Bab 1 : the beginning 😉

542 9 0
                                    

seseorang menyapa diri nya.

"Abang."

Tahu lah dia bahawa itu ialah adiknya,Shina menyapa.

"Hmm?" Adam memandang adiknya yang berpakaian anggun itu.

Memakai baju jubah panjang elegan buat dirinya agak indah dipandang, diikuti dengan jilbab hitam yang labuh dan purdah hitam yang sangat cantik itu.

"Saya nak cakap sikit dengan abang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya nak cakap sikit dengan abang. Kat belakang." Shina berkata sebelum bergerak ke belakang rumah.

"Luke." Adam memanggil Luke yang berada berdekatan dengan nya.

"Apa?" Luke yang baru habis makan bertanya.

"Boleh kau tolong cover aku,tak? Adik aku nak jumpa aku. Cau dulu." Adam terus meninggalkan Luke yang masih keliru.

Di belakang rumah.

"Apa dia,Shina?" Adam bertanya sebaik sahaja tiba.

"Shina nak mengembara." tiga patah perkataan itu langsung tidak di jangka oleh Adam.

"Can you repeat that again?" Adam bertanya lagi sekali.

"Shina nak mengembara." Shina yang faham Adam tidak menjangka akan itu memberitahu lagi sekali.

"Dengan siapa? Kenapa? Ke mana?" Adam bertanya. Dia risau dengan apa yang akan berlaku kepada adiknya.

"Dengan kawan yang saya dah lama berpisah untuk rapatkan lagi hubungan kami." Shina menjawab dengan sekali nafas.

"Dan untuk soalan last tu,kan dah nama pun mengembara,bukan kah saya akan pergi ke merata tempat?" Shina menyambung dengan pertanyaan.

"Erk. Ye tak ye...." Adam tersenyum kekok.

"Jadi,boleh saya pergi?" Shina bertanya sopan.

"Erm ...kalau tuan Xavier benarkan, abang pun.....benarkan lah..." Adam yang sebenarnya agak risau.

"Tuan Xavier pun beritahu begitu kepada saya." Shina menjawab.

"Kalau macam tu......" Adam terfikir fikir. Risau juga dengan adiknya. Dia tidak mahu percaya beberapa belas tahun yang lalu berlaku lagi. Dia tidak mahu kehilangan adik nya.

"Abang jangan risau." Adam memandang Shina. Wanita itu menanggalkan purdah nya.

"Saya boleh jaga diri saya sendiri."

' macam yang saya pernah buat dulu.'
Shina berkata perlahan sambil tersenyum kecil. Adam yang melihat itu agak terkejut kerana adiknya itu sukar untuk senyum kepada orang lain. Dia sendiri pun jarang jarang melihat adiknya itu tersenyum.

"Kalau itu yang buatkan adik abang happy, abang benarkan kamu pergi." Adam berkata kepada adiknya sambil tersenyum.

"Terima kasih,abang." Shina memeluk abangnya erat.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now