"Aku nak kau tukar maklumat budak ni kalau boleh jangan sampai Riz dapat tahu sikit pun pasal budak tu." Menggigil dirinya sekarang ini.
Danny harus bijak mengatur segala rancanganya supaya tidak diketahui oleh Tengku Rizqish. Apa tanggapan lelaki itu sekirannya dia mengetahui yang tunangnya masih lagi hidup? Dendam Tengku Rizqish terhadap keluarga Elisha terlampau pekat yang tak terlibat pun boleh jadi musuhnya.
Lelaki tersebut hanya mengangguk dan terus meninggalkan Dannyz
"Dia belum mati Riz. Dia masih hidup lagi. Kenapa kau seksa dia macam tu? Kenapa kau tak cari bukti dulu baru kau boleh decide nak bunuh dia?"
Danny sudah mengeluh. Bagaimana wanita itu boleh berjumpa dengan Tengku Rizqish? Macam mana yang wanita itu boleh berjaya melepaskan dirinya? Siapa yang menjaganya selama ini? Terlampau banyak soalan yang berada di dalam mindanya.
Dia terus bangkit daripada duduknya dan terus meninggalkan restoran tersebut. Pada masa yang sama Danny merasakan yang dirinya sedang diperhatikan oleh seseorang. Dengan pantas dia menoleh ke belakang.
Alangkah terperanjatnya Danny apabila melihat Tengku Rizqish berada di belakangnya. Diam tidak berkutik dirinya di sini.
"Kau buat apa dekat sini?"
Kata-kata Tengku Rizqish membuatkan Danny berasa gugup. Tetapi riak mukanya di biasakan sahaja.
"Aku baru lepas cuci mata beli barang yang kau buat apa dekat sini? Nak cari barang nak bunuh orang ke? Pedas sungguh kata-katanya.
Tengku Rizqish sudah menjuling. Lelaki di depanya ini kalau tidak menyakiti hatinya memang tidak sah. Apa yang sempurna sangat Aries sampai semua nak pertahankan dia?
"Suka hati aku lah nak pergi mana yang kau nak sebuk kenapa?" Marah Tengku Rizqish.
"Takdalah aku pelik. Selalunya kau pergi mana-mana mesti ajak Eriq? Mana dia?"
Pelik juga dia melihat kelakuan Tengku Rizqish. Agak jarang dia melihat lelaki ini berjalan sendirian. Tidak takut mati ke macam mana? Berapa ramai anak buah Marco sedang memerhatikanya.
"Kau tak payah risau, aku boleh survice. Lagipun aku tak perlukan siapa-siapa untuk kawal aku." Masih sakit hatinya apabila mengenangkan perkara tersebut.
Danny mahu sahaja membenamkan kepala lelaki di depanya ini ke dalam longkang. Mana dirinya tidak membela Aries. Sedangkan binatang pun sayangkan anak. Inikan manusia? Terbalik bulak.
"Dah tua dah matang tak perlu nak merajuk. Dua-dua salah. Lagipun takkan disebabkan Aries kau nak bermusuh dengan aku. Aku bela siapa yang betul ingat tu." Sempat diselitkam sedikit nasihat kepada Tengku Rizqish.
"Ikhlas ke tak tu? Takpalah lagipun aku nak jumpa Haderson. Kau nak ikut tak?" Ajak Tengku Rizqish kepada Danny.
Haderson? Siap Haderson? Pelik Danny sebentar. Selama dirinya hidup dengan lelaki ini. Ini kali pertama dirinya mendengarkan nama lelaki tersebut.
"Jangan pelik dia orang penting kita. Dia mata-mata untuk Marco tapi dibawah pengawasan aku. Dan dia berguna untuk berikan maklumat untuk aku." Terus dibuang rokok itu di dalam tong sampah tersebut.
Walaupun agak terkejut dengan apa yang di dengarnya tadi. Tapi Danny tetap respect dengan Tengku Rizqish. Yelah lelaki di depanya ini boleh menghandle masalah dengan sendirinya tanpa bantuan dirinya.
Selepas pulang daripada berjumpa dengan Haderson. Tengku Rizqish terus pulang ke rumah untuk melihat Aries. Entah mengapa hatinya terjentik risau dengan keadaan wanita itu. Setibanya di rumah. Tengku Rizqish masih belum melihat Aries sakitkah dia? Merjaukkan dia?
Aries tidak mampu untuk mengangkat kepalanya, sakit yang dia rasakan kalini lebih sakit daripada sebelumnya. Aries masih lagi mampu tersenyum dan dia tidak kisah sekiranya dia pergi seawal ini harapan dia untuk mencari sinar kebahagiaan mungkin susah untuk dia dapatkan .
Seawal inikah dia akan pergi ? Dia redha dengan ketentuan tuhan. Tekaknya berasa pedih dan terus bangkit untuk pergi ke bilik air untuk membersihkan dirinya .
Tengku Rizqish yang merasakan tidak sedap hati terus memecah masuk bilik Aries. Masuk sahaja ke dalam bilik Aries. Kelibat wanita itu tiada. Lari ke?
Aries yang baru keluar daripada bilik air teperanjat melihat Tengku Rizqish yang berada di dalam biliknya. Gila mamat ni, main pecah masuk bilik orang. Nasib baik dah pakai baju kalau tak habis badan aku.
Aries memandang muka Rizqish dengan penuh tanda tanya. Dah kenapa pulak masuk bilik aku ? Risaukan aku ke? Tergelak kecil di hatinya. Masakan lelaki sekaya dan sehensem Tengku Rizqish ingin bersamanya .
Tengku Rizqish yang memandang muka Aries terus berpaling dan meninggalkan Aries.
Setelah membersihkan diri Aries terus keluar daripada biliknya itu. Dia perlu membersihkan rumah tersebut. Walaupun kepalanya masih sakit tapi dia masih kuat untuk membersihkan rumah tersebut.
Tengku Rizqish yang melihat Aries seperti sedang mengemaskan pasu bunga itu terus dirinya meluru ke arah wanita itu.
"Bau peluh kau busuk. Jadi aku nak kau mandi semula dan kemas barang-barang kau. Ikut aku pindah sekarang." Hampir terlompong mulut milik Aries. A-apa pindah?
Aries tidak berani untuk bertanyakan soalan tersebut kepada Tuannya, kang kalau aku tanya lelebih ada yang makan penampar. Seraya itu dia terus memegang pipinya dan berlalu pergi ke dalam biliknya untuk mengemaskan barang-barangnya .
"Hey bilik walaupun kau kecik tapi tetap selesa terima kasih sebab sentiasa menjadi peneman sementara aku." Sempat dia mengelus-elus dinding biliinya dan sangat berat hati untuk dirinya meninggalkan bilik kesayangnya ini.
Itulah Aries dengan bilik pun boleh jadi sedih. Terus dia membawa beg yang mempunyai pakaiannya dan terus meninggalkan biliknya. Sempat dia mencium pintu bilik kesayangnya.
Rizqish yang melihat Aries mencium pintu biliknya terus memanggil Aries. Budak ni dengan pintu pun boleh jatuh cinta .
"Aku nak kau pastikan takda satu barang pun yang tertinggal. Ingat kau dengan aku dah takkan duduk sini sampai bila-bila. Bahkan untuk jejak kaki dekat sini pun dah takkan lagi. Once kau keluar dari rumah ini buang segala memori kau dekat sini faham?" Sempat dia memberikan arahan kepada Aries.
"F-faham Tuan." Balasnya.
"Dah jom tak payah nak berangan kalau kau nak teruskan berangan kau duduk lah sini sorang-sorang." Terus dia meninggalkan Aries
Gila dia nak suruh aku duduk sorang sorang. Terus Aries mengikut langkah Tengku Rizqish...
———————————
Lost words but i will keep going to complete this story, maybe agak kebudak budakan bahasa gue, iyo biasalah baru nak buat cerita kan jadi ayat sintaksis morfem bebas semua kata akar kucar kacir HAHAHAHA .
Okey thankyou for support this story alright 😫❤️
YOU ARE READING
ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]
Mystery / Thriller𝐂𝐎𝐃𝐄 : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐓𝐀𝐊 + 𝐃𝐄𝐑𝐀 𝟏𝟖+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) Selepas kematian keluarganya kehidupan Arie...