BAB 13 ✅

17.7K 1K 26
                                    

Aynaries POV

Aries yang merasakan rambutnya di tarik itu terus dia membukakan matanya. Hampir sahaja akar rambutnya ingin tertanggal dari kulit kepalanya. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Dengan keadaan kepalanya sakit dia gagah jua dia melihat ke arah Tengku Rizqish.

Kuatkan semangat aku ya tuhan, berikan sedikit kekuatan kepada diriku. Aries yang separuh sedar itu terus memegang tangan Tengku Rizqish. Cengkaman kuat diberikan oleh lelaki itu membuatkan kulit kepalanya hampir sahaja tercabut.

"Tuan kenapa tarik rambut Aries? Sakit Tuan. Lepaskan Aries." Lembut suaranya. Tengku Rizqish yang mendengarkan suara Aries terus lelaki tersebut melempang wajah Aries dengan sekuat hati.

Aries yang masih di dalam keadaan sakit itu terpaksa juga untuk melawan lelaki tersebut. Namun apakah daya, kekuatannya tidak sekuat lelaki. Badanya yang lemah itu menyebabkan Aries tidak mampu melawan Tengku Rizqish.

Tengku Rizqish tidak merogolnya tetapi dia menyiksa fizikal Aries. Hampir berbirat badan Aries dibelasah oleh Tengku Rizqish. Kesan darah di bibirnya masih lagi segar akibat ditampar oleh Lelaki tersebut.

Aries tidak mampu melawan. Dia terpaksa membiarkan lelaki ini memukul dirinya. Bukan Aries tidak pernah merasa seksaan seperti ini. Malah lebih teruk lagi dia pernah rasakan.

Setakat seksaan yang diberikan oleh Tengku Rizqish kepada dirinya ini. Tidaklah sesakit seksaan yang diberikan oleh Mak Timah. Wanita tua itu lagi dasyat menderanya.

Sedangkan bara api pun pernah dicacah ke kulit dirinya. Apalah sangat tamparan yang dilakukan oleh Tengku Rizqish. Walaupun sikit ia juga dapat memberikan kesan yang mendalam kepada Aries.

Walaupun di pukul Aries hanya mampu mendiamkan dirinya sahaja. Bukan dirinya tidak menangis, bukan dirinya tidak sakit, tetapi disebabkan Tengku Rizqish yang mengambilnya. Aries tidak mampu melawan insan yang berada di depanya.

Tengku Rizqish yang merasakan dirinya hampir membunuh seseorang. Terus dia tersedar dengan perbuatan yang telah dia lakukan kepada Aries.

"Itu baru sikit aku bagi dekat kau. Lepasni aku akan seksa kau lebih teruk daripada yang aku bagi sekarang. Kau kena ingat yang kau tu hamba Aku. Dan aku akan pastikan yang kau akan mati dekat tangan aku!"

Aries yang mendengar kata-kata Tengku Rizqish hanya mampu memberikan senyuman kepada lelaki tersebut. Dia tiada kudrat untuk melawan. Dan dirinya juga tiada kudrat mahu bercakap. Bibirnya juga pecah akibat ditampar Tengku Rizqish .

Tengku Rizqish yang melihat Aries memberikan senyuman kepadanya itu. Terus dia meninggalkan Aries. Tu baru sikit aku bagi lepasni aku akan slow-slow buat kau mati.

Aries menangis dengan teresak-esaknya.

"Kenapa semua seksa Aries? Kenapa semua benci Aries? Kenapa semua tak sayangkan Aries? Aries tak mintak banyak. Aries nak sangat rasa kebahagiaan walaupun sedetik. Tolong bagi Aries sikit rasa bahagia sebelum Aries pergi. Aries tak kuat." Seraya itu, Aries terus bangkit dari duduknya dan menuju ke bilik tidurnya .

Sesampainya sahaja di biliknya. Dia terus membaringkan dirinya di atas lantai itu. Walaupun sejuk Aries tiada selimut. Wanita itu terpaksa mengambil kain batiknya untuk menutup badanya. Darah yang mengalir daripada hidung dan bibirnya hanya dibiarkan sahaja.

"Tuhan aku tak kuat..." Terus dia menutupkan matanya.

———————————-

New Update : 26 June 2023

ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now