BAB 50 ✅

20.5K 1K 82
                                    

Aynaries POV

Aries yang sedang memandikan anaknya itu terkejut kerana Rexian memanggilnya. Kenapa pulak ? Ada apa apa yang berlaku ke ? Jarang Rexi memanggilnya. Lantas dia memandikan anaknya dengan cepat dan terus berjumpa dengan Rexi.

Aries terus memberikan Fateh kepada Teuro. "Jagakan anak Aries kejap ye, Rexi panggil" terus Teuro bermain dengan Fateh "comelnya kauu ni" terus dia menggeletek badan Fateh.

"Kenapa nak jumpa Aries Rexi ?" Pelik juga dirinya apabila lelaki tersebut ingin berjumpa denganya.

"Esok Rexi nak pergi luar negara tau ada urusan sikit, jadi Teuro akan jagakan Aries dalam berapa harini" Danny ingin berjumpanya di Kanada katanya ada urusan penting.

Aries hanya mengiyakan sahaja. Namun agak pelik dirinya jarang pulak Rexi pergi ke luar negara. Takpelah maybe ada kerja yang perlu dia selesaikan.

"Jaga diri je dekat sana nanti , takpa Aries dekat sini okey Teuro pun ada jadi dia boleh jagakan Aries ye" lembut suaranya. Tidak mahu menggusarkan jiwa lelaki tersebut.

"Okey kalau macam tu rexi nak jumpa kawan Rexi ye, duduk rumah diam-diam tau, Rexi dah suruh pengawal jaga Aries ye." dia terus meninggalkan Aries. Nampak yang dia sangat busy sekarang ni.

"ibuuu dady nak pergi mana?" Otylia yang masih dalam keadaan mamai kerana baru bangun tidur itu sedih kerana daddynya meninggalkanya.

Alahai dah sedih pulak anak ibu sorang ni. "daddy ada kerja sayang nanti bila semua dah selesai daddy jumpa Otylia ye" terus Aries merangkul leher anaknya itu.

Wajah Otylia memang seiras dengan wajah suaminya. Saling tak tumpah seperti Tengku Rizqish memang sangat cantik dengan hidungnya yang mancung bibirnya yang munggil dan wajahnya putih.

Kalau yang tidak mengenali Otylia mesti mereka akan fikir yang anaknya ini bukan seperti rakyat Malaysia. Namun anaknya masih lagi berdarah melayu. Alhamdulilah Oytlia sudah memasuki umur 4 tahun sama umur dengan Fateh.

Cuma Fateh agak pelat sedikit. Walaupun Fateh lelaki tetapi hatinya lembut seperti Aries manakala Otylia agak tegas seperti Tengku Rizqish. Aries bersyukur Rexian setia bersama di sisinya.

Rexian yang mengiqamatkan anak kembarnya ini. Kalaulah dia yang berjumpa dengqn Rexian dahulu mesti hidupnya tidak terseksa sekarang. Aries terus beristighfar di hatinya. Dia selalu mengangap yang semua ini adalah ujian supaya dia tidak melupakan penciptanya.

Hatinya terlampau rindu akan suaminya namun dirinya masih tidak dapat memaafkan semua perbuatan Tengku Rizqish. Dia terlampau lemah sekiranya mengigati semua kenangan itu.

"ibuu napee nangis ni" Fateh yang sedang bermain itu terus mendekati ibunya. Sedihnya melihat ibunya menangis setiap hari.

"ibu Otylia ada buat salah ke bu?" binggung dirinya melihat ibunya menangis.

"Fateh ada buat b-bbuat calah ke bu"

Aries yang tersentak itu terus menenangkan anaknya. Boleh pulak terberangan. "eh tak sayang anak-anak ibu mana buat salah" terus di dakap anaknya. Diletakkan lehernya di bahu anaknya. Sayang sugguh dirinya terhadap Fateh dan Otylia.

Tapi hati ibu lagi rindu suami ibu. Lebat air matanya mengalir. Entahlah perasaannya memang tidak boleh membenci Tengku Rizqish.

Walaupun dia tahu Tengku Rizqish hampir membunuhnya namun kasih sayangnya masih lagi sama dan kuat. "cuma perbuatan abang memusnahkan semua kepercayaan Aries"

"ibu suatu hari nanti kita akan dapat jumpa papa kan" lembut suaranya menyedarkan ibunya yang masih di dalam kesedihan itu.

"Otylia teringin sangat nak dapat ciuman dari papa lia sendiri, mesti papa hensemkan ibu, ibu cantik macam angel mestilah papa hensem macam prince kan?"

Aries hanya memberikan senyuman kepada anaknya. "ibu janji akan bawak Otylia jumpa papa ye sayang tapi bukan sekarang ye dear"

Otylia hanya memberikan senyuman balasan kepada ibunya. "Lia doakan ibu sentiasa kuat jangan risau Otylia ada dengan ibu sama dengan Fateh"

Fateh yang sedang duduk di riba Aries terus berdiri. "yee betull Ff-Teh ada ngengan ibu tau"

"apa ni Fateh bukan ngengan tau tapi dengan" mengekek Otylia mendengar Fateh berkata sedemikian.

Aries terlebih bersyukur kerana anaknya memahami keadaanya. Tidak pernah sedikit pun anak-anaknya menyakiti hatinya. Selalu patuh dengan ucapanya.

"nikmat mana yang kau dustakan lagi wahai Aries redha dengan jalan cerita cinta hidup kau maka Allah akan berikan kebahagiaan yang tak ternilai"

"jadilah manusia yang sentiasa bersykur dengan kenikmatan yang telah diberikan oleh tuhan bukan mendengus, kerana dari berkat kesabaranmu Allah akan memberikan kesenangan kelak"

"dah tamat dah slot akasia malam ni mari ibu bagi anak-anak ibu makan hm i think your tummy maybe hungry dear that why dari tadi berbunyi kan Fateh sayang" dapat di dengar perut milik Fateh berbunyi.

Fateh hanya menayangkan barisan gigi yang cantik itu. Hensem betul anak ibu ni kalau dah besar mesti ramai peminat.

"lapar iket je bu" terus dia mencubit pipi anaknya Fateh. "Otylia anak ibu mari sayang ibu suapkan sekali"

Otylia menggeleng. "taknaklah bu Otylia dah besar bu dah boleh makan sendiri tau" terus dia mengambil pinggannya sendiri.

Bijak sungguh anak perempuannya. Allahuakbar gembira dia mempunyai anak seperti Otylia serta Fateh masing-masing akan mengambil pinggan sendiri sebelum makan.

"Baca doa makan Fateh" terua Fateh membacakan doanya.

Tersenyum dirinya melihat gelagat anaknya. Semoga kebahagiaannya kekal sebegini hingga ke tua Aamiin.

---------------------------------------

ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now