Rizqish POV
Sudah hampir sebulan dirinya kembali untuk bekerja. Sudah lama dia tidak melihat Danny mungkin masih marah kepada dirinya. Yang hanya ada Ziyan Dan iyan si kembar itu masih setia berada di sisinya.
"Wei Riz aku dengar kau ada appointment dekat kanada betul ke ?" Jauh sungguh appointment kali ini, Kanada wei bukan dekat ingat Thailand ke ?
Tengku Rizqish hanya menggagukan kepalanya sahaja. "Haah dekat Kanada ada projek baru kau jangan risau aku ada bawak anak buah aku, jadi aku pergi sana takdelah sorang-sorang"
Selalunya yang mengikuti dirinya mesti Danny, namun setelah semuanya berlaku Danny terus menghilangkan diri. Membawa diri untuk tidak mendekati dirinya.
Tipulah kalau dirinya tidak merindukan Danny, walaupun mulutnya bising namun itu membuatkan dirinya bahagia. Dilihat meja kosong yang tidak berpenghuni itu membuatkan dirinya terasa hiba.
"Sampai bila kau nak lari dengan aku Danny, aku rindu persahabatan kita"
"Sampai kau mati kena tanam dengan aku !!" Dapat dia dengar kata-kata itu dari belakang badanya. Agak menggingil dirinya apabila mengenali suara tersebut.
Apabila dia berpusing dia melihat Danny sudah berdiri di meja milik Ziyan. Terus dia memeluk badan milik Danny. Dia cuba melutut namun dihalang oleh Danny.
"Kau gila ke apa nak melutut depan aku, jatuh maruah jantan kau" dia tidak boleh terus berdendam dengan Tengku Rizqish, sudah berbelas tahun dia hidup bersama Tengku Rizqish tidak mungkin dia akan terus berdendam dengan sahabatnya.
Tengku Rizqish menangis di pelukan Danny. "Danny aku mintak sangat-sangat aku mintak maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki aku seksa adik kau".
Danny yang mendengar itu terus melepaskan pelukan dari Tengku Rizqish. "Bila masa pulak si mamat beku ni jadi gembeng ?"
"Kau jangan risau aku dah maafkan semua salah silap kau, tak mungkin aku nak seksa jiwa kau, kau sahabat aku, dari dulu sampai sekarang kita masih sama" walaupun dirinya masih ada secebis benci terhadap lelaki didepanya ini, namun terus dia memadamkan terus sifat negatif itu.
"Yang kau ni kenapa Riz ? Macam hilang bini pulak aku tengok" ah sudah terlepas kata-katanya di depan Tengku Rizqish. Kalau dah mulut tu takda insurans memang sampai ke tua tetap sama.
"Bini aku bukan setakat hilang dia dah lama meninggal" terus dia teringat akan arwah isterinya.
Ziyan yang berada di sebelah Danny terus menyepak kaki milik lelaki tersebut. " Woi bacen kau gila ke apa cakap macam tu depan Riz, makin melalak lah jantan tu" ingin di tampar muka Danny menggunakan filenya namun di diamkan sahaja.
Hampir pucat Danny apabila melihat Tengku Rizqish seperti ingin pengsan. "Dasar mulut puaka plus longkang dah kenapalah aku cakap macam tu" terus dia menghampiri Tengku Rizqish.
"Wei Riz kau okey tak ? Aku mintak maaf" belum sempat dia menyentuh bahu milik lelaki tersebut, Tengku Rizqish terus pengsan di depan Danny.
Iyan yang baru sahaja masuk sambil memegang mug dan mulutnya masih dipenuhi dengan roti terperanjat melihat Tengku Rizqish pengsan.
"Wei Danny HAHAHAHA kau buat apa dekat Riz"bukan dirinya tidak kesian tetapi ada sedikit rasa lawak apabila melihat Tengku Rizqish menjadi lemah selepas pemergian Aries.
"Tulah kau baru kau tahu betapa seksanya takda bini depan mata, time ada Aries bukan main ego kau macam hantu galah, pandang je langit sampai lupa ada bidadari dekat bawah, ni dah takda jadi pocong hilang terus sifat ego"
Ziyan yang mendengar kata-kata adiknya terus menampar kepala Iyan menggunakan file kerjanya, dan akhirnya selamat mendarat di kepala Iyan.
"Aduh sakitlah Ziyan kau kenapa pukul aku nasib tak mati tercekik" mulut dipenuhi dengan roti itu ditelan dengan rakus nasib baik mati.
"Wei manusia bertopengkan beruk kau sini tolong aku angkat Riz, kau fikir dia ringan ke apa ? Eh sempat korang berdua bertekak, kang aku cungkil tekak kang" terus menjadi tegas dirinya.
Mereka bertiga dengan gagahnya terus mengangkat Tengku Rizqish di sofa. "Wei beratnya mamat ni, berat dosa ke macam mana ? Ini kalau mati comfirm masuk neraka" sekali lagi Ziyan menampar mulut adiknya.
"Kau blah sana Iyan, sebelum kasut aku mendarat dekat bibir kau aku rasa sempat lagi kalau kau nak lari" Iyan yang berasa ketakutan terus berlari dari abangnya.
"Kau bukak mulut kau sekali lagi aku sumbat ubat tidur" terus di ambil ubat tersebut di poketnya dan di tayangkan kepada Iyan.
Iyan yang baru berura-ura ingin duduk di tempatnya terus berlari ke luar pejabat. Abangnya kalau dah tegas harimau dengan naga pun kalah.
Danny yang melihat Tengku Rizqish seperti itu agak kesian melihatnya. Dia tidak menyangka bahawa Tengku Rizqish akan selemah ini. "Dia memang macam ni ke Yan ?" Cuba untuk meminta jawapan daripada kawan baiknya.
"Haah semenjak Aries pergi, pengsan tu dah macam Vitamin C dia, kalau tak pengsan memang tak sah"
Mamat serong ni lain yang aku mintak lain pulak yang kau bagi jawapan. "Danny aku rasakan macam nak sumbat je ubat tidur dalam mulut kau biar mati tak bangun-bangun" geram sangat.
"Eh aku cakap betulah" dia yang melihat Danny seperti ingin mendekatinya terus dia berdiri.
"Okey okey, haah Riz akan pengsan bila ada someone sebut pasal isteri dia that why masa kau sebut tu aku terajang kau, kalau kau makin teruskan mau tak arwah mamat ni"
Danny hanya mendiamkan dirinya sahaja. "Bagi dia masa sikit ye Riz insyaallah kalau ada jodoh kau dengan dia kau tetap akan jumpa Aries" terus dia meninggalkan sahabatnya itu.
"Ziyan kau jaga Riz aku nak keluar kejap aku nak beli tiket, esok biar aku yang teman Riz, takut pulak aku tengok Riz kuat pengsan"
Ziyan yang mendengar itu hanya membiarkan sahaja Danny keluar. Terus dia mengambil air dan disapu air tersebut di muka Riz takpelah sekurangnya dia dah cuba untuk membangunkan Tengku Rizqish.
—————————————-
Tulah kau Riz baru kau tahu betapa seksanya hilang bini !! HAHAHAH
Tetiba rasa kesian pulak dekat Tengku Rizqish hm.
YOU ARE READING
ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]
Mystery / Thriller𝐂𝐎𝐃𝐄 : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐓𝐀𝐊 + 𝐃𝐄𝐑𝐀 𝟏𝟖+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) Selepas kematian keluarganya kehidupan Arie...