"Sehinggalah suatu hari,semasa kami berumur 6 tahun ketika itu. Sesuatu yang besar berlaku." Rizal berkata sambil menyandarkan diri nya pada dinding.
"Masa tu,kami semua sedang berlatih pedang. Raja Yuri datang secara tiba-tiba. Nasib baik ketika itu, Edwin,Erza dan Vance berada dalam bentuk pedang manakala patik berada dalam bentuk haiwan. Begitu juga Zeo." Glenn menyambung,
"Raja Yuri meminta tolong kepada kami. Tentang peperangan dahulu. Dia meminta pertolongan daripada putera Fahmi dan putera Rei tanpa bertanya dari mana kami datang.
Disebabkan Putera Fahmi berkata bahawa dia ingin berbakti kepada Vampire Kingdom walaupun sekali,kami semua pun turut turun padang." Disambung oleh Erza.
"Peperangan pun berlangsung. Kami terpaksa berlawan dengan puak Dark Underworld yang sangat ganas dan banyak. Jadi,banyak juga tenaga yang kami terpaksa gunakan untuk bunuh kesemua puak Dark Underworld tu." Disambung oleh Edwin,
"Sehinggalah, Fahmi sudah tak tahan lagi. Jadi,dia pun terus menggunakan kuasa dia untuk serap semua tenaga dan kuasa milik puak Dark Underworld. Mereka menjadi lemah dan kami terus membunuh mereka dengan peluang yang ada.
Tanpa kami sedar,Raja Yuri berada dalam bahaya. Begitu juga Permaisuri Dililah yang masih tidak sedarkan diri kerana baru sahaja melahirkan Shina dan Adam beberapa hari selepas itu. Hanya Fahmi sahaja yang perasan. Jadi,dia terus ke istana dan kami pun mengikut nya." Rizal menyambung.
"Ketika kami sampai,kelihatan seorang gadis sedang memberi sumpahan gelap kepada istana tersebut. Yang membuatkan Raja Yuri dan Permaisuri Dililah terperangkap di dalam istana. Gadis itu bersama seorang lelaki terlepas." Glenn menyambung.
"Katanya,hanya darah diraja sahaja yang boleh membuka pintu gerbang itu semula. Tetapi,kami juga perlukan kunci untuk menyerapkan darah mereka dan membuka nya." Edwin menyambung.
"Alhamdulillah, kami dah dapatkan kunci itu. Apa yang kami perlu sekarang ialah darah Shina dan Adam. Yang telah bertukar menjadi vampire." Erza menamatkan dengan kata-kata itu.
"Jadi,Shina perlu sedar dahulu lah, kan?" Permaisuri Ice Land bertanya untuk mendapat kepastian.
"Ya. Sebab itu lah penting untuk Shina terus hidup. Kalau tidak,Vampire Kingdom mungkin akan lenyap." Edwin menjawab.
"Tapi,kenapa kalian kelihatan bersemangat ingin membuka pintu gerbang itu? Bukan kah lebih baik jika raja Yuri dan Permaisuri Dililah mendapat hukuman mereka?atas apa yang mereka telah lakukan kepada Fahmi? Dan makhluk-makhluk lain?" Raja Ice Land bertanya.
"Kami tidak mahu Adam dan Shina lupa tentang asal mereka. Mereka juga memerlukan ayahanda dan bonda mereka supaya dipimpin."Erza menjawab.
"Boleh beta tahu,siapa gadis yang terlepas itu? Yang memberikan sumpahan kepada istana Vampire Kingdom?" Permaisuri Ice Land bertanya.
"Hanya dua orang yang terlepas. Yang pertama, raja dan permaisuri telah tahu iaitu Lance Gekirai, putera mahkota Dark Underworld.
Lagi seorang pula telah tiada kerana adik angkatnya,Fasha menggunakan kuasanya." Rizal memberitahu.
"Adik angkat?"
"Ya. Selepas sahaja Lance mengambil haluan untuk bersendirian, Farisha,wanita yang memberikan sumpahan itu dijumpai oleh keluarga Fasha.
Tetapi,disebabkan arahan Lance dahulu, Fasha dan Farisha menjadi anak yatim piatu. Di mana Farisha perlu membunuh ayah dan ibu Fasha. Yang mana disaksikan oleh Fasha. Itu pun kerana Farisha tidak perasan. Dia ingatkan ketika itu Fasha sedang tidur tetapi tidak." Glenn menceritakan melalui sumber yang dia dapat.
YOU ARE READING
8. Pengembaraan 3 sahabat.
Adventurekisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan semula memori rakan baik mereka itu. alang alang mereka ke dalam perjalanan sebuah perpustakaan yan...