Keesokan harinya,
Yumi agak terkejut ketika dia bangun, Shina tiada di dalam bilik nya. Tetapi,dia berfikir bahawa wanita itu telah bersiap lama dan keluar.
Tiba-tiba,sesuatu terlintas di fikirannya.
'Wait,pagi tadi aku tak nak nampak Shina juga....
Semasa aku solat subuh. Mana dia pergi agaknya?' Yumi berfikir.
Sehinggalah,pintu biliknya diketuk.
"Assalamualaikum, kakak Yumi dah bangun ke belum?"seseorang bertanya.
"Waalaikumussalam. Dah bangun,cuma nak bersiap je dulu." Yumi menyahut.
"Baiklah,kakak bersiaplah dulu. Kami tunggu di bawah."
"Baiklah." Kedengaran seseorang pergi ke tempat lain.
'Haih...baik betul adik aku si Yuki datang ke bilik aku untuk bertanya benda tu je. Hahaha... lawak pulak rasa.'
Dia pun terus bangun daripada katilnya dan bersiap.
Di dalam bilik sebelah,di mana bilik Yuki dan Yushi.
"Abang,ada nampak Adam tak?" Yuki bertanya sebaik sahaja dia memasuki bilik itu.
"Abang percaya yang Adam dan mungkin juga Shina tidur dengan family dia." Yushi menjawab sambil mengeringkan rambutnya yang berwarna putih itu.
"Ok lah,abang pun bersiap lah cepat. Kita makan sama sama kat bawah nanti." Yuki berkata dengan senyuman.
"Baiklah." Yushi berkata tanpa memandang Yuki. Mendengar itu,Yuki pun terus turun ke bawah.
Dan kelihatan ayahada dan bonda nya juga sedang turun ke bawah.
"Assalamualaikum, Yuki. Selamat pagi." Permaisuri Ice Land menyapa.
"Waalaikumussalam, bonda. Selamat pagi juga." Yuki menjawab dengan senyuman.
"Pagi ni,kita akan makan bersama keluarga Vampire Kingdom, tau." Raja Ice Land memberitahu terlebih dahulu,tidak mahu anakanda nya terkejut nanti.
"Apa?" Tengok,baru sahaja dengar pun dah terkejut.
"Jangan lah risau,Yuki. Mereka tidak boleh mengapa-apakan kita di sini. Kita yang memerintah jadi,jika apa-apa berlaku kepada kita,ianya akan menjejaskan Vampire Kingdom." Permaisuri Ice Land memujuk.
"Apa maksud bonda?" Yuki bertanya pelik sambil duduk di atas kerusi.
Begitu juga Raja dan permaisuri Ice Land. Dan juga Yushi dan Yumi yang turun bersama.
"Baguslah kalian juga di sini. Ayahanda ada perkara yang hendak dikatakan."
Sekarang,raja Ice Land menjadi tumpuan anakanda nya. Manakala Permaisuri Ice Land menolong dayang-dayang menyediakan makanan.
"Raja Vampire Kingdom, raja Yuri meminta ayahanda untuk mengajarnya mendidik anak-anaknya,iaitu Shina dan Adam. Mereka meminta maaf mengenai apa yang berlaku kepada ayahanda walaupun bukan kepada ayahanda yang mereka sepatutnya meminta maaf."
Mereka hanya diam,tidak boleh menyampuk ketika seorang raja sedang bercakap. Mereka telah dilatih sebegitu.
"Jadi,ayahada telah membuat beberapa perjanjian dengan mereka iaitu,
Perjanjian yang pertama, mereka akan tinggal di sini sementara orang orang ayahanda membaik pulih Vampire Kingdom serba sedikit. Sebagai ganti, mereka haruslah tidak boleh membuat apa apa kekecohan di sini sementara mereka tinggal dan mereka tidak berkuasa di sini.
YOU ARE READING
8. Pengembaraan 3 sahabat.
Adventurekisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan semula memori rakan baik mereka itu. alang alang mereka ke dalam perjalanan sebuah perpustakaan yan...