BAB 59 ✅

20.1K 1K 128
                                    

Rizqish POV

Tengku Rizqish menunggu dengan penuh kesabaran sudah hampir 10 jam namun kelibat Aydeen belum lagi kelihatan. Pelbagai bacaan doa sudah dititipkan untuk isterinya semoga terus kuat. "Sayang j-jjangan tinggalkan abang"

Cahaya yang bewarna merah itu sudah bertukar menjadi hijau. Tengku Rizqish merasakan darahnya seperti tidak mengalir takut dengan keputusan Aydeen. "Ya Allah kuatkanlah aku"

Aydeen keluar dengan keadaan yang hiba. Ditatapnya muka sahabatnya sebelum memeluk badan milik Tengku Rizqish. "Aydeen macam mana Aries ?!" Bergetar suaranya.

"A-aku m-mmintak maaf a-aaku gagal selamatkan isteri kau, peluru tu tepat-tepat kena jantung A-aries" Aydeen terus menangis di depan Tengku Rizqish.

"Noo Aydeen k-kkau tipu akuu !!" Berlari terus dia memasuki bilik itu untuk melihat Aries.

Dengan perasaan hibanya dia menagis melihat Aries yang pucat itu. Wajahnya yang cantik itu jelas kelihatan pucat dengan bibirnya yang tidak berdarah itu.

"S-ssaayang seawal inikah Aries akan tinggalkan abang, abang tunggu sayang hampir 4 tahun, tak sangka yang abang akan berpisah selamanya dengan Aries" digengamnya tangan isterinya dengan kuat.

"A-aabang mintak maaf sayang, abang mintak maaf sangat-sangat dekat Aries, abang berdosa sebab buat sayang macam binatang, sumpah sayang abang betul-betul bersalah dengan Aries tolong sayang jangan tinggalkan abang" meraung dirinya di hadapan mayat Aries.

"Sayang, kalau sayang nak pergi abang redha, Aries dah banyak tolong abang, bertarung nyawa selamatkan semua harta abang, sabar dengan sikap abang, tapi abang bodoh abang tak nampak semua usaha Aries"

"Abang ada terbaca buku diary Aries, Aries nak sangat rasa kebahagiaan sebelum Aries pergi dan abang gagal tunaikan sampai akhir nyawa Aries, maafkan abang Aries maafkan abang"

"Betul kata Aries kerana cinta memerlukan dua hati untuk kekal bersama hingga ke akhir nanti dan cinta juga memerlukan dua hati untuk kekal bersama hingga mati"

"Tapi abang, biarkan cinta Aries tanpa ada sahutan daripada cinta abang, abang biarkan Aries keseorangan merasakan cinta abang, Abang bersykur yang Aries setia bersama dengan cinta Aries sehingga akhir nafas Aries"

"Aries sayang, tidurlah ye sayang, abang izinkan sayang pergi ye, rehatlah dengan abadi dekat sana, nanti Aries boleh jumpa mama dengan papa Aries, tunggu abang ye sayang, abang janji dengan sayang yang abang akan selalu ingat Aries" dicium wajah milik isterinya buat kali terkahir.

"Rehatlah sayang, rehatlah wahai Nur Aynaries Delisha di sisi Allah, dipinjamkan buat sementara dan dipulangkan buat selamanya"

"Abang sayang Aries sehingga akhir nafas abang, maafkan abang buat kali terkahir ye Aries, jumpa di sana sayang jadi bidadari abang dekat syurga kelak ye sayang" dipeluk isterinya buat kali terakhir. Dia tidak menyangka bahawa isterinya akan pergi dalam keadaan sebegini.

"Redha dengan jalan cerita cinta kau wahai Tengku Rizqish semoga ada kebahagiaan yang datang kepada kau"

Tengku Rizqish masih belum mengetahui bahawa isterinya ini mempuyai dua anak iaitu Fateh dan Otylia.

"Diberikan 2 nyawa dan diambil kembali 1 nyawa untuk pulang ke pangkuan tuhan, dengan lafaz bismillah Nur Aynaries Delisha sudah menghadap ke ilahi pada pukul 10.34 pagi bersamaan 24 ogos semoga jasadnya diterima di sisi Allah"

"Tuhan kerana dengan izinmu aku memperoleh seorang isteri yang baik, terima kasih kerana memberikan sebuah pinjaman yang indah di dalam hidupku, selamat jalan Aries tunggu abang dipintu syurga ye" terus kain yang berada di badan milik Aries di tarik sehingga menutup muka isterinya.

"Selamat jalan sayang, Aries adalah bidadari terindah buat abang bidadari syurga buay abang dan bidadari kebahagiaan abang, perginya Aries pergilah seluruh hati abang, abang amik hati Aries dengan cara yang kasar dan abang pulangkan balik hati Aries dengan cara yang baik"

"Assalamualaikum sayang, abang izinkan sayang tidur ye" dia tidak kuat dia tiada kudrat dan dia pengsan di sisi Aries.

Aydeen yang melihat Tengku Rizqish pengsan di sisi Aries terus mengangkat sahabatnya itu. Rexian terus memeluk badan milik Tengku Rizqish.

——————————

ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now