"Terima kasih,tuanku. Kerana telah berusaha untuk menyembuhkan adik saya." Adam berkata sopan.
"Itu tidak menjadi masalah memandangkan kamu ialah rakan kepada anakanda beta. Lagipun, kamu kelihatan rapat dengan mereka. Itu membuatkan beta senang hati."
Jawab Raja Ice Land.Adam hanya diam. Tidak tahu mahu menjawab apa.
"Jadi,kamu ialah anakanda kepada Raja Yuri, raja yang memerintah Vampire Kingdom dahulu?" Raja Ice Land bertanya kepada Adam yang sedang duduk di hadapan nya.
Ketika itu, mereka berada di dalam bilik pejabat milik Raja Ice Land tersebut.
"Benar, tuanku." Adam mengangguk kan kepalanya sopan.
"Kamu tahu apa yang berlaku kepada ayahanda dan bonda kamu dahulu?" Raja Ice Land bertanya.
Hanya mereka berada di dalam bilik itu sekarang. Ratu Ice Land sedang meluangkan masa dengan putera dan puteri nya. Ratu Ice Land mempunyai hobi di mana dia suka mengalunkan lagu melalui muzik jika terdapat masa lapang. Dia suka menghasilkan lagu baharu melalui muzik itu dan persembahkan kepada anakanda nya. Hanya kepada mereka.
Kembali ke dalam bilik di mana Adam dan Raja Ice Land berada."Tahu, tuanku." Adam menjawab ringkas. Apa yang berada di dalam fikiran nya ketika ini hanyalah Shina. Dia mahu berada di sisi adiknya ketika dia sedang sakit.
"Beta tahu bahawa kamu risaukan keadaan adinda kamu. Tetapi,jangan risau. Kerana jururawat di sini sangat bagus dalam melakukan kerja mereka." Raja Ice Land yang melihat wajah risau Adam berkata.
"Baiklah, tuanku." Adam menjawab ringkas.
"Beta cuma mahu bertanya satu perkara sahaja kepada kamu." Raja Ice Land bertanya.
"Apa dia,tuanku?" Adam memandang ke arah Raja Ice Land tersebut.
"Apa yang berlaku kepada adik kamu,Shina?"
Adam tidak dapat menjawab apa apa selain,
"Dark Underworld."dua atau satu perkataan itu membuatkan Raja Ice Land terdiam.
YOU ARE READING
8. Pengembaraan 3 sahabat.
Adventurekisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan semula memori rakan baik mereka itu. alang alang mereka ke dalam perjalanan sebuah perpustakaan yan...