BAB 44 (New Edited) ✨

24.5K 1.1K 337
                                    

Datin Medina yang mendengar khabar bahawa Aries dimasukkan ke dalam hospital kerana didera oleh anak lelakinya itu dengan pantas dirinya pergi ke hospital miliknya.

Hati wanitanya terlampau sakit sehingga menyebabkan dirinya tidak dapat menerima apa yang didengarinya. Daripada kejauhan dapat dia dengar esakan daripada Tengku Rizqish di depan pintu wad kecemasan.

"Kenapa kamu buat Aries macam tu nak apa dosa dia Deinz?" Lembut suaranya menghilangkan rasa sakit di hatinya.

Tengku Rizqish terus melutut di depan Datin Medina "Mama Deinz mintak maaf ma, Deinz berdosa ma. Deinz suami dayus Deinz seksa Aries Allahuakbar." Tangisan lelakinya memecahkan kesunyian hospital tersebut.

"Kamu tu bodoh Deinz ! Kamu sanggup seksa Aries sebab Riena ? Apa yang cuba kamu buat ni nak... Apa besar dosa Aries dekat kamu sampai kamu seksa dia sampai tahap macam ni ?" Teresak-esak Datin Medina di depan Tengku Rizqish.

"Kamu tak nampak lagi pengorbanan Aries ke sayang ? Dia sanggup minum racun sebab dia nak protect kamu. Dia sanggup gadaikan nyawa dia sendiri supaya suami dia tak rasa apa itu kesakitan." Hampir meraung wanita itu di depan anak lelakinya.

"Mama D-Deinz takut ma macam mana Deinz nak tebus dosa Deinz. Mama Deinz mintak maaf !" Terus dicium kaki milik Datin Medina. Keadaanya sekarang ini memang meremukkan hati wanita tua itu.

"Apa yang kurang Aries di mata kamu ? Kanapa kamu sanggup seksa isteri kamu sendiri demi wanita lain ? Cuba terangkan dekat mama. Deinz permata dunia kamu hanyalah satu dan cuma satu. Kamu banyak dosa dengan Aries kamu mintak maaf dengan dia jangan dengan mama." Walaupun dia marah terhadap Tengku Rizqish namun lunakkan suaranya masih lagi lembut.

"Mama sedih Deinz. Mama sedih sebab kamu tak dengar cakap mama. Demi tuhan mama menyesal kahwinkan kamu dengan Aries ! Deinz bertahun-tahun Aries tunggu kamu sanggup kamu buat dia macam binatang. Cukup nak cukup dia terseksa kehilangan keluarga dia, jangan sampai kamu bawak dia jumpa keluarga dia dekat sana." Halus bahasa Datin Medina namun dalam maksudnya.

Tengku Rizqish seperti orang gila rambutnya yang kusut masai dengan bajunya yang masih ada tompokan darah Aries itu dibiarkan sahaja. Betul apa yang diperkatan oleh Datin Medina. Dirinya terlampau bodoh kerana mendera Aries.

"Mama bagitahu Deinz Aries tu ada penyakit apa ? Kenapa sampai teruk sangat?" Dia pernah melihat Aries seperti sedang menahan kesakitan namun dia hanya membiarkan sahaja.

Datin Medina seperti ingin membunuh anaknya sendiri. Kenapalah dia melahirkan seorang anak yang kurang akal Allahuakbar apalah nasib Aries. Kalaulah ada kuasa untuk memasukkan balik anaknya ini ke dalam perutnya sudah lama dia lakukan.

Belum sempat Datin Medina ingin menerangkan penyakit Aries anaknya Eirvard terus membuka pintu wad tersebut dengan keadaan yang marah. Tanpa ditunggu Eirvard terus mencekik leher Tengku Rizqish.

"Jantan bebal ! Kau sanggup bunuh isteri kau sendiri kerana perempuan lain !" Tanpa segan silu terus dicekik leher milik Tengku Rizqish.

Datin Medina yang masih dalam keadaan tidak stabil itu tidak dapat menangkap apa yang Eirvard katakan tadi. Mati ? Datin Medina terus meleraikan pergaduhan anak lelakinya.

"EIRV CAKAP DENGAN MAMA ARIES MACAM MANA ?" Hatinya berdebar dengan kencang dia takut mendapat jawapan yang negatif dari mulut Eirvard.

Eirvard yang menangis itu terus memeluk Datin Medina "Maaf ma Eirvard gagal selamatkan Aries." Mereka yang mendengarkan apa yang Eirvard katakan terus seperti manusia yang tidak berdarah.

ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now