Bab 72 : Flowers ⚘

28 4 0
                                    

Setelah solat berjemaah,mereka pun berkumpul di tengah masjid itu termasuklah warga perempuan yang telah siap dengan pakaian baharu.

"Jadi...apa yang harus kita lakukan mengenai penduduk yang telah kaku tu?" Permaisuri Yuzuriha bertanya sebaik sahaja mereka berkumpul.

"Huh....tak tahu..." Mereka semua mengeluh. Sehingga mereka terlupa mengenai apa yang Yushi beritahu mereka bahawa dia mengetahui sesuatu.

Yushi yang perasan akan itu mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Dalam hatinya, dia mula gelisah kerana akibat nya sangat merbahaya kan diri.

"Lebih baik kita makan dahulu. Makanan dah tersedia." Yushi berkata ingin mengalihkan perhatian dan melengahkan masa yang lain.

"Dah tersedia? Siapa pula yang buat?" Rei bertanya pelik. Mereka yang lain juga turut sama pelik.

"Makhluk yang tinggal di sini. Mereka jenis yang suka bersembunyi dan tidak berapa cepat selesa dengan makhluk lain yang tidak pernah ke sini. Walaupun sebenarnya mereka mahu berkawan,disebabkan mereka jenis yang pemalu,mereka hanya mampu menyediakan makanan kepada kita. Dan juga sebagai tanda terima kasih kerana telah menyelamatkan mereka daripada terkena tempias." Yushi menerangkan.

"Begitu..." Mereka menganggukkan kepala tanda faham dengan keadaan mereka.

"Mari." Yushi membawa mereka ke suatu tempat yang tidak jauh daripada masjid itu.

Sebaik sahaja tiba di sebuah bahagian hutan kristal yang agak luas, mereka boleh lihat pelbagai jenis makanan yang tersedia di sekitar pokok pokok kristal itu.

"Masya Allah..." Mereka mula mengagumi tempat itu pula.

"Banyak nye makanan!" Clara berkata semangat.

"Mesti semua sedap sedap..." Aoi mula terliur melihat kesemua makanan dan minuman yang tersedia di situ.

"Setelah habis makan nanti,kalian boleh membasuh tangan di tasik sebelah sana." Yushi berkata sambil menunjukkan ke arah sebuah tasik yang paling dekat dengan mereka.

Mereka yang lain menganggukkan kepala.

"Baiklah,mari kita makan." Mereka mula mengambil tempat dan makan sebaik sahaja Raja Ice Land membaca doa makan.

Mereka makan dengan berselera kerana banyak tenaga yang mereka gunakan dan makanan itu semua nya sedap sedap.

Di tempat Taqif,dia sedang makan bersama permaisuri Yuzuriha, Shina dan Adam.

Kelihatan mereka sangat mesra antara satu sama lain.

"Abang,apa yang berlaku sebenarnya tadi?" Pertanyaan Shina itu sudah dijangka oleh Taqif, tetapi tidak disangka secepat itu.

"Kalian hilang kawalan sahaja. Jangan risau sangat lah..." Taqif berkata tidak mahu membuatkan dua beradik itu terasa bersalah.

"Ya,perkara dah lepas dan semua nya dah baik." Permaisuri Yuzuriha juga sama.

Mereka pun sambung makan setelah mengetahui bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan.

Yushi yang makan di atas pokok yang agak jauh daripada mereka hanya makan sendirian dengan tenang.

Sehinggalah,ada yang menganggu dengan memanggil nya.

"Abang."

Yushi memandang ke bawah. Dan kelihatan Yuki dan Yumi sedang mendongakkan kepala mereka supaya dapat melihat Yushi yang berada di datang pokok.

Seakan-akan tahu bahawa mereka ingin bertanya sesuatu,Yushi turun daripada pokok dan mendarat dengan baik bersama makanan di tangan nya.

"Ada apa apa yang kalian mahu tanya?" Yushi bertanya sambil duduk bersandar pada pokok yang sama.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now