Bab 18 : kuasa Zeo si musang. 🦊

16 3 0
                                    

Mereka semua mula kan perjalanan sebaik sahaja Shina siap melakukan segala nya.

"Mari pergi."

Mereka memulakan perjalanan dengan agak kekok pada mulanya kerana mereka tidak tahu bahawa Shina mengingati mimpi nya itu.
Setsuna juga tidak mengetahui mengenai itu.

Kali ini, Shina memakai niqab,bukan purdah yang biasa dia pakai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kali ini, Shina memakai niqab,bukan purdah yang biasa dia pakai.

"So,kita akan pergi ke mana selepas ni?" Catarina memecah kesunyian.

"Kita akan pergi ke Bandar Raidia, kan?" Kenta bertanya untuk mendapat kepastian.

"Kita hanya akan lalu di belakang hutan nya sahaja." Shina menjawab.

"Kenapa pulak?" Rizal bertanya.

"Bandar Raidia tidak membenarkan sesiapa masuk atau keluar tanpa urusan penting. Sesiapa yang keluar tanpa urusan penting akan dibuang dari bandar tersebut.

Dan jika seseorang itu mahu masuk, orang itu perlulah mempunyai dokumen yang sah untuk mereka masuk. Jika dokumen tak sah, orang itu akan dihukum kerana menipu. Dan jika ingin masuk tanpa kebenaran atau dokumen, orang itu tidak akan dibenarkan masuk.

Mungkin sebab itu lah Shina suruh kita lalu belakang je. Kita tak ada urusan penting untuk melalui bandar tu." Fahmi menerangkan panjang kepada mereka.

"Good."Shina memuji pendek dengan kepintaran Fahmi. Lelaki itu memang ulat buku.

"Kau tahu daripada mana semua ni,Fah?" Rizal bertanya.

"Aku ada terbaca mengenai dunia luar semasa kita masih lagi di Kingdom tu." Fahmi tidak mahu menyebut mengenai Kingdom tersebut. Mereka mempunyai kisah yang tidak menyenangkan di sana. Kisah yang menyakitkan hati mereka.

"Sudah,kita dah nak sampai di hutan belakang Bandar Riadia."Shina menghentikan lamunan mereka. Dia tidak mahu mereka teringat akan Kingdom tak guna itu.

" Jangan buat bising sangat sebab kebiasaan nya akan ada pengawal yang membuat rondaan di sana untuk menangkap pelarian. Dan dijadikan hamba di istana atau jual kepada orang orang kaya." Fahmi memberitahu.

"Baiklah."Mereka yang telah mula membiasakan diri dengan Fahmi yang suka memberitahu fakta yang mereka tidak tahu, menganggukkan kepala tanda faham dan setuju.

Sedang mereka menunggang haiwan mereka, mereka mendengar sesuatu. Yang sebenarnya, Shina yang mendengar nya dahulu sebelum menyuruh yang lain diam supaya mereka juga dapat mendengar nya.

"..hisk....huhu...sakit..."

Kedengaran seperti tangisan seseorang.

"Mari kita tengok." Catarina yang kasihan dengan suara itu mengajak.

"Mari."baru yang lain ingin membantah,Shina menjawab sebelum dia terus ke arah suara tersebut.

Catarina gembira kerana Shina mengikut cadangan nya.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now