Aynaries POV
Datin Medina Medina meminta Aries untuk mengambil buah epal di atas meja tersebut. Dia menghembuskan nafasnya dengan perlahan. Dia memadang kembali wajah milik Tengku Rizqish. Apa tanggapan anaknya kepada dirinya nanti?
"Mama nak kamu kahwin dengan Aries. Ini pilihan mama dan muktamad." Apa lagi memang sangat tegang wajah milik Tengku Rizqish sekarang ini.
Mendengar sahaja permintaan milik Datin Medina membuatkan Aries terkejut. Baru sahaja dirinya ingin memotong buah tersebut pisau itu tidak sengaja mengguriskan jari runcingnya miliknya itu.
"Aduh..."
Tengku Rizqish yang sedang memegang telefonya itu terus memandang ke arah Datin Medina. Telinganya masih belum pekak. Dia dapat menangkap butiran ayat yang dikatakan oleh Datin Medina.
Datin Medina yang terperanjat melihat jari Aries yang tergurus pisau itu terus mendekati Aries.
"Ya Allah kamu okey Aries?"
"Aries okey ma." Aries menipu sebenarnya. Kalau diikutkan memang dirinya sekarang ini tidak kuat. Lihatlah sahaja tatapan milik lelaki itu membuatkan dirinya amat ketakutan.
"Mama dah gila ke apa! Mama suruh Deinz kahwin dengan perempuan jalang ni. Mama ingat Deinz nak? Apa benda ni mama. Apa mama fikir perempuan dekat dunia ni dah pupus ke!"
Hatinya sekarang ini sudah menjadi panas. Memang tidak boleh diterima dek akal permintaan seperti ini. Hampir sahaja cawan yang berada di atas meja itu dicampak ke arah Aries. Benci sungguh dia melihat wajah itu.
Eline yang masih setia berada di sisi Datin Medina terus membantu Aries menutup lukanya itu. Jatuh rasa kasihan kepada Aries. Sungguh berat ujian yang dihadapi wanita itu sekarang ini.
Dengan laju Eline duduk bersebelahan dengan Aries dan terus membalut luka yang masih tersisa di jari milik gadis tersebut. Aries hanya tersenyun sahaja tapi jauh di sudut hatinya kenapa Datin Medina menyuruh dirinya berkahwin dengan lelaki ini.
"Keputusan mama Deinz tak boleh halang. Mama tetap nak Aries jadi menantu mama." Wanita tua itu terus menguci jawapan tersebut. Dia memang inginkan wanita ini. Cukuplah sekali dia kehilangan Elisha dia tidak mahu kehilangan Aries lagi.
Aries yang masih berada di dalam keadaan yang kekeliruan itu hanya memandang kosong kepada mereka berdua. Kenapa mesti dirinya dijadikan topik sebegini. Dia tidak mahu.
"Mama betul-betul buat keputusan gila. Mama ingin Deinz bodoh tak kenal siapa betina ni. Patutlah mama beria sangat suruh Deinz datang sini. Rupa-rupanya ini helah mama dengan betina jalang ni." Bergema suara jeritan milik Tengku Rizqish.
Aries terkedu. Helah?
"Helah? S-saya tak tahu Tuan." Mahu sahaja dia melutu ke kaki lelaki tersebut. Dia taknak lelaki ini bersangka buruk kepada dirinya.
"Hei betina kau bangun sekarang." Rambut wanita itu ditarik dengan kasar.
"Kau ingat aku ni apa? Bodoh macam mak bapak kau ke? Kau silap Aries. Semua maklumat kau ada dekat tangan aku. Kau fikir aku tak tahu yang kau ni Elisha. Arwah tunang aku yang dulunya mati kini hidup semula dengan menggunakan nama Aries." Cukup jawapan yang diberikan oleh Tengku Rizqish membuatkan Datin Medina terkedu.
Aries pula sudah terdiam. Dia tidak tahu yang dirinya ini tunang kepada lelaki ini. Apa sebenarnya yang berlaku sekarang ini. K-kenapa dia tidak mengingati siapa lelaki ini.
Datin Medina agak terkejut dengan apa yang didengarinya tadi.
"Mana Deinz t-tahu? Siapa bagitahu Deinz?" Terketar-ketar suara miliknya sekarang ini.
"Setiap langkah kaki mama semua Deinz tahu. Mama dalam diam jumpa Danny kan? Mama tanya Danny siapa Aries yang sebenarnya. Mama ingat perbualan mama Deinz tak dengar." Dia memberikans senyuman yang sinis kepada wanita tersebut.
Aries agak terkejut dengan apa yang didengari tadi. Jadi betullah selama ini memori imbasan yang muncul itu adalah memori yang sudah terpadam lama di dalam benaknya. Patutlah selama ini hanya suara sahaja yang bergema dan tidak pernah sekali muncul wajah milik tunangnya.
Rupa-rupanya lelaki itu adalah Tuanya sendiri. Jadi selama ini dia sendiri yang mencari mati dengan hadir di dalam hidup Tengku Rizqish. Ingatkan penderitaanya akan tamat tapi tidak! Itu semua hanyalah permulaan.
"Deinz mama tak ajar anak lelaki mama jadi manusia yang tak beradab. Apa salah Elisha sampai kamu buat dia macam ni. Dia tunang kamu!" Sungguh marah Datin Medina terhadap anak lelakinya ini.
"Walaupun dia tunang Deinz. Sampai mati Deinz tak terima perempuan musibat ni! Mama dia ni darah pembunuh memang sampai mati darah dia kotor!" Suara jeritan antara Tengku Riziqsh dan Datin Medina amat melukakan hati Aries.
Pang....
Satu tamparan yang kuat dibagi Datin Medina kepada Tengku Rizqish.
"Kerana perempuan yang berdarah pembunuh ni mama lempang Deinz ?" Terasa pijar mukanya di tampar oleh Datin Medina
Aries yang melihat Datin Medina cuba untuk melempang lagi wajah milik Tengku Rizqish dengan pantas dia meluru ke arah wanita itu. Dia takut kalau lelaki itu terluka disebabkan dirinya.
"Mama sabar ma. Jangan risau Aries okey ma. Aries masih lagi kuat ye." Dilembutkan hati wanita tua itu.
Tengku Rizqish yang melihat Aries ingin menghampirinya dengan pantas dia menolak Aries sehingga kepala wanita tersebut terhantuk di bucu meja yang tajam itu.
Belum sempat Aries ingin membangunkan dirinya. Dapat dilihat ada cairan merah pekat meleleh di dahi wanita cantik tersebut. Dengan kudrat yang ada Aries cuba memanggil Datin Medina.
"Ya Allah Aries! Deinz apa kamu buat ni nak kenapa kamu buat Aries macam ni!" Meraung Datin Medina di sisi Aries.
"Mama dia ni bawak bala! Sampai mati memang bala tu melekat dekat badan dia. Mama dengar baik-baik. Cinta Deinz terhadap perempuan sampah ni dah lama mati!" Terus Tengku Rizqish pergi meninggalkan keluarganya.
Tiada secebis kasih atau kasihan terhadap tunangnya itu. Makin didoakan kematian adalah.
"Eline sayang call ambulans." Cairan yang keluar daripada kepala Aries ditutup dengan tanganya.
Ya allah kau kuatkanlah Aries. Datin Medina sudah seperti kerasukan melihat Aries seperti ini. Sakit sangat-sangat sakit jiwanya sekarang ini. Tanpa dipinta mata Aries tertutup dengan sendirinya.
Datin Medina yang melihat Aries yang memejamkan matanya terasa jantungnya berhenti " Aries sayang kuat ye sayang mama ada ni kita pergi hospital sayang." Sempat dia mengecup dahi Aries.
————————————
New update : 5 August 2023
YOU ARE READING
ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]
Misterio / Suspenso𝐂𝐎𝐃𝐄 : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐓𝐀𝐊 + 𝐃𝐄𝐑𝐀 𝟏𝟖+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) Selepas kematian keluarganya kehidupan Arie...