Di sebuah taman bunga yang sangat cantik, kelihatan bulan sabit waktu malam yang agak sunyi itu serba sedikit membuatkan tempat itu kelihatan agak menyeramkan. Tambahan pula dengan bunyi haiwan haiwan yang masih berjaga di waktu malam dan juga kesan bunyi yang terhasil ketika angin malam terkena pada bunga bunga yang tumbuh segar di situ.
Pada ketika itu, sebuah portal muncul dari pintu gerbang tempat tersebut.
Tak sampai beberapa minit,keluar tiga orang sahabat bertudung sedang berjalan keluar daripada portal tersebut.
"Erm.....aku....aku rasa seram lah....."kata seorang wanita yang bertudung biru berkata sambil memeluk tubuh nya yang menggigil.
"Aku pun...."rakannya yang berniqab juga turut sama takut. Dia juga menggigil ketakutan.
' indah nya....' Shina tersenyum kecil di sebalik purdah nya.
Ketika itu,Shina perasan bahawa rakan rakannya ketakutan. Jadi,dia melihat sekeliling. Walaupun keadaan gelap,dia masih boleh melihat dengan baik.
' there is nothing here.....
Wait. What was that?'
Mata Shina terpandang sesuatu yang bercahaya.
' ianya sebuah kandang. Mungkin untuk kandang kuda....'
Shina memandang ke arah rakan rakannya.
Kelihatan mereka sedang ketakutan. Terlihat juga Clara yang seperti agak letih.
' mungkin sebab dia gunakan kuasa magic telepotal yang jauh,membuatkan dia lebih letih. Lebih baik kami berehat dulu malam ni. Keadaan di sini juga seperti berubah kerana kami seperti merentas negara...' shina berfikir.
"Korang." Shina memanggil mereka berdua.
"Ye."mereka berdua menyahut serentak.
"Jom,kita ke depan sikit. Di sana,ada kandang kuda dan terlihat juga sebuah bangsal. Mungkin kita boleh berehat di sana dulu." Shina berkata sambil memandang Clara.
"Erm....boleh ke?" Ai bertanya tidak pasti.
"Jom pergi sana. Mungkin kita akan tahu nanti." Shina berkata dan terus pergi ke arah kandang kuda itu.
Di kandang kuda.
"Makan lah puas puas untuk malam ni,ye. Lepas ni,aku akan pulang ke rumah. Jangan nak merayap pulak..." seorang lelaki tua berkata kepada kuda kudanya itu.
Mendengar kata kata tuan mereka itu, mereka terus berbunyi.
"Makan elok elok." orang tua itu berkata lagi kepada kuda kuda nya.
Dia terus memberi makan kepada kuda kuda tersebut.
"Assalamualaikum, Pak cik." Mendengar orang memberi salam kepada nya, dia terus berhenti memberi makan.
"Waalaikumussalam. Eh,ni kenapa perempuan macam kamu bertiga ni boleh ada kat luar macam ni.... Ya Allah...bahaya lah." Pak cik tua itu sempat membebel kepada mereka bertiga.
YOU ARE READING
8. Pengembaraan 3 sahabat.
Adventurekisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan semula memori rakan baik mereka itu. alang alang mereka ke dalam perjalanan sebuah perpustakaan yan...