Di sebuah istana,kelihatan ahli keluarga Vampire Kingdom dan Ice Land serta Putera Rei dan Puteri Zuaqi sedang berborak antara satu sama lain di sebuah ruangan yang istimewa untuk mereka berbual.
Mereka semua ketawa seperti tidak pernah mempunyai persengketaan antara mereka dengan raja dan permaisuri Vampire Kingdom.
"Ah,baru sahaja beta ingat,di manakah Yushi?lama benar dia menghilang. Belum pernah lagi dia menghilang selama ini..." Permaisuri Ice Land teringat akan Yushi.
"Beta pun terlupa mengenai Yushi kerana terlalu asyik berbual tadi..." Raja Ice Land berkata jujur.
"Mungkin kita boleh bertanya melalui telepati,di mana abang berada sekarang. Sudah malam ini. Makan malam tadi pun abang tiada." Yuki berkata agak risau.
"Haih...sejak dua menjak ini,abang Yushi selalu menghilang. Tak kira lah di Ice Land mahupun di Nature Kingdom." Yumi berkata sambil memikirkan apa yang Yushi sedang lakukan.
"Yelah,apa yang sibuk sangat Yushi tu buat sehingga tidak sempat untuk makan malam bersama?" Zuaqi bertanya.
"Assalamualaikum semua. Apa yang kalian bincangkan? Rancak,nampaknya..." Permaisuri Yuzuriha berkata sebaik sahaja tiba di ruangan itu. Bersama Raja Tanaka yang telah sembuh dan berpura-pura dia tidak pernah melalui kesakitan seperit terkena racun itu.
"Waalaikumussalam, permaisuri Yuzuriha."Mereka cepat cepat bangun untuk menunduk hormat.
"Eh,eh,kalian tak perlu bersusah payah untuk tunduk. Angkatlah kepala kalian. Kami juga mahu rasakan bagaimana berborak dengan kalian seperti biasa biasa." Raja Tanaka berkata dengan senyuman.
"Ah...maaf bertanya,tuanku..." Mereka semua memandang ke arah Permaisuri Dililah.
"Ye,ada apa?" Permaisuri Yuzuriha cuba untuk menahan geram setelah mengetahui kegiatan mereka di sini dan juga perancangan mereka di istana Ice Land. Ya,Yushi berada di sana ketika mereka sedang merancang dan terus merakamkan nya. Dan terus memberikan kepada permaisuri Yuzuriha petang tadi.
"Tuanku ialah raja Nature Kingdom, tetapi saya tidak mengetahui nama Tuanku lagi. Jadi,boleh perkenalkan diri,jika tuanku perkenankan?" Permaisuri Dililah bertanya dengan senyuman malu.
"Ah,nama beta ialah Tanaka. Raja Tanaka. Beta telah mengenali kalian melalui Yuzuriha, jadi kalian tidak perlu bersusah payah memperkenalkan diri." Raja Tanaka berkata dengan senyuman walaupun dalam hati nya,dia sedang kepanasan dan cuba untuk bertenang.
"Begitu..."
Keadaan mula menjadi agak kekok seketika.Sebelum permaisuri Yuzuriha bertanya,
"Apa yang kalian bincangkan tadi. Beta lihat,kalian seperti runsingkan sesuatu."
"Jika permaisuri telah bertanya,kami perlulah menjawab nya.
Yang sebenarnya, saya risaukan anakanada saya yang selalu menghilang. Malah, rakan sekumpulan dia pun ditinggalkan. Rasa tak sedap hati selalu datang jika dia selalu bersendirian kerana saya tidak mahu dia terlalu dengan perasaan sendiri." Raja Ice Land menjawab sambil memberitahu mengetahui Rei yang ditinggalkan oleh Yushi.
"Ah,maksud kamu,Yushioji ke?" Permaisuri Yuzuriha bertanya.
"Ya,permaisuri ada nampak dia?" Permaisuri Ice Land bertanya.
"Dia ada di dalam bilik khas istana ini. Dia sedang melakukan sesuatu kajian yang akan terhasil dengan ada nya dia." Raja Ice Land menjawab.
"Mengapa dia perlu melakukan kerja di sini pula? Bukan kah sepatutnya dia juga bercuti seperti kami?" Adam bertanya pelik. Shina yang berada di sebah nya juga ingin bertanya tetapi abangnya lebih cepat bertanya. Maka, dia hanya biarkan.
YOU ARE READING
8. Pengembaraan 3 sahabat.
Adventurekisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan semula memori rakan baik mereka itu. alang alang mereka ke dalam perjalanan sebuah perpustakaan yan...