Pada tengah malam itu.
Semua orang telah dibuai mimpi. Mereka semua keletihan kerana meraikan kepulangan putera Rei yang pernah dikhabarkan 'hilang' suatu ketika dahulu.
Semua orang kecuali seseorang. Dia setia berada di sebelah kiri katil pesakit. Di mana terdapat tingkap yang membolehkan cahaya malam dan angin malam menembusi masuk. Tingkap dibuka sedikit sahaja memandangkan iklim di Land itu sejuk dan menghasilkan salji.
Seseorang itu tidak dapat tidur entah kenapa. Matanya asyik memandang bulan sabit yang cantik kelihatan pada malam itu. Di dalam hatinya,dia memperbanyakkan selawat dan doa. Supaya pesakit cepat sembuh dan sedar.
Lain pula dengan seorang lagi yang berada di dalam bilik itu juga. Tetapi,orang itu telah tertidur di sisi kanan katil pesakit. Kepalanya diletakkan pada katil supaya selesa.
Ketika sedang seseorang yang masih tidak tidur itu mengelamun ke luar tingkap,
"Umm...."kedengaran suara seseorang yang baru sahaja bangun.
Mendengar itu,membuatkan seseorang yang termenung ke luar tingkap tadi memandang pesakit.
"Shina."lelaki itu memanggil nama pesakit itu dengan senyuman nipis pada bibirnya.
Pesakit yang bernama Shina itu tidak memfokuskan kepada lelaki itu sebaliknya ruangan bilik itu.
"Kau dah bangun?"lelaki itu bangun dan berjalan mendekati Shina.
!
Shina yang seperti baru perasan kehadiran seseorang,terus mengambil pasu bunga berdekatan dan melemparkan ke arah lelaki itu kerana terkejut. Lelaki itu tidak sempat mengelak kerana tidak menyangka hal itu. Dia mengundur ke belakang sedikit. Kesan bunyi daripada pasu dan jeritan kecil Shina membuatkan seseorang yang tadi tidur,terjaga.
"Shina, Shina,ok ke?"lelaki yang tertidur tadi bertanya.
"Huh....huh..."nafas Shina tercungap-cungap kerana masih terkejut.
"Shhh....Shina ok. Abang ada kat sini."lelaki itu memeluk Shina perlahan.
"Abang....Adam?"Shina bertanya dengan suara yang perlahan dan terketar-ketar. Mungkin masih trauma dengan apa yang menimpa dirinya.
"Ya,ini abang. Alhamdulillah, Shina dah sedar." Adam bersyukur.
"Ke....kejap,ad...ada orang lain ka...kat sini tadi." Shina baru perasan bahawa ada orang lain di situ.
"Shina rehat dulu. Abang tengok."Dengan menggunakan kuasa api nya,dia menerangi bilik itu. Dan kelihatan cebisan cebisan pasu bunga.
Dan disebelahnya pula seorang lelaki yang sedang cuba untuk bangun bersama darah yang terkeluar daripada tangan dan kepala lelaki itu.
"Siapa kau?" Keadaan yang agak gelap membuatkan Adam tidak berapa nampak. Tambahan pula dengan kuasa api nya yang hanya dikeluarkan sedikit dalam keadaan yang sejuk.
"Bertenang, Adam. Ini saya." Mendengar suara lembut seseorang,membuatkan dia berfikir.
'Aku seperti pernah dengar suara ni. Tapi,kat mana?'
Ketika dia sedang berfikir,lampu bilik itu dibuka oleh seseorang.
Terus mereka memandang ke arah pintu di mana suis berada.
"Shina,kau dah sedar!"Yumi, Yuki dan Yushi yang terdengar bunyi bising daripada bilik itu tadi masuk ketika melihat Shina yang telah sedar. Begitu juga Zuaqi. Bilik mereka paling dekat jadi,mereka yang pertama dengar.
"Alhamdulillah!" Rei yang berada di sebelah lelaki itu berkata gembira.
Dan ketika itu,Rei perasan sesuatu.
YOU ARE READING
8. Pengembaraan 3 sahabat.
Adventurekisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan semula memori rakan baik mereka itu. alang alang mereka ke dalam perjalanan sebuah perpustakaan yan...