BAB 20 ✅

19.3K 967 33
                                    



Lelaki yang memakai pakaian lengkap itu terus menghembuskan asap rokoknya ke ruang udara tersebut. Dia memandang ke arah seseorang.

"Macam mana? Dah jumpa ke belum betina tu.." Lelaki yang berada di hadapannya itu hanya menggeleng sahaja.

"Belum lagi... Sampai sekarang aku tak tahu dekat mana dia simpan betina tu. Tak mungkin dia mati macam tu." Kertas yang berada di atas meja itu direnyukkan dan terus dia melempar ke dalam tong sampah.

"Selagi aku tak jumpa betina tu selagi tu juga hidup aku tak aman." Ditumbuk meja itu dengan kuat.

Bagaimana dirinya tidak membenci wanita itu. Gara-gara wanita itu musnah separuh hidupnya. Tidak mungkin wanita tersebut dengan mudah mati begitu sahaja. Keluarganya pula bukan sembarangan orang. Salah satu keluarga yang memegang prinsip kematian adalah keluarga milik wanita tersebut.

Haderson yang melihat Almond sudah menghilangkan diri daripada rumah agam tersebut hanya tersenyum sinis sahaja. Kertas yang sudah direnyukkan tadi terus dibakar olehnya.

Tak mungkin kau akan dapat dia Almond. Kau silap besar... Terus Haderson membetulkan cermin mata hitamnya dan turut beredar daripada rumah tersebut.

*

"Mama!" Jerit Tengku Rizqish.

Datin Medina yang baru sahaja keluar daripada bilik air itu terperanjat melihat anak lelakinya mendukung seorang perempuan.

"Bukak pintu bilik ni mama." Pinta Tengku Rizqish.

"S-siapa dia?" Datin Medina yang melihat Tengku Rizqish meletakkan wanita itu di atas tilam tersebut terus meluru ke anak terunanya.

"Mama tanya dia siapa?" Sekali lagi dia menyoalkan soalan tersebut.

"Pembatu rumah Deinz. Nama dia Aries." Tengku Rizqish yang malas membalas itu terus mengambil kain dan membasuhkan kain tersebut dengan air. Dan terus dia meletakkan di dahi Aries.

Datin Medina yang mendengarkan jawapan daripada Tengku Rizqish terus mengerutkan dahinya. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi terus langkah kaki milik Datin Medina terhenti buat seketika. Sekilas dia memandang wajah milik wanita tersebut membuatkan jantungnya seperti ingin terhenti.

"Deinz." Hampir menggigil suaranya.

"Nama dia Aries bukan Elisha. Simpan dalam hati mama." Diberikan arahan kepada Datin Medina.

Datin Medina terus pergi ke arah Aries. Dia menyentuh wajah milik Aries dengan perlahan. Mata hidung dan juga wajah wanita ini sama seperti arwah tunang milik anak lelakinya.

"Mama macam mana condition Aries?" Datin Medina yang melihat Aries terbaring tanpa sedar itu turut berasa sedih.
Hatinya yang sekuat batu itu kini melebur menjadi debuan yang halus.

"Dia dah okey. Mama jangan risau. Dia cuma perlukan rehat yang cukup." Tengku Rizqish yang masih berada di sebelah Aries terus melabuhkan punggungya di sisi wanita itu.

"Deinz tak perasan ke wajah dia sama dengan arwah?" Entahlah kenapa mulutnya boleh melepaskan ayat tersebut.

Ditundukan kepalanya dan terus memandang semula ke arah Aries. Datin Medina amat menyayangi arwah tunang Tengku Rizqish. Apabila dia mengetahui bahawa Elisha dibunuh oleh seseorang sakit di hatinya bukan kepalang.

Elisha merupakan salah satu insan yang terlampau baik di dalam hidupnya, terlampau sopan dan mesra serta seorang insan yang periang. Walaupun wanita itu sudah tiada tetapi kenangan milik wanita itu masih lagi tersimpan di dalam hatinya.

Tengku Rizqish terus memegang bahu milik Datin Medina. Dia tahu apa yang bermain di fikiran wanita itu. Mana mungkin wanita yang bernama Elisha akan mati di dalam dunia milik Datin Medina. Hanya Elisha sahaja yang mampu membuatkan Datin Medina bahagia.

"Mama dengar cakap Deinz baik-baik. Elisha dah lama takda ma. Dia dah lama meninggal dan yang depan mama ni nama dia Aries." Tengku Rizqish cuba memujuk Datin Medina.

"Dekat dunia ni ada 7 pelanduk muka yang serupa macam Elisha. Jadi mungkin ini salah satu pelanduk arwah." Katanya kepada Datin Medina.

Datin Medina yang melihat seraut wajah Aries terus menitiskan air matanya . Aries kenapa wajah kamu sebiji macam arwah sebak mama tengok muka Aries. Sempat Datin Medina memegang tangan Aries.

Tengku Rizqish yang melihat adegan tersebut, terus memberikan ruang kepada Datin Medina untuk berdamping dengan Aries.

Bukan hatinya tidak rindu akan arwah tunangnya. Tetapi disebabkan dendam dan kepercayaan yang diberikan oleh Tengku Rizqish telah dimusnahkan oleh keluarga Aries. Itu yang membuatkan dia terlampau berdendam dengan arwah tunangnya.

Bahkan semasa pengebumian Elisha dia tidak menjenguk langsung kubur arwah. Selama beberapa tahun kepergian Elisha dia jujur amat merindui senyuman insan yang pernah menjadi ratu di dalam hatinya.

Kau musnahkan kepercayaan aku Elisha. Keluarga kau yang bunuh bapak aku. Sampai mati aku tak boleh nak lupakan betapa dasyatnya kematian Tengku Firdaus. Wallahi aku benci kau sampai mati. Getusnya...

Walaupun begitu tetapi ada sesuatu yang bermain di fikiranya. Kenapa tarikh kematian Tengku Firdaus sama seperti tarikh kematian keluarga Elisha. Bahkan apa motif keluarga Elisha membunuh bapanya sendiri dan selepas itu kenapa keluarga Elsiha turut mati?

Walhal keluarga Elisha merupakan kawan baik dan juga sahabat milik keluarga. Tidak mungkin keluarga milik wanita itu dijadikan kambing hitam? Tapi apa motifnya? Sepertinya keluarga milik Elisha sudah dirancang tapi tak mungkin?

Terus lelaki itu menggelengkan kepalanya. Datin Medina yang masih setia berada di samping Aries hanya dibiarkan sahaja terus dirinya meminta izin untuk keluar sebentar....

———————————

ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now