Rizqish POV
"Kau okey tak Riz? Ada masalah ke?" Danny yang baru sahaja tiba di pejabat itu terus menuju ke arah meja milik Tengku Rizqish. Lelaki itu masih di dalam keadaan yang termenung.
Flashback
"Deinz kalau perangai kamu tak berubah mama yang akan carikan calon untuk Deinz. Apa nak jadi dengan kamu nak.... Apa yang susah sangat nak berubah. Runtun hati mama tengok keadaan kamu macam ni." Datin Medina yang masih lagi duduk di hadapan anak lelakinya itu hanya mengeluh sahaja.
Bukan sengaja dia memarahi anak terunanya. Hati ibunya sedih apabila mengetahui anaknya melalukan perkara tidak elok dekat luar sana.
"Kalau kamu sayang dekat Riena kamu pergilah kahwin dengan dia. Bukan masing-masing megah buat dosa. Mama tak ajar kamu jadi lelaki yang durjana Deinz. Kamu kena ingat Deinz arwah tunang kamu lebih baik akhlaknya berbanding Riena." Sengaja dia melepaskan perkataan sebegitu.
Tengku Rizqish yang mendengarkan sebaris ayat itu terus mendongakkan kepalanya. Hampir beberapa tahun dia tidak mendengar perkataan, harini dia dapat mendengarkan perkataan itu sekali lahi.
"Deinz takda tunang. Mama gila ke ingatkan balik perkara tu. Mama kena ingat kalau bukan sebab keluarga Elisha yang bunuh papa tak mungkin Deinz berdendam dengan dia." Saat ini dia masih lagi tidak dapat menerima takdir bahawa arwah tunang miliknya sendiri adalah dalang di sebalik pembunuhan Tengku Firdaus.
"Deinz sampai bila kamu nak fitnah arwah Deinz? Mama dah cakap banyak kali bukan keluarga arwah yang buat. Tapi kamu masih lagi nekad nak fitnah dia. Bahkan masa tunang kamu meninggal pun kamu tak pergi jenguk dia." Hancur hatinya mendengarkan fitnaah tersebut.
"Mama betina tu dah lama mati dan memang layak dia mati. Kalau dia hidup semula pun Deinz akan pastikan yang dia tetap akan mati dan kalini dia akan mati dekat tangan Deinz." Itu sumpahnya.
Datin Medina yang mendengarkan jawapan daripada mulut anak terunanya hanya melepaskan keluhan sahaja. Memang benar anak lelaki ini tidak boleh dilentur lagi.
"Baik... Itu keputusan Deinz kan. Mama bagi tempoh dalam masa setahun. Kalau Deinz takda calon mama yang akan bawak calon untuk Deinz. Jangan bantah." Terus Datin Medina meninggalkan lelaki itu seorang diri.
End flasback
Tengku Rizqish yang mendengar namanya dipanggil terus dirinya tersedar daripada lamunanya. Apa yang tidak kena pada dirinya sekarang ini.
"Aku tanya sekali lagi kau okey tak? Wajah kau pucat kau demam ke?" Danny yang berasa rungsing itu terus memegang dahi milik lelaki itu. Pantas sahaja tanganya ditepis oleh lelaki itu.
"Aku okey. K-kau buat apa dekat sini." Soalnya.
"Aku ada hal nak bincang dengan kau. Tunggu Ziyan dengan Iyan datang." Danny terus melabuhkan punggungnya di atas sofa tersebut.
Tengku Rizqish membuka laci miliknya dengan perlahan. Wajah seseorang yang masih lagi berbalut plastik itu dilihat. Wajah milik Elisha masih lagi berada di dalam laci tersebut. Dia lupa sebenarnya untuk membuang gambar tersebut.
"Kau selamanya akan jadi musuh aku sampai mati. Walaupun kau dah mati aku akan pastikan kau mati dalam keadaan yang sengsara. Itu sumpah mati aku." Terus laci itu ditutup....
————————————
New update from Hunny. 23 June 2023.
YOU ARE READING
ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]
Tajemnica / Thriller𝐂𝐎𝐃𝐄 : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐓𝐀𝐊 + 𝐃𝐄𝐑𝐀 𝟏𝟖+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) Selepas kematian keluarganya kehidupan Arie...