BAB 58 ✅

20.9K 940 41
                                    

Datin Medina yang baru sahaja membaca surat itu menangis dengan teresak-esaknya. Dia tidak percaya bahawa selama ini Aries merupakan ketua milik Evil.

Hatinya berasa sangat sedih kerana Aries sanggup menggadaikan nyawanya semata-mata ingin merampas balik saham milik suaminya. "Ya Allah Aries" tersendu sendan dia memegang surat tersebut.

Otylia yang baru sahaja menyiapkan adiknya terus mendekati Datin Medina. "Opah, kenapa opah menangis" terus dia memeluk Datin Medina.

Fateh yang masih memegang bantal busuknya itu mendekati neneknya juga. "Opah, nape nanis ? O-oppah cacit ke ?" Bertuah punya budak sakit jadi cacit.

Datin Medina agak tergelak sedikit mendegarkan cucunya Fateh bercakap. "Comelnya Fateh ni opah rasa nak geget je tau, taklah opah tak sakit tadi a-ada nyamuk masuk mata" ditipunya budak kecil itu.

Otylia hanya menggelengkan kepalanya sahaja. " jangan tipu Otylia opah" terus dia mengambil tisu di dalam poketnya. Dikesat air mata milik Datin Medina

"Bila ibu nak balik opah ?" Tanya Otylia kepada Datin Medina. Dia sendiri pun tidak tahu apa condition Aries sekarang ni.

"Fateh r-reindu ibuu" terus dia memeluk Otylia. "Ibu akan balik adik" terus dia mencium adik lelakinya itu. Mereka lambat 20 minit sahaja. Otylia lahir pukul 5.oo petang manakala Fateh pukul 5.20 senggang berapa minit sahaja.

"Maceh kakak, kakak jom tido F-ffateh ngantuklah" terus dia memegang baju milik kakaknya. Otylia hanya menganggukan kepalanya sahaja.

"Opah Otylia masuk bilik dulu ye, Fateh salam opah" terus fateh menyalami opahnya dan memberikan ciuman kepada Datin Medina. Otylia pun sama melakukan perkara tersebut kepada Datin Medina.

"Selamat malam opah" sahut Otylia.
"M-mmat malamm o-oppah" suara Fateh pula memberikan salam malam kepada opahnya. Datin medina menyambut sahutan mereka.

"Selamat malam juga cucu opah" diberikan flying kiss kepada mereka berdua. Otylia terus membawa Fateh ke biliknya.

Datin Medina yang baru sahaja ingin memasuki biliknya terperanjat kerana telefon rumahnya berdering dengan kuat. Datin Medina tidak mengesyaki apa-apa terus dia mengangkat panggilan tersebut. "Mama" dapat didengar suara seorang lelaki yang sedang menangis.

"Mama Aries masuk hospital dia kena tembak" Rexian yang berada di sebelahnya terus menepuk badan milik abangnya itu. Dapat dilihat wajah milik Tengku Rizqish sangat sayu.

Aydeen sebagai doktor terus merawati Aries. Sudah hampir 5 jam tiada tanda-tanda lampu di hadapan wad pembedahan itu mahu menukarkan warna hijau,

Datin Medina terus menekup mulutnya. "Mm-cam mana boleh jadi macam ni Deinz ?" Tidak dapat dikawal lagi air matanya. Sungguh sedih hatinya mengetahui Aries bertarung lagi di hospital.

Dikuatkan semangatnya, semoga Aries pulih daripada kesakitanya ini. Dia tidak kuat lagi kalau mengetahui Aries akan kembali seperti dulu. Cukuplah dia pernah kehilangan Aries.

Tengku Rizqish sudah terlalu lama menderita menunggu kepulangan menantunya. Menangis setiap malam, demam seminggu mudah pengsan dan sebagainya Allahuakbar.

"Deinz macam mana keadaan Aries sekarang ? Dia okey ke tak"

"Aydeen tak keluar lagi ma, dah 5 jam dia dekat dalam, tak tahu lah kenapa lama sangat" tersengguk-sengguk dirinya mengawal tangisanya.

Rexian masih setia bersama dengan abangnya. Semuanya sudah berakhir tiada lagi Almond tiada lagi Marco dan dia boleh pulang berjumpa dengan Datin Medina dan Eline. Sungguh rindu hatinya kepada mereka berdua.

Jiwanya meronta tidak sabar melihat wajah syurganya. Sudah lama tidak diciumnya dan sudah lama dia tidak merasa dakapan daripada seorang ibu. Air matanya menitik kerana tidak dapat ditahan lagi.

"Mama Deinz letak telefon dulu ye, apa apa Deinz bagitahu" terus di matikan telefon tersebut.

Datin Medina hampir terduduk namun Eline cepat menahannya. "Mama kenapa ni?" Tegur Eline.

"A-aaries kena tembak" hampir meraung tetapi terpaksa Datin Medina mengawalnya takut mengejutkan Fateh dan Otylia.

"T-ttembak" Eline yang tidak tahu apa-apa itu menangis kerana takut kehilangan Aries.

"Ni surat yang Aries bagi, Eline bacalah mama nak masuk bilik" huluran surat itu di ambil dan terus Datin Medina terus meninggalkan Eline.

Eline mengambil surat itu dan terus memasuki bilik ya. Hatinya berdebar untuk mengetahui kandungan yang ada di dalam sampul tersebut.

————————————

ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now