Bab 25 : Starburst Kingdom the jerk 2 😒

17 3 0
                                    

Di tempat Fasha,Fahmi dan Rizal.

Mereka telah berada di hadapan pintu penjara bawah tanah istana itu.

Mereka telah bertemu dengan ramai pengawal tetapi dengan Fahmi yang berada di sebelah mereka, mereka dapat pergi dengan senang tanpa ada calar pada badan mereka. Begitu juga Fahmi yang tangkap menyerang dengan panah nya.

Dia memang pakar dalam bertempur bersama pedang tetapi dengan menggunakan panah,kerja menjadi lebih senang memandangkan Fahmi boleh menyerang jarak jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia memang pakar dalam bertempur bersama pedang tetapi dengan menggunakan panah,kerja menjadi lebih senang memandangkan Fahmi boleh menyerang jarak jauh. Nampak je ada pengawal,cederakan pada mana mana bahagian badan.

Pintu penjara yang besar di buka oleh Fasha dengan menggunakan kad masuk yang dia ambil daripada salah seorang pengawal yang tumbang tadi.

Sebaik sahaja ianya terbuka,mereka dapat lihat, terdapat banyak sel yang tersedia di situ. Dan ketika mereka masuk, terus bau yang memualkan menusuk ke hidung dan tekak mereka.

Fasha terasa seperti ingin muntah ketika terbau itu. Fasha menghadap ke belakang supaya dia dapat udara segar.

"Uhuk...uhuk.." terbatuk batuk Fahmi ketika dia juga turut sama terbau itu.

Manakala Rizal,dia melakukan sesuatu.

Dia sedang mencampur adukkan beberapa cecair ke dalam botol lain sambil duduk di atas lantai. Pelbagai jenis botol yang pelik berada hampir di sekeliling Rizal.

'Dia....nak buat potion apa tu?' Fahmi yang memerhati Rizal sambil menutup hidung nya dengan lengan baju tertanya tanya.

Tak sampai beberapa minit,

Pop!

Sebaik sahaja ianya berbunyi, Rizal terus bangun dan botol botol tadi hilang. Kecuali kedua dua botol yang dia pegang. Botol untuk menyembuhkan Ai dan Clara, dan botol yang lagi satu berwarna pink.

Botol yang berwarna pink itu dicampakkan ke dalam penjara.

Ianya pecah di tengah tengah penjara dan terus, penjara itu berbau wangi.

"Kau buat potion perfume?" Fahmi bertanya berseloroh.

Rizal hanya ketawa kecil mendengar itu.

"Sudah,mari kita masuk." Fasha berkata sambil memasuki penjara bawah tanah tersebut. Dan diikuti oleh Rizal dan Fahmi.

"Kita perlu cari bilik yang mengawal penjara ni. Lepas tu,kita akan keluarkan semua orang."

" Yang masih hidup." Fahmi menyambung kata kata Rizal. Mereka berdua tahu tempat ini memandangkan mereka juga tinggal di Starburst Kingdom. Raja Charlie memberitahu mereka sebagai amaran.

"Bilik pengawal penjara." Fasha berkata sambil tangannya menyentuh bulu burung jenjang nya.

Ketika itu,dia dapat melihat sesuatu.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now