Sudah sebulan Amar berada di hospital , kini tubuhnya juga semakin pulih berkat doa daripada keluarga serta isteri tercintanya . Aisha boleh dikatakan setiap masa hanya berada di samping Amar , hanya balik ke rumah untuk membersihkan diri serta berehat itupun setelah dipaksa oleh mamanya , Puan Mimi . Amar sudah boleh tersenyum mesra serta berbicara walaupun belum bertenaga sepenuhnya .
"Aisha , bangun sayang dah pagi ." , kata Amar sambil membelai rambut isterinya yang masih tidur di sebelahnya . Mereka selalu berkongsi katil walaupun berada di hospital , seringkali Aisha menolak kerana mahu memberikan keselesaan kepada suami namun Amar menolak . Tidak sanggup membiarkan Aisha sakit badan kerananya .
Aisha mengeliat sedikit apabila Amar menggeletek pinggangnya . Mata dibuka mengamati susasana sekeliling yang masih gelap .
"Pukul berapa ni ?" , tanya Aisha mamai .
"Pukul 6.30 sayang . Sayang bangun solat subuh dulu lepastu tolong abang pulak." , tutur Amar perlahan . Luka di perutnya belum pulih sepenuhnya kerana tusukan parang tersebut sangat dalam .
"Iyalah , Aisha solat dulu ya ." , ujar Aisha lantas bangun dari katil menuju ke bilik air . Siap solat , Aisha membantu Amar pula menunaikan kewajipan kepada Allah SWT. Biarlah sakitnya sehingga ke jantung sekalipun , Amar tidak akan sesekali melupakan tanggungjawabnya kepada Allah .
"Abang ingat tak hari ni hari apa?" , tanya Aisha sewaktu memberi Amar makan sarapan pagi.
"Ingat lah sayang , hari ni kan hari Isnin." , seloroh Amar . Dia pura-pura tidak tahu , sengaja ingin menduga reaksi isteri kesayangannya itu .
"Ish abang ni , nak merajuklah ." , ujar Aisha kesal . Kesal kerana Amar tidak mengingati hari bersejarah mereka . Aisha tahu hari bersejarah tersebut daripada diari miliknya yang disimpan di rumah Encik Majdi . Segala yang terjadi dalam hidupnya ditulis dan disimpan rapi dalam diari tersebut . Kisah rumahtangganya juga diketahui melalui buku tersebut .
"Alolo abang ingat la sayang , hari ni ulang tahun perkahwinan kita yang ke 3 kan . Happy 3rd anniversary sayang." , ucap Amar mesra . Tangan lembut Aisha diraih lalu dicium intim . Tanggal 2 Februari , genaplah tiga tahun mereka bersama suka dan duka menjadi suami isteri.
"Selamat pagi . Alhamdulillah Encik Amar pun dah semakin sihat dah ni , doktor cakap hari ni Encik Amar dah boleh balik dah ." , kata jururawat yang bernama Mina itu . Dia lah salah seorang jururawat yang bertanggungjawab menjaga kesihatan Amar selama ini .
"Yeke , Alhamdulillah . Terima kasih nurse ." , ucap Aisha gembira . Tak sabar nak bagitahu keluarganya tentang berita ini , mesti diorang pun gembira sebab Amar dah boleh balik !
"Haa makan breakfast tu puas-puas , lepas ni tak boleh nak rasa dah." , seloroh jururawat itu. Dia kemudian menuju ke pesakit bersebelahan Amar , memeriksa keadaan pesakit tersebut.
"Aisha call mama jap , minta papa ambik abang." , tutur Aisha lalu bangun menelefon Puan Mimi . Amar hanya memerhati tindak tanduk isterinya itu dengan bahagia . Bahagia kerana hidupnya terisi dengan orang yang menyayanginya . Dia cuma berdoa semoga kebahagiaan ini berpanjangan sampai bila-bila.
YOU ARE READING
SETIA BERSAMAKU
RomanceAmar dan Aisha anak muda yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Banyak rintangan dan dugaan dihadapi dalam rumahtangga tersebut. Adakah mereka setia hingga ke akhirnya? Jangan lupa baca SETIA BERSAMAKU 😂