Di istana.
Mereka yang lain dibawa ke bilik.
Kenta,Raja Yuri dan Permaisuri Dililah dirawat di bilik yang pernah Shina ditempatkan sebelum ini.
Catarina dan Shiko pula diletakkan di dalam bilik sahaja memandangkan mereka hanya letih.
Mereka yang lain juga sama. Mereka tinggal di dalam bilik untuk berehat dan proses apa yang baru sahaja berlaku tadi.
Kecuali Yushi dan Yumi. Dan Semestinya raja dan permaisuri Ice Land.
Yushi ke perpustakaan bersama raja dan permaisuri Ice Land untuk mencari maklumat mengenai gremlin yang menyerang di istana Vampire Kingdom.
Zuaqi berada di dalam biliknya bersama yang lain. Dia mengambil masa tersebut untuk tidur,tenangkan diri. Berharap ketika dia bangun, abangnya telah berada di sisi nya.
Shina dan Adam tiada di dalam bilik kerana ingin menemani ayahanda dan bonda mereka sehingga bangun dengan hadapan mereka selamat.
Manakala Yumi sedang menunggu jawapan daripada mulut raja dan permaisuri Vampire itu mengenai Fahmi. Ya,kadang kala dia akan mencuri dengar perbualan ayahanda dan bonda nya. Dia ingin tahu,adakah ianya benar? Adakah benar Fahmi telah melalui kehidupan yang sebegitu mencabar ketika kecil?
Dalam pada masa yang sama,dia menunggu seseorang di taman. Katanya,ingin menenangkan diri dan mengambil udara segar.
'Harap dia selamat....'
Di perpustakaan.
Ketika sedang sibuk raja,permaisuri dan Yushi mencari,mereka dikejutkan dengan Jeritan gembira seseorang."Dah jumpa!"
Mereka bertiga kepelikan.
Ingatkan,hanya mereka sahaja di situ.
Lagipun,keadaan yang senyap membuatkan mereka menduga begitu.
Jadi,mereka pun terus ke arah suara itu untuk melihat siapakah gerangan yang menjerit tadi.
Dan ketika tiba,mereka dapat lihat seorang remaja lelaki berambut putih sedang mengambil sebuah buku dengan senyuman gembira.
"Yuki?"Mereka bertanya serentak.
Yuki yang terdengar nama nya dipanggil terus memandang ke arah mereka.
"Eh,ayahanda,bonda dan abang Yushi pun ada? Ingatkan tak de orang...." Yuki ketawa janggal.
"Sama lah kami." Permaisuri Ice Land berkata.
"Apa yang anakanda jumpa tadi?" Raja Ice Land bertanya sebaik sahaja teringat akan Jeritan gembira Yuki tadi.
"Ah,Yuki terjumpa buku tentang makhluk-makhluk yang jarang ditemui. Benda tadi kan jarang ditemui jadi,Yuki nak tahu juga maklumat tentang benda tu." Yuki berkata gembira.
"Kami pun sedang mencari buku itu juga." Yushi berkata tanpa nada.
"Jika begitu,mari kita baca bersama."Permaisuri Ice Land memberi cadangan.
"Baiklah bonda." Yuki bersetuju.
Jadi,mereka pun berkumpul di sebuah meja.
Tertera pada buku tersebut,
Makhluk-makhluk yang jarang ditemui dan kisahnya.
"Cari mengenai gremlin. Jika tidak silap ayahanda, Fahmi ada beritahu bahawa raksasa yang menyerang kita tadi ialah Gremlin." Raja Ice Land berkata kepada Yuki yang sedang memegang buku itu.
YOU ARE READING
8. Pengembaraan 3 sahabat.
Adventurekisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan semula memori rakan baik mereka itu. alang alang mereka ke dalam perjalanan sebuah perpustakaan yan...