Seperti apa yang dirancang oleh yang lain sebelum ini,mereka telah bersiap untuk pergi ke Vampire Kingdom untuk membuka pintu gerbang dan menyelamatkan raja Yuri dan permaisuri Dililah.
Fahmi agak gemuruh kerana dia perlu kembali semula ke tempat kelahiran nya.
Di mana penuh dengan kesengsaraan dirinya. Masa silam yang perit.
Rei yang berada di sebelah menggengam tangan rakan baik nya itu.
"Jangan lupa yang aku sentiasa ada dengan kau."
Fahmi tersenyum mendengar bisikan kecil daripada Rei itu.
Dia bersyukur kerana mempunyai rakan yang baik seperti Rei. Rakan yang mengetahui mengenai masa silam nya. Malah,dia juga ada ketika dia diseksa cuma dia tidak boleh keluar memandangkan dia telah berjanji dengan Fahmi ketika itu bahawa dia tidak akan keluar walau apa yang berlaku.
Rei juga kagum dengan Fahmi kerana dia sangat kuat sehingga masih dapat berdiri sekarang. Dia bertuah menjadikan Fahmi idola nya,seseorang yang dia sangat tabik kerana sangat hebat tak kira dari segi mental mahukan fizikal.
"Baiklah semua. Kalian dah sedia dengan baju sejuk?" Raja Ice Land bertanya.
"Sudah,tuanku." Mereka menjawab serentak.
Ketika ini,mereka telah berada di ruang tamu istana dengan pakaian yang sangat tebal.
Memandangkan di Ice Land salji sudah tidak turun, tidak bermakna di sana salji juga tidak turun. Jadi,mereka perlu sentiasa berjaga-jaga.
"Ingat,ketika kita tiba di istana nanti, terus berpecah ikut kumpulan yang telah beta agihkan.
Fahmi dan putera Rei,
Puteri Zuaqi bersama Aoi,
Yumi bersama Shiko,
Yuki bersama Noah,
Yushi bersama Ai dan Clara,
Xavier bersama Fasha.
Dan yang terakhir, Adam bersama Shina.
Beta akan bersama permaisuri akan turut sama mencari.
Kenta akan bersama Catarina memandangkan abangnya mungkin tidak mempunyai tenaga untuk turut mencari nanti jadi beta sarankan,kalian berdua berehat. Kami akan perlukan Kenta lagi sekali untuk teleport pulang.Jika ada yang menemui apa-apa makhluk di sana,terus panggil kami semua." Raja Ice Land berkata sambil memandang satu persatu wajah.
"Baik,tuanku."Mereka menjawab serentak lagi.
"Jika begitu,mari kita pergi."
Raja Ice Land memberi isyarat kepada Kenta untuk membuka teleportal.
Dengan kudrat yang dia ada,dia membuka teleportal ke Vampire Kingdom.
Ketika mereka tiba,mereka dapat merasakan angin salji yang sangat sejuk menerpa ke arah mereka. Nasib baik mereka memakai baju tebal.
"Bagus kerja kamu,Kenta." Raja Ice Land kagum.
Kenta hanya tersenyum sambil menarik nafas panjang memandangkan dia sedang mengumpulkan tenaga.
"Jadi,bagaimana kita mahu membuka pintu ni?" Di hadapan mereka, terdapat pintu gerbang yang sangat besar. Ianya memisahkan antara Vampire Kingdom dengan Kingdom yang lain.
Ditengah tengah pintu gerbang,terdapat satu lubang kunci.
"Ini kunci nya." Raja Ice Land menghasilkan pedang kunci yang Fahmi berikan kepada nya.
YOU ARE READING
8. Pengembaraan 3 sahabat.
Adventurekisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan semula memori rakan baik mereka itu. alang alang mereka ke dalam perjalanan sebuah perpustakaan yan...