Di dalam perpustakaan Nature Kingdom.
Kelihatan sepasang raja dan permaisuri sedang membaca sebuah buku seorang dengan sangat tekun.
Si raja memegang buku mengenai Nature Kingdom manakala si permaisuri memegang buku mengenai lokasi rahsia di Nature Kingdom. Suasana sangat senyap memandangkan hanya ada mereka sahaja di situ.
Ketika mereka sedang membaca setiap patah perkataan di dalam buku itu,
"I've got it."Si permaisuri berkata dengan senyuman dan mendadak.
"Apa dia,dinda?"Sang raja bertanya.
"Cuba kanda lihat ini. Ini bukan kah apa yang dikatakan oleh permaisuri Yuzuriha dan Raja Tanaka tadi?" Permaisuri Ice Land itu menunjukkan pada dua muka surat yang bersebelahan itu. Kelihatan satu gambar pada satu muka surat. Di bawah nya terdapat maklumat yang mereka inginkan.
Mereka pun membaca nya dan terkejut.
"Kejap,kanda. Tertulis di sini bahawa sesiapa yang pergi ke sana ialah untuk mendapatkan kembali Mana dan tenaga atau kuasa mereka yang hilang atau diserap.
Jadi,mengapa Yushi perlu ke sana?" Permaisuri Ice Land bertanya sambil membuat wajah berfikir.
"Itu kita tanya kepada dia nanti. Ini,ada sesuatu yang kanda ingin beritahu dinda." Raja Ice Land menunjukkan sehelai kertas yang berada di dalam buku yang dia baca sebentar tadi.
Tertulis,
Dari apa yang beta sendiri baca dan lihat di hadapan mata, puak Vampire sememangnya licik kerana mampu memanipulasi sesuatu makhluk dengan kelebihan yang mereka ada sebagai Vampire.
Siapa sangka? Dahulu kami menghulurkan tangan kami sebagai tanda keamanan. Tetapi sekarang, mereka menghulurkan tangan dan pedang mereka sebagai tanda peperangan dan kematian.
Beta sendiri lihat bagaimana ayahada dan bonda beta serta kekanda Tanaka dibunuh oleh Puak Vampire. Raja dan permaisuri itu sendiri yang membunuh mereka.
Mata mereka yang seakan akan boleh berubah itu membuatkan ramai gentar dan kalah. Peperangan itu....
Kami kalah. Semua terkorban. Kecuali kami iaitu beta dan kekanda Tanaka yang berjaya melarikan diri daripada peperangan itu. Kami sepatutnya tidak boleh berada di sana kerana masih remaja. Tetapi, beta tetap mahu bertarung bersama ayahada dan bonda beta begitu juga kekanda Tanaka.
Ketika sang raja itu sibuk dengan kepuasan dirinya,kami melarikan diri dan mula membina hidup baru dengan kuasa kami iaitu tumbuhan. Kami bersama sama membantu antara satu sama lain. Untuk membina sebuah Kingdom yang boleh dimasuki oleh semua makhluk kecuali Vampire. Yang jauh daripada mereka.
Kami tidak akan membenarkan makhluk Vampire memasuki Kingdom ini. Kami tidak mahu sejarah berulang. Kami juga turut tidak mahu mereka membuat onar dengan menyalahgunakan kuasa mereka yang ada pada setiap vampires itu.
Mereka sememangnya jijik di pandangan semua makhluk di sini kerana mereka juga turut sama pernah dikhinati oleh puak Vampire. Mereka tahu perangai sebenar puak Vampire. Mereka tiada kurang nya seperti puak Dark Underworld.
YOU ARE READING
8. Pengembaraan 3 sahabat.
Adventurekisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan semula memori rakan baik mereka itu. alang alang mereka ke dalam perjalanan sebuah perpustakaan yan...