Bab 22 : mimpi atau memori. 🤔

18 3 0
                                    

Setelah selesai solat,mereka sambung semula bacaan. Dengan senyap tanpa mengganggu yang lain memandang kan mereka semua melakukan perkara yang jarang orang dapat.

Pelbagai maklumat yang mereka tidak pernah dengar atau tahu berada di sana.

Sehingga kan Catarina yang selalu bising juga turut sama diam.

Dan sehingga kan mereka tidak perasan bahawa waktu solat fardhu Asar telah tiba jika bukan disebabkan pengumuman yang sama.

Setelah solat Asar,mereka kembali menulis catatan.

Setelah beberapa jam mereka di situ,

"I get what I want. How about you guys?" Kenta bertanya sambil memandang rakan rakannya.

"Kejap,aku cuma perlu tulis yang last ni....
And....
Siap." Fahmi menutup buku nya dan terus meletakkan buku tersebut ke tempat nya semula.

"Rizal,macam mana dengan kau?" Kenta bertanya kepada Rizal yang masih lagi membaca sebuah buku dengan tekun.

"Kejap,aku rasa macam dah nak faham ni..." Rizal cuba memahami buku yang lain. Bukan buku mengenai cara mengenali guardian.

"Ok,siap." Rizal dan Catarina berkata serentak membuatkan mereka memandang sesama sendiri.

Sebelum mereka ketawa kecil.

Yelah, Kalau kau ketawa kuat sangat,tak pepasal kena halau.

Setelah itu,mereka pun meletakkan semula buku ke tempat nya semula.

Begitu juga Shina yang telah siap membaca buku terakhir. Dengan wajah yang agak pucat. Seperti mengetahui sesuatu yang menakutkan diri nya.

"Tak....tak mungkin ianya benar,kan? Huh.... aku perlu bertenang supaya yang lain tak syak apa apa...." Shina cuba untuk mengawal emosi nya.

Shina meletakkan semua buku yang dia ambil tadi ke rak nya semula.

Dia akui, banyak sekali maklumat yang dia dapat. Pelbagai maklumat baru yang dia dapat. Bukan seperti pertama kali dia ke sini. Ketika itu,masih belum banyak buku lagi di situ. Jadi,tidak banyak maklumat yang yang dapat. Tetapi sekarang,ianya berbeza.

Dia gembira.

Kerana dengan Pelbagai maklumat tersebut, dia dapat mengembalikan semula memori Ai, dapat mengetahui asal usul Clara atau dengan kata lain,perkampungan Assassin.
Dia juga ketahui cara untuk mendapatkan semula rakan rakan baik nya itu.

Selain itu,dia juga mendapat maklumat yang telah lama dia cari. Mengenai masa silam nya, segala keperitan yang dia rasai sebelum ini membuahkan hasil. Ianya tidak sia sia.

Sebab itu lah dia gembira.

Tetapi tidak terlalu gembira ketika dia membaca sebuah buku mengenai masa kecil nya. Semasa dia baru dilahirkan. Maklumat dia terima sukar dihadam pada mulanya. Tetapi,dia cuba untuk bertenang dan hadam semua nya nanti.

Setelah menyimpan semua buku ke rak masing masing,mereka berkemas untuk pulang.

Tetapi,announcement mengenai solat Maghrib membuatkan mereka berhenti seketika.

Shina membuat isyarat kepada rakan rakannya untuk solat dahulu sebelum berangkat pulang. Mereka pun setuju tanpa membantah.

Mereka solat Maghrib berjemaah di surau yang disediakan.

Setelah siap segala nya,mereka mengambil barangan mereka di perpustakaan semula.

Tetapi,ketika dalam perjalanan ke perpustakaan, mereka mendapati bahawa Shina sedang berlari laju ke sana.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now