Keesokan harinya,mereka digemparkan dengan berita Shina yang telah bangun dan sedar daripada tidur nya yang agak panjang.
Mereka tidak diberitahu tetapi ditunjukkan kepada mereka ketika mereka sedang bersedia untuk makan.
Dengan itu,Shina makan bersama mereka. Wanita itu makan dengan agak banyak memandangkan dia telah lama tidak sedar. Raja dan permaisuri Ice Land membiarkan sahaja kerana mereka tahu bahawa Shina kelaparan.
Setelah mereka habis makan,Shina ingin memberitahu sesuatu.
Dan permintaan wanita itu sebaik sahaja bangun membuatkan yang lain terkejut. Kecuali yang telah bertemu nya semalam termasuklah Fahmi yang telah mengagak perkara itu.
Kepalanya tidak berbalut atau menghasilkan luka yang dalam. Cuma dia menutup nya sedikit dengan bahu hoodie biru nya.
Langsung tiada yang perasan akan parut pada dahi Fahmi kerana dia selalu menyorokkan kepalanya di sebalik hoodie.
Semestinya, kecuali Rei yang merawat kepala rakannya semalam."Saya nak pergi ke Vampire Kingdom."Dia memberitahu ketika mereka masih lagi di meja makan yang telah bersih dikemaskan oleh pembantu rumah.
"Tapi,kau baru sahaja bangun,kan?" Aoi risau.
"Lagipun, Vampire Kingdom sangat jauh daripada Wolverine Kingdom. Mengambil masa berhari hari untuk ke sana." Raja Ice Land berkata.
"Tambahan pula,di sana salji nya lain daripada di sini. Jika di sini salji biasa biasa sahaja,di sana mungkin ribut salji sedang melanda." Permaisuri Ice Land menambah.
"Bagaimana dengan ayahanda dan bonda saya yang sedang menderita di sana?" Shina bertanya dengan suara yang serak.
Keadaan terdiam buat seketika.
Ketika itu,tanpa mereka yang lain perasan, Raja dan permaisuri Ice Land memandang ke arah Fahmi.
Sebaik sahaja melihat anggukan daripada putera pertama itu,mereka terpaksa memberi kebenaran.
"Baiklah,kami benarkan."
Mereka semua memandang ke arah Raja dan permaisuri Ice Land.
"Tapi,Bagaimana kalian ingin ke sana? Takkan dengan tunggangan kalian? Mereka akan mati kesejukan di sana." Raja Ice Land bertanya.
"Kenta,kau boleh teleport ke sana?" Shina bertanya.
"Well,aku tak tahu di mana tempat nya lagi. Bila aku dah tahu,mungkin aku boleh jika ada tenaga yang cukup." Kenta menjawab.
"Rina pasti abang boleh buat. Ini untuk keluarga Shina juga." Catarina menyampuk.
"Ya,in sya Allah. Abang cuba." Kenta mengusap tudung adiknya itu.
"Jika begitu,mari ikut beta. Beta akan tunjukkan kepada kamu peta untuk ke sana." Baru sahaja Raja Ice Land ingin keluar,
"Tunggu dahulu,ayahanda."
YOU ARE READING
8. Pengembaraan 3 sahabat.
Adventurekisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan semula memori rakan baik mereka itu. alang alang mereka ke dalam perjalanan sebuah perpustakaan yan...