Media di atas ialah media Permaisuri Keith.
FLASHBACK.
******Sebaik sahaja mereka menyembuhkan Permaisuri Keith,wanita itu perlahan lahan membuka matanya dan bangun perlahan lahan.
"Bonda!" Kenta dan Catarina terus memeluk Permaisuri Keith.
"Anakada semua..." Permaisuri Keith yang juga teruja melihat anak anaknya terus membalas pelukan mereka.
"Terima kasih,Terima kasih, Rizal. Kerana dah sembuhkan bonda saya." Kenta berterima kasih.
"Sama sama, tuan putera. Dah jadi tanggungjawab saya untuk sembuhkan sesiapa sahaja yang memerlukan." Rizal menjawab.
"Jadi,kamu telah menyelamatkan beta. Terima kasih lagi sekali. Kerana telah berusaha untuk menyembuhkan beta. Beta terhutang budi." Permaisuri Keith berkata dengan penuh lemah lembut sambil tersenyum.
"Tak perlulah tuanku Permaisuri berkata begitu." Rizal berkata segan. Dia segan di puji oleh Permaisuri Keith yang lemah lembut.
"Bonda,mari lah ikut kami. Ikut kami keluar daripada istana ni,Bonda." Catarina tiba tiba berkata kepada Permaisuri Keith.
"Apa maksud anakanda?" Permaisuri Keith tidak faham.
Tahu bahawa bonda nya keliru,Kenta pun menceritakan segala yang dia tahu sepanjang tinggal di situ.
Permaisuri Keith yang mendengar itu terkejut. Dan tidak sangka.
Dia tidak menyangka bahawa orang yang dia sayang selama ini sanggup berbuat sedemikian.
Tanpa di sangka,seseorang yang mereka kenal memasuki bilik tersebut.
Raja Charlie.
"D...Dinda?" Raja Charlie bertanya tidak sangka.
Dan tanpa disangka,
Pak!
Permaisuri Keith menampar Raja Charlie kuat sehingga sang raja terteleng.
Kenta dan yang lain yang melihat itu terkejut.
"Apa yang kanda telah lakukan semasa dinda sakit? Kenapa kanda sanggup lakukan semua itu terhadap rakyat? Sanggup kanda seksa Kenta dan Catarina?" Permaisuri Keith bertanya geram.
Dia telah tidak dapat bertahan lagi.
Raja Charlie hanya diam. Dia tidak tahu bahawa Permaisuri nya akan bangun sebegini cepat.
Dia sendiri pun tak pernah sangka bahawa Permaisuri nya sebegini ganas.
Sebelum ini,Permaisuri Keith tidak pernah menengking nya mahupun menampar nya.
"Kenapa kanda?!" Tengking Permaisuri Keith.
Raja Charlie yang tidak mampu bersabar lagi terus menggunakan kuasa nya untuk menyerang Permaisuri Keith.
Tetapi, Kenta dan Balqis lebih cepat. Balqis terus menolak Permaisuri manakala Kenta menembak benda hitam yang menjalar itu.
Raja Charlie tidak mengalah begitu sahaja.
Dia terus mengeluarkan benda hitam itu hingga melitupi bilik itu.
Kenta terus teleportkan mereka ke tempat lain secara rawak ketika dia mula cemas dengan keadaan mereka yang lain.
Dia tahu akibat terperangkap di dalam benda itu. Jika terperangkap, orang itu takkan dapat keluar daripada perangkap tersebut dan akan terseksa.
Di tengah tengah dataran bandar.
YOU ARE READING
8. Pengembaraan 3 sahabat.
Adventurekisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan semula memori rakan baik mereka itu. alang alang mereka ke dalam perjalanan sebuah perpustakaan yan...