Mereka mula bangun selepas Shina mengejutkan mereka untuk solat subuh.
Ketika mereka telah mula segar,mereka agak terkejut kerana melihat Fasha dan Farisha berada di situ. Sedang memasak.
"Korang solat dulu. Nanti aku terangkan." Shina berkata sambil menggaul makanan yang berada di dalam mangkuk yang dibawa oleh adik beradik itu dari rumah mereka.
Tanpa membuang masa,mereka pun terus solat berjemaah bersama.
Shina,Fasha dan Farisha baru habis solat tadi. Sementara menunggu mereka habis solat, mereka pun menyediakan makanan untuk mereka makan nanti.
Setelah Catarina,Kenta, Fahmi dan Rizal sudah solat,mereka pun berkumpul di tempat Shina berada.
"Makan dulu. Bincang kemudian." Mendengar kata kata Shina itu,mereka terdiam.
Setelah selesai menyediakan makanan,mereka pun terus makan dengan senyap.
Dan lahap memandangkan mereka telah lama tidak makan semalam.
"Erm....what's happening right now?" Kenta bertanya sebaik sahaja mereka habis makan dan mengemas barang.
"Aku bawa diorang berdua untuk tolong korang nanti. Aku tak boleh ikut korang berdua balik ke Starburst Kingdom sebab aku perlu ke suatu tempat. Fasha akan ikut korang memandangkan dia ada kuasa kesan kedudukan. Farisha pula akan ikut aku sebagai medic aku memandang dia boleh sembuhkan aku kalau cedera. That's why they're here now." Shina memberitahu.
"Takkan kau nak pergi dengan Farisha je,Shina." Rizal ragu ragu dengan Shina.
"Macam mana dengan kitorang?" Rizal bertanya.
"Rizal dan Fahmi,korang berdua pun perlu tolong Kenta dan Catarina nanti. Jadi,korang tak boleh ikut aku."
"Apa yang aku boleh buat?" Rizal bertanya. Manakala Fahmi hanya diam menunggu jawapan.
"Rizal,kau boleh gunakan kuasa potion kau untuk sembuhkan kawan kawan aku. Ini resepi dan cara nya. Bahan bahan nya aku dah letakkan dalam bekas ni. Berikan kepada mereka biarpun mereka dah pulih daripada kesan pukau."Shina berkata sambil menghulurkan sekeping kertas dan sesuatu yang dibalut dengan menggunakan kain kepada Rizal.
"Ok, I will try my best." Rizal menerima benda tersebut. Dia meneliti kesemua yang Shina tulis.
Dan mula membuat potion supaya mereka tidak terlambat nanti.
"Ianya tak mengambil masa yang lama. Mungkin aku boleh buat." Rizal berkata sambil membuat poison itu terus.
"Bagus. Aku harap kan kau untuk sembuhkan kawan kawan aku."
"Untuk Fahmi,aku nak kau gunakan kuasa kau dalam bertempur untuk cederakan sesiapa sahaja yang berani halang kau daripada dekati Rizal yang akan sembuhkan kawan kawan aku nanti." Shina berkata.
"Tapi,macam mana kalau mereka bersama.... tuan putera?" Rizal bertanya.
Mereka berdua telah mengetahui mengenai cerita Shina di Starburst Kingdom hari tu.
"Saya boleh gunakan kuasa sebenar saya untuk masukkan putera tu ke dalam lorong hitam." Fasha berkata selamba.
"Lohong hitam?" Terkejut mereka mendengar nya.
"Ya. Guardian dia, Wilda boleh kesan di mana lokasi kawan kawan berada. Jadi,itu menyenangkan." Shina berkata sambil menunjukkan ke arah seekor burung jenjang yang telah lama berada di situ.
YOU ARE READING
8. Pengembaraan 3 sahabat.
Adventurekisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan semula memori rakan baik mereka itu. alang alang mereka ke dalam perjalanan sebuah perpustakaan yan...