"Aarghh! senyuman tu.....memang menjengkelkan!" Lance menjerit kegeraman.
"Walaupun tanpa pedang tu,aku akan tetap bunuh Shina! Dan kau juga!" Lance terus mengeluarkan pedang gelap nya melalui sihir.
!
Yumi terkejut melihat itu. Pedang itu tiba-tiba sahaja keluar daripada lengan baju Lance yang panjang. Fahmi pula masih lagi tenang melihat pedang itu.
"Ye ke? Kalau macam tu,yang ini pun saya mesti halang juga,kan?" Fahmi bertanya seperti seorang yang lurus bendul sambil menghasilkan pedang nya.
"Kau jangan nak main-main lah!" Lance yang telah tidak tahan lagi terus sahaja menyerang Fahmi dengan pedang nya yang telah mengalir kan aura hitam.
"Aaa...."
Aura itu membuatkan Yumi yang memerhati tadi terjatuh dan terbaring di atas lantai. Matanya masih lagi memandang ke arah Lance yang sedang cuba mencederakan Fahmi yang hanya tenang mengelak. Tetapi,ianya tidak lama ketika dia dapat mendengar beberapa orang lain terjatuh seperti diri nya.
Terus dia memandang ke belakang nya, di mana terdapat beberapa orang sedang melutut kerana aura milik pedang Lance.
"Nampaknya.....aura tenaga ini....terlalu kuat sehingga abang Yushi pun jatuh..." Yuki yang berada di situ berkata sambil memandang ke arah Yushi yang sedang menahan dirinya daripada jatuh. Walaupun Yushi dalam keadaan melutut dengan kakinya,bagi mereka,aura itu pastinya kuat sehingga dapat mengugat Yushi.
Yushi sedang cuba untuk terus fokus melihat perlawanan Lance dan Fahmi yang semakin sengit. Habis buku-buku dan rak di dalam perpustakaan itu hancur akibat perbuatan Lance sahaja. Ini kerana Fahmi hanya mengelak daripada serangan itu sahaja.
Di sana.
"Kenapa" serangan yang membuatkan rak terbelah dua.
"Kau" serangan yang membuatkan buku buku terjatuh.
"Asyik" serangan yang membuatkan kertas yang berada di dalam buku tersebut berterbangan dan hancur dicincang pedang Lance.
"Mengelak?!" Kali ini,pedang itu menghiris pada dinding yang berada beberapa inci daripada kepala Fahmi.
YOU ARE READING
8. Pengembaraan 3 sahabat.
Adventurekisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan semula memori rakan baik mereka itu. alang alang mereka ke dalam perjalanan sebuah perpustakaan yan...