Bab 15 : jurang mimpi 😴

20 3 0
                                    

Keesokan harinya.

Mereka semua telah bangun daripada tidur dan telah bersiap untuk pergi.

Tetapi,ketika itu mereka perasan.

"Mana Shina?" Fahmi bertanya ketiadaan Shina.

"Eh,ye lah. Mana dia,ye?"Rizal juga bertanya soalan yang sama.

"Masa makan sarapan tadi pun dia tak de. Macam mana ni?" Kenta bertanya sebelum memandang Catarina.

"Rina,cuba tengok kakak Shina dalam bilik. Dia tak makan lagi lah." Kenta menyuruh adik nya untuk menjenguk Shina memandangkan hanya mereka berdua perempuan.

"Baiklah." Catarina pun pergi ke bilik Shina.

Di dalam bilik Shina.

Pintu di buka setelah banyak kali di ketuk. Bilik itu tidak terkunci.

"Kakak Shina." Catarina memanggil sebaik sahaja melihat Shina yang masih terbaring di atas katil.

Tetapi,itu juga merisaukan gadis itu kerana Catarina dapat lihat bahawa Shina seperti masih dibuai mimpi.

"Erm....kakak Shina,bangun lah." Catarina masih mengejutkan Shina.

"Kakak....jangan lah main main...bangun lah..." Catarina tidak berputus asa.

Sehingga lah,

"Kakak,bangun..." Catarina meletakkan telapak tangannya pada dahi Shina. Ketika telapak tangan Catarina mendekati dahi Shina, gadis kecil itu terasa seperti ada sesuatu menghalang.

"Apa...."Terus Catarina turun ke bawah untuk memanggil Kenta,Fahmi dan Rizal untuk datang ke bilik.

Mendengar suara cemas Catarina,memakai terus masuk. Nasib baik ketika itu Shina telah sedia memakai tudung.

"Kenapa ni,Rina?" Kenta bertanya.

"Kakak....Kakak Shina tak bangun. Bila Rina nak tengok apa yang berlaku, macam ada yang halang...." Catarina berkata.

"Apa maksud kau dengan.....tengok apa yang berlaku?" Fahmi bertanya.

"Rina ada kuasa penyembuhan yang boleh buatkan dia tengok mimpi seseorang tu juga. Tapi,apa Rina kata ada benda halang?"

Catarina yang mendengar pertanyaan abang nya mengangguk kan kepalanya.

"Kalau begitu,benarkan saya untuk tolong."

Satu suara menyapa di telinga Catarina. Tanpa dia sedar, sesuatu yang berada di dalam poket nya bersinar dan keluar tanpa ada yang memegang nya.

"Siapa tu?" Catarina bertanya.

"Apa yang Rina cakap ni?" Kenta pelik dengan perangai adik nya itu.

"Maaf jika buatkan awak terkejut,tuan." Kata seseorang yang berada di belakang Catarina.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now