Setelah hampir berjam-jam mereka menunggang kuda merentasi hutan,mereka mula kepenatan.
"Mari kita berehat dulu." Shina berkata ketika melihat rakan-rakannya kepenatan.
"Alhamdulillah....."Mereka berkata dan terus berehat di sebuah pokok yang rendang.
Ketika mereka sedang turun daripada kuda, mereka mendengar suara orang meminta tolong,jelas kedengaran di telinga mereka.
Malah,Shina dapat merasakan sesuatu yang buruk sedang berlaku di sana.
' aura ni....sangat kuat....'
Shina dan rakan-rakannya terus ke arah suara itu untuk melihat gerangan yang meminta tolong.
Ketika mereka sedang mencari,mereka terlihat seorang remaja perempuan sedang menangis sambil menutup rupanya dengan menggunakan lutut nya.
"Hey,kenapa ni?" Clara bertanya lembut.
Mendengar seseorang bertanya, remaja itu mengangkat wajah nya.
!
Ai dan Clara terkejut melihat wajah remaja itu.
"Apa yang berlaku?" Shina bertanya sebaik sahaja melihat wajah remaja itu. Daripada pertanyaan nya,dia langsung tidak takut melihat nya.
"Kawan kawan saya....mereka dalam bahaya. Tolong lah saya!!" remaja itu dengan berani nya meminta kepada Shina dan rakan rakannya.
Ai dan Clara masih lagi ketakutan melihat remaja itu.
"Di mana mereka?"Shina bertanya dengan tenang.
Belum sempat remaja itu menjawab,
"Aarrgh!" Jeritan itu membatalkan.
Remaja itu pula mula cemas terus ke arah bunyi tadi. Shina pula hanya mengikut. Begitu juga Ai dan Clara walaupun mereka agak takut.
"Margaret!"terkejut dia melihat rakan baik nya berlumuran Darah.
"Axon....." remaja itu membuka sedikit matanya walaupun sakit.
"Jangan,Margaret. Jangan bercakap. Nanti,bertambah teruk." remaja bernama Axon itu berkata cemas.
YOU ARE READING
8. Pengembaraan 3 sahabat.
Adventurekisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan semula memori rakan baik mereka itu. alang alang mereka ke dalam perjalanan sebuah perpustakaan yan...