BAB 27 ✅

16.1K 876 47
                                    

Rizqish POV

Danny yang masih lagi mencicip kopinya hanya memandang sahaja pencakar langit yang tegak berdiri itu. Dia melihat Ziyan yang sudah melabuhkan punggunya itu hanya memberikan pandangan mata sahaja.

"Danny kau tak rasa Riz dah banyak berubah?" Soalan itu membuatkan Danny mengerutkan dahinya.

"Berubah dari segi?" Terus cawan itu diletakkan di atas meja tersebut.

"Aku cuma rasa semenjak ada Aries dekat rumah dia. Riz banyak habiskan masa dia dekat rumah jarang dah dia nak bergaul dengan kita." Danny hanya mengeluh sahaja.

"Aku ada perasan sesuatu. Wajah Aries sebiji macam arwah Elisha. Bukan setakat wajah tapi lekuk hidung, bibir, dengan lesung pipit dia nampak seiras. Kalau nak kata warna mata sama memang sama Danny." Itu yang menjadi persoalannya. Arwah ada kembar ke?

Danny yang mendengarkan perkataan itu terus menelankan air liurnya. Riak wajahnya yang seakan-akan tidak bernyawa itu terus dikawal dengan rapi.

"Kau merepek apa Ziyan. Arwah dah lama takda dia dah tenang dekat sana. Kenapa sebut pasal dia?" Danny hanya mampu menahan sahaja getar suaranya.

"Nama penuh Aries apa? Sampai sekarang aku tak tahu nama penuh dia apa." Ziyan yang daripada tadi mahu mengetahui tentang Aries sedaya upaya menekan Danny.

Danny yang sudah kehilangan sabar itu terus menghempaskan cawan kacanya itu di atas lantai tersebut. Jangan bangkitkan hal ini di depanya boleh luruh segala jiwanya.

"Kau dah kenapa Danny!" Marah Ziyan.

"Aku nak kau tutup mulut kau! Jangan sebut nama dia lagi." Terus dia meluru keluar dan menghempaskan pintu tersebur. Terkejut Ziyan melihat tingkah laku milik Danny.

"Apa masalah budak ni." Dia berfikir sejenak.

Tengku Rizqish yang masih berada di dalam office tersebut terus mengangkat deringan daripada telefon pintarnya itu. Tertera nama Datin Medina di paparan screen iphone tersebut.

"Ye mama kenapa Call Deinz?" Pelik juga dirinya melihat Datin Medina menelefon dirinya.

"Mama cuma nak ajak Deinz dengan Aries datang rumah mama." Lembut sahaja suara wanita itu.

"Datang rumah mama? Ada apa?" Terus pen tersebut diletakkan di atas meja tersebut.

"Mama ada buat makan-makan sikit. Memadangkan Aries dah sihat mama nak ajak dia." Tengku Rizqish sudah menjulingkan anak matanya.

"Kenapa perlu bawak Aries? Dia manusia malang ma menyesal nanti Deinz bawak dia. Ada je benda tak kena kalau angkut dia." Nada suaranya sudah agak lain.

"Deinz tak baik cakap macam tu. Bawak dia ye. Terima kasih Deinz anak mama memang baik..." Terus dimatikan panggilan tersebut.

Deinz sudah serabut. Kenapa perlu Aries? Apa yang sempurna sangat wanita itu di mata Datin Medina. Terus dia membersihkan atas meja tersebut dan pulang ke rumahnya.

————————————

New Update : 4 August 2023

ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now