Bab 47 : Istana 🏯

14 2 0
                                    

Mentari pagi mula menerangi perkampungan itu. Seseorang yang sedang tidur di dalam sebuah bilik perlahan lahan membuka matanya ketika mendengar bunyi cicipan burung yang hinggap di sepohon pokok berdekatan biliknya.

"Erm..." Dia bangun dan terus membaca doa bangun tidur. Matanya yang berwarna biru kehijauan itu kelihatan cantik ketika terkena cahaya matahari pagi yang menerombos masuk melalui tingkap.

'Haih....macam mana lah aku boleh tidur selepas solat subuh tadi....mungkin letih sangat kot..'

Lelaki itu perlahan lahan ke bilik air selepas dia mengambil tuala mandi nya.

Setelah beberapa minit di dalam bilik air, lelaki itu pun keluar bersama pakaian yang telah ditukar dan rambut yang agak basah.

Dia mengelap rambutnya yang berwarna silver itu dengan tuala. Dia berasa berasa segar kerana baru selepas membersihkan diri dengan air walaupun agak sejuk diwaktu pagi. Ketika itu,pintu biliknya diketuk seseorang.

"Assalamualaikum, abang dah bangun ke?"Kedengaran suara seorang wanita di luar biliknya.

"Waalaikumussalam, Ani. Abang dah bangun. Masuk je lah."lelaki itu menjawab.

Mendengar jawapan itu,wanita bernama Ani terus masuk ke dalam bilik bersama sedulang makanan dan minuman.

"Abang Taqif makan lah dulu sebelum pergi ke sana. Abang perlukan tenaga,kan?" Ani bertanya dengan senyuman lebar.

"Baiklah." Taqif menjawab ringkas. Tangannya masih lagi mengelap rambutnya yang masih agak basah.

"Ani turun dulu. Nak layan penginap yang lain."

Taqif hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Ani pun keluar selepas memberi salam.

"Waalaikumussalam, Ani." Taqif menjawab dengan senyuman.

Sebaik sahaja pintu di tutup semula, senyuman nya pudar.

Tuala nya disangkut pada bahu nya dahulu.

'Kenapa....aku tak nampak dengan jelas tadi? Jangan cakap....' tanpa berfikir perkara lain lagi, dia terus ke arah beg galas nya.

Dia meraba-raba dalam beg itu seperti sedang mencari sesuatu.

"Hey,kau cari apa tu?" Zeo dan Vance pelik melihat tuan mereka seperti gelabah tentang sesuatu.

"Korang,boleh carikan ubat mata aku dalam beg ni?" Taqif meminta.

"Ubat mata?" Tanpa bertanya apa-apa lagi,mereka pun turut sama mencari dalam keadaan manusia.

"Aku dah jumpa."tidak sampai beberapa minit, Zeo telah menjumpai ubat mata yang mereka cari.

"Thanks." Taqif mengambilnya dan menggunakannya.

"Kenapa ni? Kau nampak gelabah semacam." Vance bertanya pelik. Susah nak nampak tuannya itu gelabah.

"......Penglihatan saya.....hampir kabur tadi......

Lagi..." Taqif menjawab sebaik sahaja selepas dia menggunakan ubat mata itu.

"Again?" Zeo dan Vance mengeluh.

Taqif menganggukkan kepalanya sebelum mengemas semula beg nya.

"Arrghh.....ni semua sebab raja tak guna tu. Kalau dia tak salahgunakan kuasa dia untuk beri sumpahan mengarut pada kau,mata kau takkan jadi macam ni. Grrr...." Vance melepaskan amarah.

"Benda dah berlaku,Vance. I can't do anything. Saya terpaksa bergantung pada ubat mata ni selagi saya rasa mata saya kabur..." Taqif menjawab dengan tenang.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now