . Walau ada sedikit getaran di hati namun dia beranikan juga demi menyempurnakan hasrat di hati . Encik Amir dan Puan Amira juga bersalaman dengan Encik Majdi dan Puan Mimi . Aisha yang berada di belakang tersenyum simpul melihat jejaka pilihan hati berada di depan mata .
"Masuklah tuan puan . Rumah kami ni kecil saja , cukup-cukup untuk tiga beranak." , ujar Encik Majdi merendah diri .
"Erh takpa lah , cantik rumah ni . Kemas ." , balas Encik Amir pula .
"Aisha , jom tolong mama buat air ." , bisik Puan Mimi perlahan di telinga anak gadisnya .
"Err tuan puan duduklah dulu ya . Kami nak ke dapur sekejap , buat air." , ucap Puan Mimi sopan kepada tetamu mereka .
Encik Majdi yang sedari tadi memerhatikan bakal menantunya itu sedar mata lelaki muda itu tidak lepas memandang anak gadisnya . Anak-anak muda .
"Duduklah tuan puan ." , pinta Encik Majdi mesra .
"Tak usahlah tuan puan dengan kami , panggil nama je . Saya Amir dan ini isteri saya Amira." , Encik Amir memperkenalkan dirinya dan isteri .
"Ouh nama yang hampir sama . Alhamdulillah ." , ujar Encik Majdi perlahan diikuti gelak tawa orang yang terdapat di ruang tamu itu .
"Kalau saya boleh tahu , siapa nama papa Aisha ni?" , tanya Encik Amir .
"Ouh maafkan saya . Asyik bersembang sampai terlupa nak bagitahu nama . Amar tak bagitahu ke?" , ujar Encik Majdi sambil melirikkan mata ke arah Amar . Amar yang terkejut namanya disebut lantas mengangkat kepala dan tersenyum simpul . Malu.
"Saya Majdi dan isteri saya Mimi ." , sambung Encik Majdi ringkas .
Seminit kemudian Aisha dan Puan Mimi keluar dari dapur membawa sedulang jag dan cawan berisi jus oren dan sebesen mee goreng . Mata-mata yang berada di ruang tamu terus terpaku dengan kehadiran mereka .
"Jemput makan tuan puan." , sapa Puan Mimi mesra .
"Tak usahlah bertuan puan dengan kami Mimi . Panggil je saya Amira dan ini suami saya , Amir." , balas Puan Amira pula.
Setelah beberapa minit semuanya mendiamkan diri menghabiskan mee goreng yang terhidang , Aisha mengangkat semua piring kosong ke dapur untuk dibasuh . Kemudian Majdi memulakan perbualan tujuan dia memanggil kedua ibu bapa Amar ke rumahnya .
"Oklah saya berterus terang saja lah ya . Sebenarnya saya kurang setuju dengan rancangan Amar untuk menikahi Aisha pada waktu sekarang . Bukanlah bemaksud saya tidak merestui hubungan mereka , namun anak saya tu masih lagi belajar . Macam tu jugak Amar , saya takut perkahwinan ni akan membebankan mereka berdua ." , terang Encik Majdi panjang lebar pada permulaan bicara .
Amar yang mendengar ucapan papa Aisha sedikit terkejut dengan tanggapannya itu . Kenapa orang tua selalu saja memandang rendah kepada orang muda sepertinya ? Dia tahu tanggungjawab seorang suami bahkan sudah bersedia dengan segala rintangan yang bakal melanda . Aisha yang memerhati di sudut dapur dikerlingnya sedikit menampakkan wajah sugul kekasih hatinya itu .
"Sebenarnya saya dan isteri juga berpendapat yang serupa . Tak dinafikan Amar memang seorang lelaki yang matang dan bertanggungjawab namun perkahwinan tidak mudah Amar." , jawab Encik Amir perlahan kepada anak lelakinya .
"Tapi daddy , Amar tahu tanggungjawab dan bersedia untuk memikul sebarang dugaan ketika berkahwin nanti . Amar janji Amar akan bahagikan Aisha pakcik . Percayalah cakap Amar ni ." , terang Amar dengan yakin tanpa sebarang getar di hatinya .
Kedua ibu bapa Amar dan Aisha saling memerhati sesama sendiri . Berat untuk keduanya menyetujui rancangan anak mereka kerana tahu besarnya dugaan berumahtangga apalagi untuk anak muda seperti mereka .
"Aisha , mari sini kejap." , panggil Encik Majdi meminta Aisha menyertai perbualan mereka .
Aisha yang berselindung di sebalik dinding keluar menuju ke ruang tamu . Dia mengambil tempat di sebelah Puan Mimi . Amar yang memerhatinya sedari tadi dikerling sedikit . Malu.
"Papa ada soalan untuk Aisha . Papa nak Aisha jawab soalan papa dengan jujur . Boleh ke?" , tanya Encik Majdi teratur.
"Boleh pa." , jawab Aisha perlahan.
"Aisha sanggup jalankan dua tanggungjawab sekali gus . Sebagai seorang pelajar dan isteri dalam satu masa ? Papa taknak Aisha tinggalkan pelajaran semata-mata sebab dah kahwin. Pelajaran ni penting untuk masa depan." , ujar Encik Majdi tegas .
Semua mata yang berada di situ terarah kepada Aisha menunggu jawapan. Aisha mengangkat sedikit muka melihat wajah Amar sebelum menjawab .
"Aisha dah fikir benda ni sedalam-dalamnya sebelum minta restu mama papa lagi . Aisha tahu pelajaran paling utama dalam hidup Aisha dan Aisha pasti takkan tinggalkan kolej walaupun kami dah kahwin . Soal tugas sebagai isteri , Aisha tahu tugas sebagai seorang isteri memang tak mudah terutamanya untuk gadis muda macam Aisha ." , terang Aisha yakin lantas menyambung perbualannya.
"Aisha pun ada baca buku-buku untuk menjadi seorang isteri yang baik kepada suaminya . Jadi Aisha tak rasa yang Aisha ni langsung tak layak untuk berkahwin memandangkan niat kami juga baik . Kalau Allah juga menggalakkan manusia untuk berkahwin awal kenapa mama papa nak menghalang pulak kan ?" , sambung Aisha dan membuatkan kedua orang tua Amar terpaku dan terbit rasa bangga akan gadis muda itu.
Setelah beberapa minit perbincangan dengan bertanyakan beberapa soalan kepada Amar dan Aisha dari kedua belah pihak , persetujuan akhir telah diberi dan memberikan senyuman lebar kepada Amar dan Aisha .
Sebelum pulang dari rumah Aisha , Encik Majdi ada bercakap secara bersendirian dengan Amar . Ucapan yang lahir dari hati seorang bapa membuatkan Amar mengalir air mata dan berjanji akan menggalas tanggungjawab seorang suami dengan baik dan tidak akan meninggalkan Aisha walau apa yang terjadi . Janji yang agak berat namun akan dihadapi dengan teguh dan berani .
YOU ARE READING
SETIA BERSAMAKU
RomanceAmar dan Aisha anak muda yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Banyak rintangan dan dugaan dihadapi dalam rumahtangga tersebut. Adakah mereka setia hingga ke akhirnya? Jangan lupa baca SETIA BERSAMAKU 😂