Sebaik sahaja mereka semua memasuki perpustakaan itu,sang raja terus mengunci nya supaya tiada sesiapa yang memasuki nya. Dia telah memberitahu pembantu istana yang lain bahawa mereka tidak dibenarkan berada berdekatan dengan perpustakaan itu buat masa sekarang. Pengawal pengawal istana juga telah dimaklumkan mengenai itu. Walaupun begitu, tiada pengawal yang berkawal di luar perpustakaan itu kerana tidak mahu ada yang syak wasangka mengenai perpustakaan itu.
Raja Ice Land menarik sesuatu yang kelihatan seperti tuil yang tersembunyi di suatu tempat. Dinding yang berada berdekatan dengan nya berubah menjadi sebuah pintu.
Fahmi dan Rizal langsung tidak terkejut melihat itu. Raja dan permaisuri rasa lebih pelik dengan mereka kerana riaksi biasa itu.
Disebelah pintu itu pula terdapat sesuatu. Ianya perlu diletakkan password dahulu sebelum boleh memasuki nya.
Raja Ice Land menulis sesuatu pada nya. Sebaik sahaja siap,pintu terbuka.
"Mari masuk."Raja Ice Land mengajak.
Mereka pun masuk.
Mereka berjalan agak lama untuk tiba di suatu tempat. Sepanjang perjalanan mereka, Rizal dan Fahmi dapat lihat banyak lilin lama yang mula terpasang sebaik sahaja mereka melalui jalan itu.
Setelah hampir beberapa minit,mereka tiba di sebuah tempat yang luas.
Ditengah-tengahnya pula terdapat beberapa bilah pedang. Tiga kesemua sekali.
Rizal tersenyum lebar manakala Fahmi tersenyum nipis melihat pedang-pedang itu.
"Pedang yang berada di sebelah kanan dan kiri ialah milik putera pertama Fire Land. Kekanda kepada Zuaqihime.
Yang berada di sebelah kanan dan kiri digunakan oleh putera tersebut pada peperangan dua puluh tahun yang lalu. Ketiga-tiga pedang ini termasuklah pedang di tengah sangat bermakna bagi kami kerana ianya telah menghalang puak Dark Underworld daripada menyerang Werewolf Kingdom dan Zombies Kingdom. Tetapi, tidak untuk Vampire Kingdom." Raja Ice Land menceritakan sambil memandang ke arah kedua dua bilah pedang yang berada di kedudukan yang bertentangan.
Mereka menyepi buat seketika sebelum,
"Beta agak pelik mengenai permaisuri dan raja Fire Land. Kedua dua pedang ini milik putera mereka, tetapi mereka tidak mahu mengambil nya. Mereka seperti tidak menyukai pedang ini termasuklah tuan mereka."Permaisuri Ice Land memecah kesunyian.
"Lain pula dengan Zuaqihime,dia yang paling sedih ketika pedang ini dibawa ke mari. Ketika itu,dia ada memberitahu beta bahawa putera pertama Fire Land, Reiqi Azizul telah hilang secara tiba-tiba dan tidak kembali lagi. Pedang-pedang ini membuatkan dia teringatkan putera tersebut. Maka,Zuaqi mengetahui mengenai bilik ini. Dia sentiasa berada di sini apabila dia ingin mengingati kekandanya."
Raja Ice Land berkata sambil memandang ke arah kedua-dua bilah pedang yang berwarna sejuk dan panas itu.
YOU ARE READING
8. Pengembaraan 3 sahabat.
Adventurekisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan semula memori rakan baik mereka itu. alang alang mereka ke dalam perjalanan sebuah perpustakaan yan...